Bismillahirrahmanirrahim
Dengan ini saya nak umumkan saya dah jadi ibu beranak satu kepada sorang baby perempuan Nur Arissa Sofea binti Norhafizi. hehe.
THIS LITTLE GIRL KEEPS ME GOING....
Maaf ya tengok la betapa lamanya saya tak update blog daripada preparation kawen tup tup terus ada anak dan sekarang up topik mak mak sangattt! hehehe....boleh tak saya gunakan "anak" sebagai alasan kenapa lama tak update. aci la kan? hehehe. Saya syok nak kongsi pengalaman ni sebab nak bantu ibu-bu lain yang mungkin akan, sedang atau pernah alami keadaan seperti saya. Ok takmau bebel lagi panjang2... Jom baca.
Ini adalah perkongsian pengalaman saya sendiri.
AZAM UNTUK MENYUSU PENUH
Bermula dari hari kelahiran 30 Sept 2015 sehingga baby berusia 3 bulan,
saya memberi susu ibu secara penuh melalui botol dan diselang selikan juga
dengan penyusuan terus atau direct feeding (“df”). Alhamdulillah syukur
direzekikan susu yang cukup untuk anak. Menjadi seorang ibu bermakna menyediakan
diri untuk menghadapi cabaran demi cabaran dalam membesarkan anak mengikut acuan
dan cara pilihan kita. Sedari dulu saya memang berazam untuk memberi susu badan
penuh kepada baby jika diizinkan Allah sehingga baby berumur 2 tahun.
BABY MENOLAK DF
Langit tidak selalunya cerah, adakalanya hujan di tengahari. Bermula
cabaran pada saya apabila baby mula menolak df selepas minggu-minggu awal saya
hantar baby ke rumah pengasuh/babysitter (“bs”). Berdasarkan pembacaan, saya
dapati baby saya mungkin sedang "keliru puting" atau “nipple confuse”. Saat ini
saya masih tidak nampak masalah yang akan saya hadapi seandainya baby keep on
refusing df kerana waktu ini saya langsung tidak mengalami masalah supply. Susu
masih meriah seperti biasa dan stok juga sentiasa banyak dan mencukupi
(adakalanya berlebihan ) untuk memenuhi keperluan baby.
MENJADI EP-MOM
Setelah hampir 2 bulan menjadi epmom (exclusive pumping mom), saya tidak
mengalami masalah supply susu sehinggalah pada awal Februari yang lalu saya
ditugaskan outstation selama seminggu. Waktu kerja dan kursus yang padat
menyebabkan jadual pam saya mula berterabur. Seminggu selepas itu, saya demam
pula lima hari. Susu mula merudum sedikit demi sedikit. Masa ni baby saya juga
demam jadi demand baby berkurang. Saya belum rasa cuak sebab stok masih
mencukupi. Kemudian bila baby mulai sihat dari demam, demand baby
bertambah-tambah daripada biasa. Sehari baby saya demand sehingga 24 oz. Saya
fikir mungkin baby saya sedang mengalami growth spurt.
SUSU MULAI DROP
Saya rasa tertekan, cemas dan sangat down bila hasil pam tak seberapa. Kali
pertama saya pam cuma dapat 2oz saja. Sedih tak dapat diceritakan. Saya mula
sesali kecuaian saya mematuhi jadual pam telah menyebabkan susu drop mendadak.
Anak sayalah yang terpaksa terima hukumannya. Bayangkanlah betapa cuaknya saya
bila stok susu saya ibarat kais pagi makan pagi. Selesai pam terus habis, pam
terus licin. So mana stok yang saya nak bawa ke rumah pengasuh? Waktu ni saya
rasa bersalah takut anak lapar, tapi saya terus beri apa yang ada dan doa supaya
Allah kenyangkan anak saya dgn susu yang tidak seberapa. Saya perlu hasilkan
sekurang-kurangnya 24oz sehari sebab permintaan daripada baby juga tinggi.
Alhamdulillah pada saat genting begitu saya keep on pumping dan masih bertahan
tak campur susu (sekali kali jangan set dlm kepala boleh bagi formula milk “fm”
untuk topup). Disebabkan stok tidak mencukupi, saya akan ke rumah pengasuh waktu
tengahari untuk topup susu untuk sebelah petang. Saya minta tolong pengasuh
berjimat cermat, pastikan baby habiskan setiap titis yang ada. Huhu.
MENCARI JALAN PENYELESAIAN
Sebelum ini susu saya sangat meriah hingga adakalanya berlebihan tapi kini
saya menjadi “pengemis susu”. Setiap titis dirasakan teramatlah berharga. Saya
mula bekerja keras untuk tingkatkan semula supply susu. Saya gali dan cari ilmu,
saya berkongsi masalah dengan support group. I look for solutions. Saya ubah
cara pemakanan saya serta merta. Saya perhatikan setiap apa yang masuk di dalam
perut saya. Apa yang saya makan, itulah dia makanan baby saya.
UBAH CARA PEMAKANAN
Saya mula mengamalkan pemakanan sihat yang boleh meningkatkan production
dan kualiti susu (saya tak yakin dan tidak berminat dengan sebarang
supplement/milk boosters. The key success in bf is supply vs demand). Setiap
hari saya ambil oat dicampur dengan susu segar, saya kerapkan minum air suam
(bukan air kosong sejuk) sebelum dan selepas setiap sesi pam, sarapan air barli,
horlick, kurma jadikan sebagai snack, makan sedikit tapi kerap, lebihkan
pengambilan protein & sayur serta saya mula puasa ais & puasa minuman
berkafein. Korban untuk anak.
DISIPLIN PAM SECARA KONSISTEN
PALING PENTING saya jaga jadual pam secara berdisiplin pam setiap 3 jam dan
buat power pumping (boleh google je untuk ketahui caranya) sekurang-kurangnya 2
kali sehari termasuk jam 3am-4am. Jika perlu buat jadual pam khas yang sesuai
dengan waktu bekerja kita. Sebaiknya guna pam double. Untuk ibu baru terutamanya
yang bekerja, jika berkemampuan investlah beli pam yang bagus. Ia adalah
pelaburan yang sangat2 berbaloi yang boleh membantu memudahkan kembara penyusuan
kita.
DOA ITU SENJATANYA
Selain itu, mesti doa & minta sungguh2 pada Allah supaya
perbanyakkan/cukupkan susu & mudahkan perjalanan saya menyusui anak dgn susu
badan sepenuhnya. Amalkan solat dhuha waktu siang, solat taubat dan tahajjud di
sebelah malam sebelum memulakan sesi mengepam pada jam 3am. Amalkan juga doa
untuk permudahkan urusan. Hembuskan ayat pelembut hati di ubun-ubun anak (surah
toha 1-5) Sambil pam boleh juga baca surah al-hujurat. Kuncinya sentiasa
positifkan diri usaha jangan jemu doa doa doa dan minta pada Dia Maha Pemberi
Rezeki.
HASIL YANG MEMUASKAN
Alhamdulillah setelah 3 hari mengamalkannya susu saya semakin banyak dan
banyak walaupun bukan meningkat secara mendadak. Sekurang-kurangnya rasa
tertekan mulai reda sedikit demi sedikit. Saya rasa lega sangat-sangat dan rasa
semakin bersemangat untuk teruskan penyusuan. Motivasi saya yang paling kuat
ialah apabila melihat anak membesar happy and healthy hanya meminum susu ibu.
Rasa kepuasan.
BERUSAHA UNTUK KEMBALI DF
Saya akui bukan mudah menjadi epmom. Silap skip pam susu akan mula
merudum...jadi kini saya sedang berusaha kembali untuk pujuk baby supaya df
semula. Mulanya saya rasa mustahil sebab dah lama juga saya stop df. Saya baru
bertatih memulakan kaedah skin to skin & beberapa teknik lain yang saya baca
(boleh google je) untuk pujuk baby. Saya akui saya juga tak kuat bila tengok
baby nangis tapi saya fikir kena cuba juga untuk kebaikan baby. Cuba dan cuba
alhamdulillah saya berjaya juga df baby walau 10 minit cuma. Saya cuba setiap
hari dan pastikan baby df juga walaupun sekali. Berkali kali juga dia tolak dan
menangis tapi saya cuba pujuk lagi. Ia seolah-olah memberi sinar harapan baru pd
saya setelah lebih kurang 2 bulan baby menolak df (silap saya juga tak cuba
macam2 teknik bila baby mula refuse df pada awal2 dulu). Jika perlu, boleh minta
cuti rehat untuk luangkan lebih banyak masa skin to skin dengan baby. Another
interesting fact is after df saya pam 20 minit kemudian susu semakin banyak dari
biasa (benar kan stimulation baby berbeza daripada suction pam).
KUATKAN MENTAL, KUKUHKAN ILMU KEIBUBAPAAN DAN SAMA-SAMA BERI SOKONGAN
Kepada ibu-ibu yang mengalami situasi seperti saya, jangan terus putus asa
ya cuba usaha dulu. Pertolongan Allah itu sangat dekat. Elakkan stress, cuba
libatkan diri dgn support group, kongsi dan bincang masalah penyusuan when you
feel like quitting or giving up dan dapatkan sokongan org sekeliling terutamanya
suami (my highest appreciation to my backbone tq so much husband for your never
ending support) untuk sentiasa positifkan diri. Menjadi epmom dan career woman
bukan penghalang untuk kita penuhi hak anak. Tenung wajah anak lihat betapa dia
sihat gembira dan ceria dengan khasiat susu ibu, berazamlah setiap hari untuk
terus menyusui. Tanpa motivasi & sokongan kita akan mudah tersungkur.
Benar langit tidak selalunya cerah, kadangkala hujan di tengahari. Namun
selepas hujan, muncullah pelangi nan indah. Ingatlah bahawa untuk menjayakan
penyusuan penuh kita bukan hanya perlu susu yang melimpah tetapi ILMU YANG CUKUP
untuk bersedia dalam apa jua keadaan.
Sekian sampai di sini. Saya harap perkongsian saya yang tak seberapa ni
dapat memberi motivasi kpd epmom yang lain. Keep on putting effort never give up
& doa. Salam susu ibu n happy pumping! Robbi yassir wala tu'assir.
IBU ARISSA
24 Feb 2016
"The only inner-strength that can drive you making things you think
impossible become POSSIBLE & even EASY.
What is it?
It's MOTHER's LOVE"