Tuesday, October 8, 2013

Wedding Rentals / Sewa Baju Pengantin 2013, 2014





UPDATE ON 27/10/2014

MAAF KAWAN2, KAMI DAH TAK BUAT SEWAAN BAJU RESEPSI ATAU SEMUA ITEM YANG BERKAITAN. HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH :)

________________________________________
Bismillahirrahmanirrahim.

***ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG***

Alhamdulillah diberi kesempatan nak buat entry wedding rentals! :) Ramai yang emel tanya, yuyu kadang-kadang tak sempat nak jawab...boleh kawan-kawan terus refer ke entri ni ye..

A) BAJU RESEPSI (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUK AKSESORI


Gambar lain boleh tengok kat sini : Our Wedding

Dress Perempuan:

- Fit XS - M size (max height 155cm , max weight 46 kg)
- Material dress daripada Chiffon Silk, lining satin silk, lace and embroidery.
- A designer's dress - Engku Rizal
- Warna : light pink/ pink belacan / purplish pink
- Termasuk Kasut / Peep Toe muat untuk size 6/7
- Termasuk Veil, Tudung & Anak Tudung
- Termasuk Crown (crown design sama macam Kate Middleton pakai masa wedding)

Suit Tradisional Lelaki:

- Fit S-L size (max height 173 cm, max weight 76 kg)
- Material Bridal Satin (tak panas, ada lining bawal)
- Termasuk Keris
- Termasuk Tanjak & Sampin
- Termasuk Butang Baju



B) BAJU BERTANDANG LELAKI & PEREMPUAN TERMASUK AKSESORI




Mermaid Dress Perempuan

- Fit XS - M size (max height 152cm , max weight 46 kg)
- Material dress daripada Sifon Silk, lining satin, lace and embroidery.
- Tailored by Diana Ling (Semua House)
- Potongan Dress Mermaid (baju dan kain bersekali tau bukan asing-asing)
- Warna : Hijau Zamrud / Emerald Green
- Termasuk Tudung & Anak Tudung
- Termasuk Crown (crown design sama macam Kate Middleton pakai masa wedding)

Baju Melayu Lelaki:

- Fit S-L size (max height 173 cm, max weight 76 kg)
- Material Italian Valentro
- Baju Melayu tailored by Omar Ali
- Termasuk Sampin
- Termasuk Butang Baju Melayu (hijau silver)

C) BAJU NIKAH LELAKI & PEREMPUAN TERMASUK AKSESORI




Perempuan:

- Fit XS - L size (max height 155cm , max weight 46 kg)
- Material dress daripada Chiffon Silk & Fully Embroided
- Potongan Baju Kurung Moden
- Warna : Light Peach
- Termasuk Tudung & Anak Tudung

Baju Melayu Lelaki:

- Fit S-L size (max height 173 cm, max weight 76 kg)
- Material Satin
- Termasuk Sampin
- Termasuk Butang Baju Melayu (silver)


*Karpet tidak disewakan.*


* Prefer Penyewa Area Semenanjung sahaja.
* Tempoh Sewaan 7 hari.
* Harga tidak termasuk deposit
* Untuk baju, tak perlu dry clean (we will do that part)
* Deposit akan dipulangkan sekiranya barang dihantar dalam keadaan baik sepertimana asal.

Kepada B2B yang serius ingin menyewa boleh emelkan butiran majlis ke 
verylawa@gmail.com :)


***ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG***

Dilema B2B: Tempah atau Sewa Baju Pengantin?


Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak menulis, bukan sebab takde benda untuk dikongsi tapi sungguh kesuntukan masa dengan tuntutan kerja dan tuntutan tanggungjawab. Alhamdulillah hari ni boleh peruntukkan sedikit masa.


Berbalik pada tajuk, ada tak B2B yang hadapi dilema, taktau samada nak sewa yang sedia ada, sewa tempah atau nak tempah baru baju pengantin kan? Masa buat persiapan dulu, saya pun pernah consider option untuk sewa jugak....tapi nak dapat baju pengantin yang sesuai dengan size dan taste saya, tak jumpa. Akhirnya option kedua untuk custom made saya pilih.


Alhamdulillah lepas saya iklankan entry untuk sewa baju pengantin kami, saya terima sekurang-kurangnya 20 emel daripada B2B yang berminat. We never expect such high demand. Rasanya setakat ni saya dah reply semua emel, ada yang setuju, ada yang diam - mungkin tak setuju hehe, ada yang tunggu masa untuk fitting session. Sebenarnya saya alu alukan kawan-kawan yang emel untuk bertanya berapa harga sewaan baju kami. Saya tak kesah kalau kawan-kawan tak jadi sewa pun. Takpe, kita kan nak dapatkan the best untuk wedding kita, tak salah bertanya. Saya pun pernah jadi B2B dan saya faham bagaimana rasanya :)


Pada yang masih keliru sama ada mana lagi baik/untung/saving, nak sewa atau custom made baru, pada entri kali ni saya nak kongsikan beberapa pro and cons untuk B2Bs consider sama ada nak buat baru atau nak sewa je baju pengantin kalian. Ini berdasarkan pengalaman saya lah :)

***

a) BAJET/KEWANGAN

SEWA: pilihan untuk menyewa baju pengantin yang sedia ada di butik/orang persendirian lebih menjimatkan wang. kita dapat baju yang confirm cantik (sebab kita dah try dan dah tengok baju tu) tanpa perlu menghabiskan jumlah wang yang besar. Lagi satu, kita tak perlu susah-susah pun nak fikir nanti nak padankan dengan veil macamana, tudung, kasut, perhiasan dan sebagainya. Everything is prepared for you! 

TEMPAH: tempah memang best kalau kita sedia untuk berbelanja besar dan sedia untuk menanggung risiko kalau-kalau nanti hasilnya tak sebagus yang kita bayangkan. selain tu, banyak perkara yang perlu difikirkan bermula from top to toe. saya mengambil masa beberapa bulan nak fikir tudung macamana, veil dan sebagainya. menapak sendiri dari kedai ke kedai mencari sampin dan tanjak yang sesuai dengan warna baju suami. Tang duit jangan berkira ye, bukan sedikit yang dibelanjakan. 


b) KUALITI & KEPUASAN DIRI

SEWA: Ramai yang tak memilih untuk sewa sebab nak pakai baju baru yang belum pernah orang lain pakai. Depending on your budget, sewa kadang-kadang memberi kepuasan yang berbeza pada seseorang sebab boleh memilih baju kesukaan tanpa perlu berbelanja besar. Bagi sesetengah orang, memilih busana yang belum pernah digayakan oleh pengantin lain merupakan satu kepuasan sebenar. Perkara ni subjektif, it depends on how we value it. Setengah orang berpandangan, sewa pun takpe sebab kahwin sekali je...tak berbaloi untuk tempah baju sebab obviously baju pengantin tak boleh pakai pergi kerja, duduk rumah apatah lagi dinner biasa. Kena tengok tema jugak, kalau lari tema nanti nampak over. ;p

TEMPAH: Pada saya custom made baju sendiri memang memberi kepuasan berbeza. Alhamdulillah sebab hasilnya sama seperti yang saya bayangkan. Dari warna, design dan semuanya saya pilih dan buat keputusan sendiri. Dari segi ukuran, being a petite, the dress itself tells everyone it was tailored for me. It 'speaks' very loud and clear! Duit yang habis tu jangan fikir ye kalau tak sakit kepalo hahaha :)

Walau bagaimanapun, pada saya, kalau kita memilih untuk tempah sendiri dan mahukan kualiti serta hasil yang terbaik, wajib kena pilih designer yang mahir supaya kita tak kecewa. Memanglah jimat kalau beli kain murah dan hantar pada tailor biasa, tapi kena tanggung risikolah, sangat jarang terjadi hasilnya memuaskan. Kadang-kadang kain rosak, ada terjadi tersingkat dan macam-macam lagi. 

Ramai orang pandai menjahit tapi tak ramai yang mahir dan seni dalam hasil jahitan. kalau kita jenis yang tak kesah pada kualiti, tempah pun mungkin jimat cuma hasilnya pasti berbeza. Saya percaya ada beza  hasil seni dari tangan yang mahir, that is what we pay them for - art & skills!


c) MASA

SEWA: kalau tempoh persiapan singkat, contohnya tinggal kurang 4 bulan dan perkara lain belum settle, saya sarankan sewa adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kelam kabut, lari bajet, baju tak siap, tak fit pada badan dan sebagainya. Kita taknak baju je cantik tapi badan kita penat muka nampak letih.....kan?

TEMPAH: Perlu persiapan awal sekurang-kurangnya 4 bulan untuk elak baju tak siap. Perlu bersedia untuk belanja lebih dari bajet kalau buat persiapan lambat.


d) LONG-TERM USE

SEWA: walaupun sewa menjimatkan belanja, tapi untuk long term, kita dah tak boleh pakai, simpan atau guna semula baju pengantin kita...yang tinggal hanyalah gambar kahwin untuk diabadikan sebagai memori.

TEMPAHkelebihan tempah baju sendiri ialah kita boleh simpan baju kita untuk kenang-kenangan. kalau badan tak naik (the lucky ones) selepas sepuluh dua puluh tahun kawen, mungkin boleh consider pakai balik pada hari istimewa seperti wedding anniversaries untuk buat kejutan pada suami. haha. bagi yang suka bisnes macam saya, boleh sewakan baju pada orang lain...cuma kena tanggung risiko lah kalau nak sewakan...

e) RISIKO

SEWA: satu kelebihan bila sewa baju, kita tak perlu menanggung sebarang risiko yang selalu terjadi seperti baju tak siap, upah yang diminta berlebihan (tak sama seperti yang dijanjikan awal2), baju tak fit, kain rosak dan sebagainya. Everything is already in place, just wait for the day and get ready to rock it!

TEMPAH: Perlu sedia menanggung risiko kalau baju tak siap...walaupun saya tempah awal, ketakutan tu tetap ada...especially bila saya decide untuk longgarkan/besarkan sikit ukuran baju seminggu sebelum majlis.


***

Kesimpulannya, kedua-dua pilihan mempunyai pro and cons masing-masing. Tepuk dada, tanyalah selera dan jangan lupa tengok poket :) Btw, itu saya yang sempat saya kongsikan. Apa lagi pro and cons yang kawan-kawan boleh share ye? Mana tahu boleh tolong B2B yang masih dalam dilema untuk sewa/tempah baju perkahwinan. 

Kepada B2B semua, selamat membuat persiapan dan pilih serta buatlah keputusan terbaik mengikut kemampuan kita. Jangan ikut nafsu je tau. Kalau boleh, jangan sampai kita jadi pengantin yang tidur malamnya terganggu fikirkan hutang-hutang sebelum kawen. Nak cantik tak salah tapi bijaklah membuat pilihan dan keputusan! Good luck and good day friends!

Ask yourself: 

"If I were to tailor made my own wedding dress within my specific budget, would the result be the same as the dress that I'd dream of ? If the answer is YES, you go for it girl! 

Personal Tips:
If you were to tailor made you wedding attire, please don't go for the approach - "buat baju yang boleh pakai lagi lain kali supaya tak rugi" because I do believe Wedding Dress is too special and it can never be the same like our everyday/kenduri wear. A Wedding Dress must look like a wedding dress, no compromise! You must look and feel special wearing it, as wedding happens only once in a lifetime :)



Love,
Yuyu


Wednesday, September 18, 2013

#Wedding Review: Our Beautiful Bridesmaid

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 'alaik. 

T.H.E
.
B.R.I.D.E.S.M.A.I.D

*This Entry is Specially Dedicated To All My Bridesmaid.

Yes. No words can describe how much I love the way my beautiful bridesmaids cherished every moments in my wedding. Alhamdulillah they really are! All my bridesmaid are close family members on my side. They are sisters, aunties, cousins, all the people whom I love and feel comfortable with. I'd asked and invited my BFFs to be part of this beautiful team, unluckily they couldn't make it since my wedding is held during Eidul Fitri, and on working day. Only one bff Syaqiera and her husband, present for both solemnization and reception on my side. That is fair and good enough! :)

All my bridesmaid is wearing songket on the day. I have decided earlier to have my family wearing something mustard in colour, plain without too much motives. We bought the kain at Jakel Kuala Lumpur. I have been eyeing for the songket since the day I bought my wedding dress material. The attire is generously sponsored by my dear Aunt and Mom. Thank you ma & kak Ina! 

Wedding in kampung is obviously not the same as the one held in the city/town. We need a lot of work forces to ensure smooth sailing of the eventy. Usually, families and relatives will gather one or two days earlier before the big day to start with the preparation mainly on foods. We did rewang/ gotong royong, prepare the foods on our own and serve all guests on our own. Very hectic and tiresome, but it was really, really fun. My bridesmaid apart from being my dayang, they run here and there to serve the guests at the same time. I call them iron ladies for being able to play such a busy roles yet never fail to look sweet and wear a cute smile all day long.

Note To all my Beautiful Bridesmaid,
Thank You Very Much, for your very meaningful presence on my big day. I owe you, and love all of you very much. 

Now let's layan the piccas...

SIL and younger sis- they also partnered in making Candy Booth a success and pasang inai for me until late night.


Tak semua ada sebab ramai tengah layan tetamu...ada tengah masak..


we have had a lovely wedding...alhamdulillah.

Kak Ina & her MIL - sadly kak ina & kak long's tailor had wrongly
 sewed their baju. kain dibuat baju, baju dibuat kain...sabau jelaaa...


With the most important ladies in our life, the powerful MOMS.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
At about 2.30pm, rombongan keluarga Yg Berhormat suami sampai..
.
Wajahku ditutup ala-ala seprais la..hihi

Ms & Mrs Bridesmaid berkerut dahi menahan panas mentari...ai takpe ada payung.


Kulihat biruuuu...ketibaan famili Yang Berhormat Suami..

Bridesmaid welcoming my new family and took the hantaran..



Part of the story line in "Isteri Mithali"...saksikan dalam Nona  TV3, Ahad depan.

Beautiful cousins..next in line! Kosong lagi ni sape nak isi borang yeee.

My aunt, my twin, my bff. Sama umur, membesar bersama. 
She assisted me in preparing the doorgifts from the start until all is finished. 
*her tudung is custom made by VeryLawa

My sweetest youngest sister cum my PA..a future engineer. 
Assisted me in printing DIY wedding cards and many more! *
her tudung is also custom made by VeryLawa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.
Ok jomz g pantai belakang rumah pulakkk...
.
.
.
.
.
.
.
.
Siap bawak bekal tu haa..




Chase me my love!






beautiful people with beautiful hearts
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
and my favourite moments with the bridesmaid...
tengok gambar2 ni buat saya senyum sorang-sorang..
.
.
.
.
.
.
.

"Are you readyyyy?"


Ok one!
Two!
Three!

Four!
.
and

Flyyyyyy!!!

The excitement - precious!


Priceless moment!
.
and
.
.
.

THE WINNER! 
Dapat bouquet dan Percuma Proton Saga....hihihi

* My Fresh bouquet is sponsored and DIYed by my big brother.

Below is some bridesmaid-related tips I would love to share with all B2Bs:

1. Pastikan warna tema pakaian bridesmaid dan tema kedua-dua belah famili  berbeza/kontra dengan warna baju pengantin.
2. Kalau boleh avoid warna tema yang terlalu terang atau menyerlah. Go for pastels or dark colour is safer.
3. Pastikan kira betul-betul berapa orang bridesmaid untuk majlis kita supaya masa beli kain nanti tak membazir dan takde masalah tak cukup kain.
4. Bahagikan kain kepada bridesmaid untuk jahit sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis. Kalau nak tetapkan baju design macamana pun ok je, lagi cantik semua pattern sama :)
5. Lesson learnt, kalau nak lagi cun, beli kain untuk jahit tudung sekali...supaya warna tudung sama / colour tones tak lari jauh.
6. Pilih bridesmaid yang ceria, sporting, tidak kekok bergambar.
7. Pilih material kain yang selesa dan tidak terlalu sarat. Kalau pengantin pakai fabrik lace penuh, elakkan bridesmaid put any kind of lace on their attire, nanti nampak lagi crowded.
8. Above all, always remember ; the basic rule is no bridesmaid can overrule/overshadow the pengantins on their big day. I believe the simpler the bridesmaid is, the outcome will be prettier.


Semua gambar adalah ihsan dari OP, some are non edited. Belum sempat edit dah kena harrassed...nasiblaaa..btw, love our OP's creativity! Nanti insyaallah yuyu review about OP pulak ye. 

Thanks For Reading Beautiful! 
See you girls again in the next reviews tataaa!

***ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG***

Thursday, September 12, 2013

#Wedding Review: Our Wedding Attire (Reception)

Bismillahirrahmanirrahim.

13.09.13
Alhamdulillah dah genap sebulan selepas tarikh resepsi kami. :)

Hari ni nak review pasal wedding attire kami. Entri panjang. Korbankan lunch hour Friday untuk buat review ni...ada fewi kawan-kawan yang emel untuk sewa dan tanya sapa designer yang jahitkan baju kami....harapnya entri ni dapat membantu B2B yang tengah fikir pasal baju kawen...

****ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG****

DESIGNER: BRIDE's


first appointment.


By Engku Rizal, a UiTM Fashion graduate, young designer, dulu dia kerja dengan Qudyn Aziz. Very friendly, easy to deal with, charge quite ok as compared to designer fofular...dia belum ada butik sendiri, still new. Tinggal dekat area Bandar Tasik Selatan, time fitting session dia boleh datang jumpa kita kat mana yang kita request. That is really a plus point! 


The Material...


Asalnya staff Jakel yang recommend saya jahit wedding dress dengan dia, jumpa Engku Rizal pun secara tak sengaja masa dia tengah beli kain untuk customer kat Jakel. Sebelum buat keputusan, saya mintak Engku Rizal tunjukkan sample baju pengantin yang dia pernah jahit untuk tengok kualiti jahitan dia. Yes im fussy and that is justified since I will invest a lot. Dah puas hati, saya bincang dengan suami, terus setuju untuk tempah dengan dia. Lega.




Material semua saya beli kat Jakel dengan Iji. Warna kami tak decide awal-awal tapi kami pergi dulu...jumpa material yang berkenan baru pilih warna apa yang paling kami suka.. Masa ni belum ada designer, saya beli kain dulu....nasib baiklah cukup! I bought 10 metres of chiffon silk, 4 metres of satin silk untuk lining, 2.5 metres of prada lace. lupa nama lace tu, tapi ala-ala prada lace jugak sebab dia tebal. Lace saya dah siap dengan beadings....so menjimatkan masa dan tenaga designer untuk buat embellishment. Material for reception dress cost me about RM1300++.





back view of the dress


Design baju saya yang pilih sendiri. Inspired by Ellie Saab's and one dress yang saya tengok kat Majalah Pengantin. Saya tunjuk gambar pada Rizal dan dia sketch new. Pakej saya ambil termasuk custom made wedding shoes & veil. Kasut boleh pilih design macamana kita nak and boleh fitting ikut selesa, kalau tak selesa dia akan alter. Tudung tak termasuk. Kalau nak tudung sekali tambah RM150. Kos upah semua RM1800.





Terima daripada designer kosong je...so tambah lace sndiri lah :)


DIY


Untuk veil, saya memang request veil yang simple & singkat...Patching Engku Rizal buat memang cantik! Lagi satu saya request rizal buat curve shape di bahagian kiri dan kanan veil supaya veil tu takkan tutup/ overdo dress kita...rugi woo nanti dalam gambar nampak veil je!



The Veil



Untuk embellishments, Engku Rizal buatkan tapi saya ada jugak DIY, saya tambah lace and beads pada kasut dan pada pinggang baju  saya tambah diamonds swarovski (beli kat kedai auntie korea Jalan TAR) dan saya jahit manik sikit-sikit untuk efek yang lebih cemerlang..hehehe...




cantik kan beading dia...saya tambah part diamonds bawah tu.




Untuk tudung, saya DIY shawl. Plain je sebab taknak bagi nampak crowded...kat dalam saya pakai inner yang ada awning kecik...saya jual kat VeryLawa. Memang saya nak pakai shawl yang tutup chest area even dress saya banyak embellishments yang cantik kat bahagian atas...lebih selesa..So untuk tudung, saya beli lagi chiffon silk 2 meter then potong sendiri. Saya buat curve kat hujung supaya bila pakai bentuk dia cantik. 



Untuk DIY ni, jangan lupa tau untuk test pakai sekali dengan dress and veil tau supaya tudung tu tak oversized dan sesuai dengan size korang. Kalau besar potong lagi. Saya test 3x baru dapat size yang cun. Jangan lupa beli pin cantik dan keronsang kecik siap-siap ye...baru tak kelam kabut masa hari kejadian..



Shawl...DIY.


Underneath the shawl..




So in total, my wedding dress costs me about RM 3000++. Dan hasilnya, saya sangat-sangat berpuashati. Husband pun tak henti memuji, he likes it. Dulu masa nak upah mahal dia macam emmm...mahalnye sayang.. tapi lepas tengok hasil he said the result totally worth every penny! Bukan hanya cantik (pada pandangan mata saya & ikut citarasa saya) tapi selesa pakai...pakai seharian tu tak rimas pun...


Suka belahan depan dia... :)


DESIGNER : GROOM's

Apparently suit untuk groom tak serumit bride's. Kami upah di Omar AliMaterial Bridal Satin beli kt Jakel KL. Kos baju lelaki termasuk upah around RM500. ..Haha, jauh beza dengan perempuan kan? Sampin, tanjak dan aksesori kami beli sendiri. Overall kami sangat berpuas hati dengan servis Omar Ali....siap cepat...jahitan kemas...pakai selesa.




keronsang besar tu kami beli dekat Semua House...RM60 5 bijik..

the love of my life...

sayang, thanks for everything...

Masa preps untuk wedding, masa agak suntuk sebab suami  dalam latihan tapi time dapat outing, masa tu kami ambik masa prepare on our wedding...terima kasih sebab ikut semua apa yang saya nak esp bab baju ni...redha je pakai pink...pesen suit dia pun saya yang tentukan...hihi....



Kami sayang sangat baju ni tapi kami memang niatkan untuk sewakan kepada yang berminat...both baju pengantin laki dan perempuan termasuk aksesori...tapi belum sempat buat entri sewa...kalau ada B2B yang urgent nak pakai boleh emel saya ye untuk quotation... verylawa@gmail.com. Kami boleh nego cuma please don't expect sewa yang terlalu murah ye kawan2...this is designer's dress....kalau sewa dari butik pun mahal kan. Takpe kalau berminat boleh emel dulu jangan takuttt..setakat ni dah ada 2 orang B2B yang tempah, nanti datang try kalau confirm saya akan block date awal-awal.. :)


Just untuk info: saiz yuyu XS/S/M boleh muat. Husband S/M/L boleh muat:

Tinggi yuyu : 151 cm, Berat : 42 kg
Tinggi iji : 170 cm, Berat : 72 kg


atau kalau nak tempah dengan Engku Rizal, boleh contact dia 012-6981602... Cakap kat dia NURUL PUTRAJAYA yang recommend...saya advice tempah 4-5 bulan awal sebab takut tak sempat siap...saya punya pun tempah awal sebab tu boleh fitting sampai 3 kali...sampai betul-betul selesa & puas hati...satu lagi, kalau nak designer yang kita hire tu semangat buat baju kita, jangan culas bab bayaran...saya bayar secara installments setiap kali jumpa untuk fitting..saya bayar hingga fitting terakhir, langsai. One more, jangan terus bayar semua kos upah sekaligus takut-takut kalau kita tak suka dengan outcome nya..susah pulak nak mintak alter balik kan...




Ok lah semua, saya rasa dah detail review ni...kalau ada apa-apa info yang tak cukup lagi...korang boleh emel saya verylawa@gmail.com ye. Love all!

XOXO,
YUYU & IJI


psttt: weekend is approaching! yey esok pagi jumpe suami..............  
nah senyum lebar-lebar..
(^__________^)


****ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG****

Gyeongbokgung Palace - Day 5