Showing posts with label Persiapan Tunang. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Tunang. Show all posts

Monday, July 2, 2012

Tutorial : Gubahan Bekas Cincin

Bismillahirrahmanirrahim

Hye B2B, oh im soooo sorry for my loooonggg silence, lately too busy with work stuff.
Hari ni yuyu nak share cara-cara menggubah Bekas Cincin.
_______________________________________
Cincin tanda ikatan.
Tanda cinta.
Persembahkanlah kepada yang tersayang dengan persembahan paling istimewa.

Yuyu DIY je. tak sekreatif mana tapi galak jugak nak share. hehe..

Things you may need:
BEKAS CINCIN
KOTAK
SELOTAPE
BUNGA HIASAN

Yuyu beli bekas cincin ni dekat Alamanda. Originally bekas letak lilin kan? 
Tapi sebab suka and masuk warna tema beli je. hehe

Letak tapak bekas cincin atas kotak...lukiskan bentuk bulatan mengikut saiz bekas cincin tadi.

Buat 2 keping supaya nanti lebih tebal and tak senang koyak untuk cucuk bunga2.

Guna selotep untuk lekatkan kedua-dua kotak yang dah dipotong di bawah tapak bekas tadi.
Buat kemas2 supaya invisible. ;)


Pastu dah boleh mula cucuk bunga2 di bahagian tengah antara kedua kotak tadi.

Ok dah siap!
Yuyu ikatkan bekas cincin dengan dawai supaya tak jatuh dari dulang bila bawak.
Atas tu cincin olok2 jee..hehe

Thanks kepada b2b yg melawat blog ni masa yuyu bz, insyallah i'll pay a visit to your site very soon lovelies.

Till our next date,

Assalamualaikum.

Thursday, June 7, 2012

Tutorial: Gubahan Telekung

Bismillahirrahmanirrahim.

Salah satu hantaran yang yuyu tolong gubahkan untuk iji ialah telekung...telekung ni kami beli di Bazar Tok Guru Kota Bharu. Yuyu tak berapa suka yang colourful so I opt for the plain and putih suci je. Mula-mula yuyu takde idea jugak macamana nak gubah telekung ni tapi try and error je...after few attempts, akhirnya dapat idea. Jom tutorial ;)

Peralatan yang diperlukan;

1. Telekung yang ada sulam-sulam
2. Kotak tisu (standard size)
3. Crepe Paper (warna senada dgn tema hantaran)
4. Glue Gun
5. Bunga dan hiasan lain.

Kotak tisu jenama Malaysia. hehehee

Crepe paper

1. Balut kotak tisu menggunakan crepe paper. I used purple colour to suit the hantaran theme.

2. Sebelum masukkan telekung dalam kotak tisu, terbalikkan dahulu (kiranya guna side yang terbalik..bukan side yang kita pakai untuk solat)
3. Masukkan part hujung (yang pakai kat kepala) ke dalam kotak tisu sehingga padat.

4. Masukkan semua bahagian telekung sehingga menampakkan bahagian yang disulam sahaja.
5. Bila dah siap kembangkan biar jadi cantik...

Hasilnya macam di atas. Ni gambar diambil dari bawah.

6. Lepas tu boleh letak hiasan. Yuyu letak bunga, pearls etc sebagai hiasan.



Tadaaa siap! (masa ni belum add pearls lagi hihi)

Its very simple and easy kan?
tapi muat letak telekung je tau, kain korang bagi guna backdoor jela...haha.

Sulam telekung ni menggunakan kain organza dan sulaman tu handmade...made of high grade Japanese Cotton..kain dia sangat lembut, nampak macam kain licin tapi sebenarnya cotton. kaler dia biru nila..i love it to the max. Thanks Iji, dapat juga merasa pakai telekung cantik ni, boleh pakai masa semayang tarawikh and solat sunat Aidilfitri tak lama lagi...insyaAllah jika umur panjang.. :)

Oh ye, Selamat Mencuba Kawan-kawan!

Tuesday, June 5, 2012

Review: Her Engagement Dress

Bismillahirrahmanirrahim

Oh this topic! None other than the most exciting, prominent, memorable and sweetest part of my E-Day preparation :)

# Always A DRESS ADMIRER.

Being a wedding fan since little, yuyu superloves dress very much. I love something yang nampak mewah but sweet at the same time. Afterall, my body type (pear) sangat sesuai untuk pakai dress yang kecik di bahagian pinggang dan kembang di bawah so that the lower part of my body wont look bigger than the upper part. One more, I won't look thin / thinner wearing a kembang dress. Another fairy-tale reason is because yuyu suka feeling-feeling princess bila gaun tu kembang-kembang melayang bila berjalan..it was really a confidence booster you know! ^^

CHOOSING THE right DESIGN

Without hesitation, once e-day date was decided, the first step I do is to choose the design. Finding and choosing the right design means; the one that suits your body type, colour that suits your skin tone & theme of the day. Apart from googling, Yuyu beli Majalah Pengantin untuk dijadikan rujukan (oh my first time beli Magazine ni!). Sebelum ni suka tengok majalah pengantin tapi tak pernah beli lagi sebab takde kaitan. hehe. Luckily ada dress yang yuyu admire dalam Majalah tu, jadi siang malam tenung baju tu sebelum tunggu weekend untuk terjah Jakel pegi beli kain pulak. hehe

# COLOUR - DECIDED

Tang kaler memang tak takes time pun untuk buat keputusan sebab yuyu dah lama mengidam nak pakai kaler Hijau Turqouise. That's it. To give a different look on the colour, yuyu matched together SEA GREEN + TURQOUISE BLUE using different material.  I love the blend of both colours mucho!

Dress asal dari tailor cuma plain je..tak sempat ambik gambar...sebab terlalu excited nak jahit manik..this one is after 1st stage bead work is finished.

# PURCHASING THE KAIN

I choose CHIFFON SILK as the outer and SATIN SILK sebagai lining. These type of kain is non-washable one, tapi cantik. It's ok to dryclean sebab baju ni bukan pakai selalu pun. Both outer and lining yuyu beli kat Jakel KL. Total cost is about RM 3xx+. Sebab nak gaun yang kembang-kembang flowy, I bought 5.5m of Chiffon Silk and 4.0 of Satin Silk. Kalau dress biasa/ princess cutting, 4.0m dah cukup untuk yuyu yang petite ni.

The second and the third layer were the one bought for the dress.

# FINDING THE TAILOR who owns a pair of magic hands. ^^

This is the hardest and most challenging part. Panic. I have no idea yet experience jahit baju fesyen with any tailor in KL. Biasa duk jahit baju kurung/ kurung modern je kan so it is quite hard nak cari tailor yang charge reasonable price yet owns the magic hands (yang jahitannya kemas, cantik dan berkualiti). Kalau nak cari yang superb artwork DAN mahal senang je those famous fashion designer is there on the list, number fon pun merata dicanang kat internet tapi tang nak cari yang bagi good service within bajet ni yang susah. eheh. Yuyu punye bajet untuk upah  is up to RM3xx je...taknak yang terlalu murah sebab takut tak menjadi seperti yang diimpi...

# Finally, DIANA LING.

Ish panjang sangatla kalau nak cerita from A to Z bab tailor ni..senang cerita, finally yuyu cuba jaya jahit dengan one Chinese Tailor named DIANA LING dekat Semua House. Yuyu berani pilih and cuba dengan Auntie Diana after tengok gambar-gambar wedding dress yang dia jahit dan baju yang dia siap jahit kat kedai dia oh semuanya cantik-cantik. Even she's a Chinese, dia has expertise jahit baju kahwin orang Melayu so it would be easy to make her understand what and how we want our suit to be like. Untuk design, yuyu just bawak Majalah Pengantin dan tunjuk pada auntie tu macamana yang yuyu nak cuma takde ape-ape perincian kecuali 5pcs of mushroom buttons at each side of lengan baju..kalau nak siap terus dengan perincian macam dalam majalah tu, the upah would be RM 5xx++. gulp. Yuyu mintak auntie siapkan my dress within a fortnight sebab nak jahit manik and everything takes time jugak..

# Finally, THE OUTCOME

Candid

I am very very and truly satisfied with the final product! First time fitting terus ngam, alhamdulillahhhh! Legaaa sangat rasa time ni, macam dah tak sabar-sabar nak bertunang! hehe *gatall

# BEADWORK by Lefthanded Yuyu

To tell you the truth, this is the first time yuyu rasa sangat2 excited untuk jahit manik. I can't even remember how long does it takes to finish all those beads work...sebab terlalu seronok buat. Yes, its the POWER OF LOVE ;) Untuk perincian, Yuyu cuma guna pearls, lace, crystal and swarovski of 3 different sizes & matched colours, all these yuyu beli dekat Syarikat Bunga Reben and Diamonds Swarovski beli dekat kedai area Jalan TAR (kedai beads yang korean owned). All of those cost me at about RM 1xx+.

I sooo want Royal Blue 3D flowers untuk jahit sekumtum dua pada dress tapi sampai ke sudah tak jumpa -jumpa the one made from organza...pasrah je...But 2 hours before majlis, i found crystal of emerald green  my mom punye yang sangat cantik & berkilat (asalnya gelang tapi dah tercerai dari talinya)! Ape lagi...i took it and mula jahit dengan gigih sambil berdiri je...sebab taknak kasi berkedut baju yang dah siap iron.hehehe...*bila dikenang kembali saat tu sangatlah manis :)

Hoho dah banyak sangat tulis ni, i need to stop * sleepy oredii.
Till we meet again.

p/s : Kalau ada apa2 pertanyaan you may post it in the comment form below or emailed me at yuyuhakussoaziz@gmail.com. 

Till then, assalamualaikum lovelies.

Friday, June 1, 2012

Review: Hantaran Tunang (from Me to Him)

Bismillahirrahmanirrahim

Hantaran Iji pada Yuyu 7 dulang berbalas 9 dulang. Yuyu gubah sendiri je, nak tempah tak tahu kat mana,  plus nak jimatkan kos. hehe. Buat sendiri lagi puas hati & boleh ikut kemampuan poket sendiri. Lagipun it has always been my dream to do all this stuff on my own, its part of my interest :)

Tema hantaran yuyu Biru Silver beralas BANTAL HANTARAN kaler hitam yang Yuyu pernah review kat blog ni. Yuyu pilih biru silver sebab nak padankan dengan tema baju Biru/Hijau Turqouise. Untuk hiasan, yuyu guna bunga yang ada glitters (dalam gambar tak nampak sangat glitters tu, kat luar sangat aummm hehe), riben biru, putih dan hitam, manik, pearls berantai so on and so forth.

Ok tak nak cakap panjang, jom kita tengok hasil gubahan yuyu yang tak seberapa..hehe sepadan la dengan  first timer macam yuyu kan. Dekat descriptions yuyu tulis sekali tempat yuyu beli hantaran untuk rujukan kawan2 yang lain (sorry tak sempat ambik gambar full, yang ni masa separa siap);

Kemeja Jeep
Parkson Alamanda

Bekas Kaca Coklat (Before)
Parkson Alamanda

Tuala Set of 3 sizes
Parkson Alamanda

Kain Baju Melayu
First Impression Semua House

Buku-buku Agama
MPH Alamanda

Bekas Coklat (after)
Pantai Timur Shopping Mall

Buah Epal & Anggur
Pantai Timur Shopping Mall

Cupcakes - huruf G dah missing sebab terloncat dalam kereta hehe
Tempah with officemate, Kak Az.

16 pcs of cupcakes
Sebab Kotak dah agak lembik kat bucu2 yuyu cover dgn riben.

Cincin Silver Permata Delima pilihan iji  (Kota Bharu) &
5 pcs of Butang Baju Melayu (Pameran Pengantin PICC 2012)

Bekas Cincin yuyu gubah sendiri :)

Full 9 dulang
 Lagi satu SEJADAH digubah menjadi tanjak oleh Ainun, hosmet yuyu.
Sorry takde gambar penuh..

Berhempas pulas menggubah hantaran dan mencari idea adalah sangat menyeronokkan sebenarnya. Even tak grand / cantik macam orang lain tempah, personally yuyu sangat berpuas hati sebab ni hasil kerja tangan yuyu sendiri. Lepas balik kerja terus 'terkam' hantaran..hehe..sekarang bila dah engaged...balik rumah rasa sunyi macam takde ape nak buat...ruang tamu dah tak bersepah lagi...rindunya saat tu! :(

Big Thanks to Rai, Ainon and Mai yang tolong yuyu siapkan hantaran ni....hantaran ni best kalau buat ramai-ramai dan minta pendapat kawan-kawan.. :)

Selamat Menggubah kawan2! 

p/s: Nanti yuyu update hantaran tunang from Iji to me coz 3 of them yuyu tolong gubahkan. :)

Tuesday, May 15, 2012

DIY Bantal Hantaran

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya tak mudah nak ber-DIY ni kan. Perlukan semangat dan keSABARAN yang jitu. Huhuh. Idea bantal hantaran kaler hitam ni yuyu cilok daripada Jamilah  Majalah Pengantin Edisi March. Cara-cara nak DIY bantal ni boleh google je sebab memang banyak tutorial kat internet, korang boleh guna dua cara sama ada guna Bantal Polisterin atau Kekabu + Alas Kayu untuk Kek.

Yuyu pilih cara 1 iaitu guna bantal polisterin je sebab lebih senang. Kekabu bisa bikin bersin aduhhh lagian aku ni resdungnya teruk bangat! Ok yuyu tak pernah pergi/study kat Indonesia pun ye.

BTW, kalau guna polisterin je memanglah bantal kurang gebu, so yuyu ikut cara jemari kreatif adik Amirul Syafique yang bagi tips untuk balut bantal dengan span dulu sebelum kain untuk efek yang lebih gebu ! Thanks Syafiq! =)

Peralatan yang diperlukan;

1. Glue Gun + Gam- very basic
2. Kain (yuyu pakai satin 2.5m untuk buat 9 unit bantal)
3. Hiasan tepi bantal - ikut citarasa sendiri ye
4. Span segulung RM 7 beli kat Kedai Sin Yin Semua House (tak sure ukuran berapa)
5. Bantal Polisterin

Mula-mula, potong span mengikut saiz bantal. Better buat size ngam-ngam je dengan bantal supaya lebih senang nak balut dengan kain...I learnt the lesson after buat 1 bantal. Mula-mula memang susah sikit but skills will improve from one to another :)


Ini lah rupa bantal yang dah siap berbalut span. Gebu kan? Tak nampak macam polisterin lagiii. Kalau nampak buat-buat tak nampak ye  ;')


3. Seterusnya, potong Kain lebih sedikit dari ukuran bantal yang sebenar untuk memudahkan proses membalut. Sorry this one takde gambar. Hati - hati masa gam nanti melecur jari seperti yuyu yang clumsy ni.


Ini rupa bantal yang dah siap dibalut.  ^^


Lepas tu, boleh letak hiasan tepi bantal mengikut kreativitas masing-masing !


FYI, Yuyu beli hiasan besi ni in a large quantity (sebab takde packaging kecik yang cukup dengan jumlah yang yuyu perlukan) jadi kepada sesiapa yang berminat untuk beli boleh email yuyu ye. (verylawa@gmail.com) RM 1.30 / pc (harga pasaran RM 1.8 - 2 / pc)


* Hiasan ni boleh guna untuk hiasan bantal atau aksesori gubahan hantaran jugak
* Hiasan kat tengah-tengah kaler biru tu korang boleh pilih kaler yang match dengan tema hantaran korang pastu cucuk je jarum kat lubang yang ada kat diamond biru tu terus ke bantal. Kalau rajin, jahit supaya lagi kemas.


Tadaaaa, siap dah ! Boleh sewakan tak? 
Eheeeee, bear in mind this person by the name yuyu is very the business-minded one !


TIPS;

1. DIY nampak senang tapi bila buat it is quite challenging untuk first timer. Jadi mesti bersabar banyak-banyak. Truth be told, DIY buat kita rasa very satisfied. It does !

2. DIY tak semestinya jimat kalau kita nak guna barang mahal, it is still pricey tapi takpe boleh jadi milik kita sendiri, sooner or later insyaAllah ada kegunaan lain pulak. Tapi kalau nak upah orang buat hantaran of the same kind / quality...still DIY lebih jimat !

3. Span yang lebih jangan buang ye, nanti boleh pakai untuk design hantaran. 

Cabaran seterusnya ialah nak menggubah hantaran guna bantal ni ..... fuhh.


I love DIY, don't you? ^^

Friday, May 11, 2012

Hand Bouquet

Bismillahirrahmanirrahim

"A bride with a hand bouquet (HB) is like a girl with dimples! " - yuyu

Which simply means, takde takpe, tapi kalau ada lagi cantik!

Ok tak peribahasa jadian ni? Hihii..suka suki je! I never know the history of HB itself but as far as I know, HB ni menjadi BEST FRIEND paling terapat dan ter-erat for a girl/ woman or bride holds in her hands sepanjang majlis berlangsung.

Usually masa hari-hari 'besar' like E-Day, Reception or Nikah, memang pihak yang suweet i.e perempuan akan pegang bunga tangan ni kan. I think, maybe sebab HB sangat membantu menghilangkan kekakuan a girl yang tengah berdebar-debar esp bila tumpuan terarah pada diriku ini. eh tibe feeling femes. ;p

Kalau menggigil, HB tolong sembunyikan. Kalau nak bergambar, HB jadi props yang sangat sweet. Afterall, women and flowers were like isi dan kuku. We/Us looks serasi bersama kan. So indirectly menambahkan seri wajah. Yolah tu!

This entry should be a 5 minutes entry so I'm talking too much now. Ok since banyak sangat kebaikan HB ni, yuyu pun nak jugak satu! And below is my dream HB for my E-Day...

Light Yellow Roses + Turquoise Blue Ribbon sbb it suits my outfit karerrr.
(kalau tak dapat rose Hydrangeas pun I like!)

Idea Siti Zainal  ; Sumber: Google jaa

Ada tak girls yang tahu mana-mana SUPPLIERS FRESH FLOWER dekat area Kota Bharu? Nak contact num pleaseeee! I've been googling since last week tapi still tak jumpak2. Uhuuhu..kalau tak melepaslah, terpaksa cantas rumpus depan rumah buat HB,  ;'( sob sobs...ok melampauzz haha

...and a bride without a hand bouquet is like?

ok you all sambung! 


Ikhlasly,
Yuyu VeryLawa

Monday, May 7, 2012

Next step after Risik

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah after few discussion between the families, our e-day will be held on 26 MEI 2012, Sabtu. Hopefully all close relatives can attend the majlis since it was school holidays kan. The most excited person  (after me and iji - for sure) is my mom, tak pernah terfikir she will be participating this much sebab biasanya she will let me decide and arrange this and that :) I appreciate mom's excitement, yes..it's a sign that my mom likes iji too. In fact, now I realise it's no longer a sign, mom really welcome iji in our family, ALHAMDULILLAH syukur pada Allah..two persons I love the most in my life like each other. Eh? Lebih kurang macam tu la.. :)

Most of the preparation yuyu yang buat since tinggal jauh daripada family. Mom will be taking care of makan-makan stuff. I have so little time to settle everything by myself. 

These are among the things that I had already settle, and some is yet to be settled;

1. OUTFIT (the most important one! hehe)

Yuyu - Baju dah siap alhamdulillah. Tailoring terbaik lah! Nanti yuyu cerita bab ni sekali dengan gambarnye ye. Sekarang masih dalam proses menjahit manik pada baju tu sendirian berhad. Luckily left handed yuyu can do the manik things herself tak payah pening nak tempah-tempah. Meh tengok dulu sikit;

Satisfied!
Iji - Baju Melayu warna seia seirama dengan baju yuyu is already bought last Saturday. I insist to see him wearing baju melayu instead of Kemeja sebab tu dah menjadi tradition my family sejak dulu lagi pakai baju melayu on e-day..lagipun yuyu memang sangat2 suke tengok iji berbaju melayu.


2. TUDUNG


Yuyu: Niat di hati berkobar-kobar mahu buat tudung sendiri or pakai tudung bawal (cari shop Bawal Ekslusif Jalan TAR tuuu,,,tapi tak jumpe) and sebab dah kesuntukan masa + stumble upon tudung yang berkenan + match, yuyu beli je tudung Ariani masa 50% Sale - RM 125 after less, kalau tak RM250 melampauuu haha. Jimat tu perlu ye. On mom's suggestion, kena tambah swarovski plak kat tudung tu! Adeh, duit lagi!
Iji: Tak pakai tudung so, beli Songkok ehehe..

3. DAIS


Yuyu tempah dengan kawan my mom so dapat murah sikit. Since tempahan dibuat few weeks before the date memang dah takde choice pun sebab masa tu cuti sekolah ramai yang main kawen-kawen. Pelamin mungkin 'sedih' kot tapi takpelah...i hope it  turns out to be ok sebab yuyu tunjuk satu gambar pelamin and he said he can do it. lesson learnt nanti kalau nak kawen jangan tempah lambat2!

4. HANTARAN


Gigih nak men-DIY hantaran so I opt to use bantal hantaran sebab that is the one yang seems to be easy to be done but once buat sendiri takdelah mudah mana, fuhh mencabar jugak. I do the gubahan on my own with zero experience in doing that, so gasak jelah. Konsep yuyu simple dan elegant. Elegen ke? ;p

Kegigihanku melecurkan jari.

5. PENDING

- Ribbon for doorgift (my mom gigih nak bagi doorgift I follow je)
- Gubahan hantaran things i.e Ribbons, Bunga.
- Hand Bouquet ( I want fresh flower but near my place takde so kena pergi Kota Bharu.)
- Tempah Cupcake - half done
- Tempah Apam Polkadot - half done
- rasanye banyak lagi yang I cant think of now..

Ok nak sambung keje! 

Gyeongbokgung Palace - Day 5