Thursday, January 25, 2018

Highlight of 2017

Bismillahirrahmanirrahim

Terdetik hati untuk melawat laman blog ini yang telah lama ditinggal sepi. Sedari 2012 menulis, tahun lepas 2017, tiada satu pun entry yang sempat saya coretkan di sini buat kenangan di kemudian hari. 2017 seperti tahun tahun sebelumnya, penuh warna warni dan tidak sunyi -- tetapi saya menyepi dari dunia penulisan tanpa sengaja kerana betapa waktu itu mencemburui. Keterbatasan masa menghalang saya untuk mengemaskini belog ini dari semasa ke semasa. Walau begitu, saya masih aktif berkongsi cerita keluarga kecil saya di akaun Instagram peribadi untuk tatapan masa hadapan. 

Di sini saya rangkumkan antara peristiwa penting tahun 2017 yang mencatat memori pahit manis perjalanan hidup saya dan keluarga kecil saya, bersama gambar kenangan yang sempat dirakam dan masih kemas tersimpan.

#Januari 2017: Memasuki Rumah Pertama
Pembelian rumah ini dibuat pada tahun 2014 dan kami menerima kunci rumah pada bulan September 2016. Persiapan dibuat sedikit demi sedikit dari bulan November 2016 dan secara rasminya kami menduduki rumah ini pada bulan Januari 2017. Insyaallah saya akan kongsikan secara terperinci gambar-gambar persiapan kami sebelum menduduki rumah ini. Menariknya, boleh dikatakan 80 peratus persiapan rumah ni kami buat sendiri je dari membasuh, mengecat, menghias ruang dan sebagainya. Penat tapi seronok!

Jarak rumah dan pejabat saya cuma 3 minit. Jadi masa lunch hour pun sempat
melawat tapak. Maklumlah, rumah pertama mesti excited kan :)

Rumah teres setingkat. Ni bahagian ruangtamu.

Gril siap dipasang. Wiring juga dah selesai masa ni.

#18-23 Mei 2017: Percutian Keluarga di Perth, Australia
Pertama kali saya dan keluarga bercuti di luar negara. Tiket murah masa tu, apalagi grab teruslah! Tiket dibeli awal 9 bulan dari tarikh penerbangan, sempatlah menabung dulu kan :) Story ni pun saya akan tulis satu entri khas tapi nak cerita details tu macam dah tak syok sebab dah basi dan tak berapa ingat dah...jadi saya akan kongsikan gambar-gambar sepanjang berada di sana.

Di Caversham Wildlife Park, a must visit place in Perth, at least
to us Malaysians :)

At this moment, I am about 7 months pregnant..

#15-17 Julai 2017: Splash Day @Lost World of Tambun

Jalan-jalan bawa kakak main air sebelum ibu deliver. Touching tau bila nak dekat bersalin ni...fikirkan anak sulung yang masih manja dengan kita. Bermalam semalaman di Ipoh, esoknya bawa kakak main di Kidzoona Jusco. Nanti ibu share lagi ye.

Kami sayang kakak...sayang sangat-sangat.


#11 Ogos 2017: Melahirkan Putera Comel Aydan Fateh
Rahmat dan rezeki terbesar dari Allah pada tahun 2017, menyambut putera saya Aydan Fateh selamat dilahirkan pada tanggal 11 Ogos 2017, sejurus selepas azan Zohor pada hari Jumaat di Hospital Jerteh, Terengganu. Saya akan kongsikan di lain entry pengalaman melahirkan cahaya mata kedua ini.



#2 September 2017: Akikah Aydan Fateh
Majlis akikah adik dibuat di rumah tokma (ibu saya) semasa saya masih dalam tempoh berpantang. Waktu kakak dulu pun sama juga, buat siap siap waktu masih cuti di kampung. 


Potret berempat :)

Terima kasih atok & opah datang :)

Fateh lena aje sepanjang masa...senang ibu nak bersosial kiki

Dah botak anak ibu :)

#29 Oktober 2017: Konvokesyen di USM Pulang Pinang
Kenangan manis. Antara pencapaian terbesar abang saya, he's now a proud Physician. Tahniah Dr Adli. You deserve the success after all the tears and sweats. Selamat berbakti kepada keluarga dan ummah. We adore you!


Congratulations, mom.



#25-27 November 2017: Hari Keluarga di Bukit Merah Laketown Resort
Hari Keluarga anjuran office suami. Seronok jugak sebenarnya datang sini. Sebelum ni tak pernah pulak kami datang, asyik asyik kalau takde tempat nak bawa anak-anak, mesti ke Cameron Highlands saja. Haha. Food dia best, hotel pun ok, cuma turn off sangat bila takde servis iron on request...saya tak tahu so takdelah bawak iron datang sini...alamatnya kena pergi iron pakaian kat ironing room yang disediakan di bilik bawah.

Ada banyak lagi gambar, 
insyallah saya akan kongsi dalam satu entri khas yang lain...

#4 Disember 2017: Aydan Fateh Warded
The downside of our 2017...Fateh mula batuk selepas beberapa hari kakak selsema. Infected. Kakak sihat, tak demam. Kami bawa Fateh ke KMC berjumpa Paedatrician Doktor Razif, dinasihatkan untuk ditahan di wad kerana suspected bronciolitis. As a new parent, menggelabah jugak sebab takde pengalaman anak ditahan di wad...but with the assistance of my brother who monitor from afar, jadi kuranglah risaunya. Apa-apa sahaja kami boleh terus refer pada beliau sebelum buat keputusan. Setelah 7 hari dirawat di wad, anak ibu sihat alhamdulillah. Kami bergilir-gilir jaga Fateh sebab cuti rehat saya cuma berbaki 4 hari. Suami jaga siang, saya jaga malam. Apa yang penting? Kerjasama. :) Terima kasih suami sebab banyak bantu. You're indeed a real superhero!

Hati dirundung pilu tengok anak macamni...Allah saja yang tahu.

Wad cukup selesa. Dekat je dengan rumah dan pejabat. Alhamdulillah!

Eh eh sape yang sakit ni? ;P
Kakak datang melawat adik waktu petang...
just look at the way he stared...
obviously adik rindu pada kakak.

Hari ke 7...dah sihat dan boleh discaj :)

#26 Disember 2017: Mak, Nenek & Abang Menunaikan Umrah
Sebagai penutup tirai 2017, alhamdulillah syukur atas jemputan Ilahi dapat juga ibu dan nenek saya terutamanya menjejak kami ke Tanah Suci. Jemputan haji belum sampai pergilah umrah dulu. Kami sekeluarga berkumpul di KLIA untuk hantar rombongan pergi umrah. Flight ke Mekah 26 Disember jam 4 pagi. Jadi malam tu berkumpul ramai ramai kat airport.

Kecik besar tua muda semua ada...masa ni dah 11pm so budak budak semua dah terlena...

Mom, my siblings, husband and in laws



To sum up, alhamdulillah 2017 has been a very great year! Terima kasih Allah di atas nikmatmu tak terhitung banyaknya...semoga kami tergolong di antara hamba-hambaMu yang bersyukur.

Sekian jumpa lagi :)

Gyeongbokgung Palace - Day 5