Showing posts with label After Marriage. Show all posts
Showing posts with label After Marriage. Show all posts

Wednesday, March 2, 2016

ON FEBRUARY 23rd, 2016

Bismillahirrahmanirrahim

Februari menjelma. Sedari Januari, sang arjuna tercinta mesti akan berulang-ulang sebut tentang HARI KELAHIRAN saya hinggalah Februari tiba. Tahun ni kita nak celebrate kat mana? Nak hadiah apa? Nak pergi mana? Dia tak pernah lupa. Dan saban tahun dia pasti menjadi insan paling teruja welcoming February....aku sendiri pun tak teruja seperti dia. Aku rasa sangat dihargai...tq husband.

Tahun ni sang arjuna plan surprise lagi...and he nailed it. Aku selalu tak dapat nak hidu plan dia...3 of her colleagues came to my office during lunch hour and bring those cupcakes, present from le hubsy dan juga 3 kuntum ros...you're so sweet husband. Please stay as sweet as you're forever...



Post ini adalah post penghargaan buatmu.
Untuk kenangan hari tua kita, jika panjang umur.

Thank you for your love. I love you.

Wednesday, January 15, 2014

Time Flies.

5 MONTHS JOURNEY.

Bila tengok wedding thicker kat atas tu, rasa semacam tak percaya. cepat sangat masa berlalu. Yes, it has been 5 months we have been living together as hubsy n wifey. BAHAGIA, tak terungkap dek kata-kata. Pasangan benar-benar menjadi pelengkap hidup.

Cameron Highlands. 11.1.14


Kami sempat merasai cabaran perkahwinan jarak jauh,  PJJ sorang di utara, sorang di Selatan. Memang mencabar, baik dari segi kewangan dan tenaga. Selepas about 1 and half month berjauhan, alhamdulillah saya dapat transfer atas alasan mengikut suami. Ramai yang tak percaya cepat sangat saya dapat tukar even before I put up a formal application. Takde kabel, cuma doa yang tak putus kepada Allah. Masa mula-mula nak mintak tukar, ramai yang bagi pandangan. Some said jangan apply dulu sebab baru 2-3 tahun dalam servis its too early to ask for transfer. Some said our new big boss won't approve transfer sebab dia memang tak suka orang mintak transfer and he/she will mark your face should you apply. Ramai yang bagi advice dan pandangan. Saya perlu buat keputusan. Hidup kita, kita tentukan jalannya bagaimana.

Pendirian saya tetap dan teguh. Family come first. Career will always be my second priority. Biar lambat naik pangkat, biar boss nak mark, biar semua risiko saya akan tanggung asalkan saya buat apa yang terbaik untuk saya dan keluarga/suami. Don't misunderstand, it is not that I am not ambitious or passionate about my career development but I always hold that nothing in this life shall beats Family(Love). My role as a wife supersedes my role as who-I-am-at-Work. Isteri dibenarkan bekerja untuk membantu suami, bukan untuk kepuasan diri atau sebab-sebab lain. Saya fikir, jika tidak kerana redha dan izin suami, saya takkan dapat terus bekerja.

Home sweet home - 29 Nov 2013

                                                                                                                                                                                                                                                                               
Hence,I never think twice to apply for transfer. At first takut juga nak hadapi situasi kerja di tempat baru knowing that I have to be very, very independant since I am the only officer managing the whole office. I have no other colleague to refer to. I can make phonecalls but not all the time one is ready to answer my curiosity. All I can say is, I really, really love my previous workplace, boss and colleague but I love my spouse even more. I made up my mind.

Alhamdulillah on November 1st, saya mula bertugas di tempat baru. Suami lah insan yang terpaling gembira mendapat berita saya akan ditukarkan. Kurang seminggu kami dapat buat persiapan. Allah beri kesempatan dan peluang untuk kami tinggal sebumbung. tak pernah terfikir dapat pergi balik kerja satu kereta. Dapat lunch sama-sama. Allhuakbar rezeki yang teramat kami syukuri. Do not hesitate to follow what Quran has guided us. Tempat isteri sebaiknya di sisi suami.


Kepada isteri-isteri yang masih diduga berjauhan dengan suami, bertabahlah sahabat. InsyaAllah suatu hari ada rezeki untuk tinggal sebumbung. Saya pun tak tahu sampai bila boleh direzekikan tinggal bersama, sooner or later any of us mungkin kena pindah lagi. What to do, it's life. Walau dekat atau jauh jangan putus berdoa semoga rumahtangga kita sentiasa dirahmati, disirami kasih sayang dan sentiasa disuburkan dengan cinta. Amin.

Corpthorne Cameron Highlands, 12.1.14

Hubsy,
5 bulan menjadi isteri. Terima kasih di atas segalanya.
If I can turn back the time, I'd be getting married with you since 5 years back!

16012014.12.55PM
 

Monday, August 26, 2013

Aku Seorang Isteri :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Rupa-rupanya...
kawen ni tersangatlah BESTTT!

Cett...ayat pertama killer sangat...haha saje nak memberi galakan kepada adik-adik, gadis-gadis, teruna-teruna yang belum kawen tu...cepat-cepatlah kawen ye... ;)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, majlis semuanya berjalan lancar. Yuyu selamat menjadi isteri pada hari Isnin, 12/08/13 jam lebih kurang 11.30 pagi dengan sekali lafaz...majlis resepsi pada 13/08/13 dan bertandang pada 15/08/13 juga berjalan lancar seperti dirancang.

Lama tak update blog, sedang cuba menyesuaikan diri menjadi isteri walaupun sekejap, seminggu je duduk sama pastu masing-masing terpaksa berpisah jauh atas tuntutan kerja. I really, really enjoy the moment being his wife, cook, doing house-chores and prepare myself for him before he came back from work. It was a hectic but a meaningful week of honeymoon on our own (honeymooning kat rumah sewa suami dulu sebab suami baru posting so tak dapat cuti). Alam rumahtangga sesungguhnya sangat berbeza tetapi amat indah. Hari ni cukup 14 hari saya bergelar isteri.

Kalau nak ikutkan jiwa yang tengah rindukan suami, confirm post ni panjang berjela boleh buat orang muntah hijau. ngeh ngeh. Btw, yuyu nak review ape dulu ye (bajet retis hihi)....tak sempat nak karang panjang-panjang so kena review satu persatu...

1) Wedding Attire
2) Dais & Room Decor
3) Official Photographer (OP)
4) Make Up
5) Hantaran - belum dapat gambar dari OP
6) Wedding's DIY

Ade ape lagi ye?

Sebelum yuyu buat review khas, yuyu tempek dululah gambar2 sikit sebagai pengubat renduuuuu...nanti ada masa lagi yuyu sambung ye! gambar daripada OP baru dapat sekeping dua je...yang lain dari iPad.






Gambar OP 



The Man of My Life


Nanti yuyu update lagi ye!
Assalamualaikum :)


Gyeongbokgung Palace - Day 5