Wednesday, March 28, 2018

Bahagian II: Persiapan Menduduki Rumah Pertama (Dekorasi)

Bismillahirrahmanirrahim
Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

Alhamdulillah masih diberi nikmat aafiyah darinya. Pada entri lepas saya kongsikan Persiapan Menduduki Rumah Pertama Bahagian I, kali ini saya ingin berkongsi gambar-gambar dekorasi setelah rumah sedia diduduki. Rumah pertama ini paling istimewa di hati saya dan suami kerana ianya adalah 100% dari hasil titik peluh kami berdua, di mana di setiap sudutnya ada cerita dan kenangan tersendiri. 

Dari segi dekorasi rumah, saya dan suami juga berkongsi idea untuk menatarias teratak kecil kami, mengambilkira bajet dan kesesuaian keadaan dan suasana rumah untuk puteri dan putera kami. Saya banyak merujuk kepada gambar-gambar di internet untuk mendapatkan ilham dekorasi. Saya suka pada perabot berwarna putih, dan memilih warna-warna pastel untuk hiasan. Saya minat pada dekorasi scandinavian tetapi saya ubah dan adaptasi mengikut minat dan bajet saya & suami.

Dari segi tempoh masa, saya dah mula plan untuk deko rumah beberapa bulan sebelum diserahkan kunci. Untuk susun atur dan deko mengambil masa kurang satu bulan sahaja. Memandangkan rumah saya kecil je, saya meminimakan penggunaan perabot untuk memaksimakan ruang supaya rumah nampak lapang dan paling penting, anak boleh berlari-lari dan bermain di dalamnya. Rumah saya takde almari pakaian, semuanya open wardrobe, dan saya beli dua unit chest drawer dari Ikea untuk menyimpan semua pakaian yang berlipat.


 

Ruangtamu/ruang menonton.
Rak TV, lampu meja, rak hiasan, jam semua dari Ikea.
Lerberg (rak besi) tu suami saya DIY, spray warna gold.


 
Sofa, meja sisi dan kerusi acapulco dari SSF. Meja dan karpet dari Ikea. 

 Tiada partition di antara ruang tamu dan dapur jadi saya gunakan langsir putih untuk bahagikan ruang ini. Sheer curtain from Ikea.

Artificial tree from SSF

Ringkas cuma.

Pandangan dari dapur

 MALM chest drawer mengisi ruang dinding. Cermin dinding dari Ikea. (Love sangat cermin ni tau) Frame dari Kaison.

 
In love with the sheer curtain forever...

Because it speaks the language of romance. It speaks about my inner self.

 Set meja makan 4 orang, juga dari Ikea.

 This year meja makan ni dah beralih ke dapur...sebab nak bagi anak-anak ruang bermain yang lebih lapang...daku hanya mampu berhuhuhu....demimu anak.

Master bedroom.
 
 The ever famous leirvik bed from Ikea. Kukuh, cantik, murah..puas hati!

 Bilik arissa/ bilik tetamu


Our princess.

Sekian perkongsian kali ni.
Bahagian III nanti saya akan share pulak dekorasi dapur tanpa kabinet...
Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

P/S:  Semua gambar adalah hak milik terpelihara. Sila beri kredit jika menggunakan gambar yang saya kongsikan untuk diterbitkan di mana-mana laman media.

Gyeongbokgung Palace - Day 5