Friday, January 26, 2018

Pengalaman Bersalin: Selamat Datang ke Dunia Anak Solehku Aydan Fateh

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Fateh sayang,
Ini cerita untuk Fateh. Cerita sebelum lahirnya Fateh ke dunia...
Semasa cerita ni ditulis, Fateh dah berusia 5 bulan 16 hari.

8 Ogos 2018, ibu mula rasa sakit perut seakan nak bersalin tapi sakit yang biasa je tak kuat. Sakit datang dalam sela masa yang lama, dan sekejap. Bearable. Masa ni tokma ada di rumah kita temankan ibu sebab abah pegi kursus wajib di Kuala Lumpur. 

Lama kelamaan sakit terasa makin kerap...ibu terus text abah, abah apply exemption untuk balik tengok ibu. Application allowed. Jadi malam tu juga abah naik ETS dari KL ke Perlis, paginya sampai. Aduh, sakit ibu berkurangan pula. Frust tau adik, ibu kesiankan abah kalau ibu tak bersalin lagi, abah kena balik semula ke KL semula menghabiskan kursus wajib 14 hari.

Sesampainya abah di rumah, selepas solat Subuh, ibu dan abah bertolak ke Hospital Tunku Fauziah, cuma 3 minit dari rumah kita. Register di PAC, doktor check bukaan baru 1cm. Ibu diarah untuk balik rumah dulu dan alert jika ada tanda-tanda nak bersalin kena datang semula. Masa ni ibu dah redha kalau ibu kena bersalin kat sini -- walaupun plan asal nak balik bersalin di kampung. Sakit masih ada cuma makin berkurangan. Sebab risaukan ibu, Abah mohon extend cuti 3 hari lagi. Alhamdulillah diizinkan.

9 Ogos 2018, perut ibu dah tak sakit langsung. Ibu ingatkan bersalin nombor dua ni dah takde sakit main-main macam pengalaman ibu bersalinkan kakak dulu, rupanya lebih kurang sama juga. Adik masih belum bersedia melihat dunia takpe sayang just stay, be safe in my womb. I love you.

10 Ogos 2018, since sakit ibu dah berhenti terus dan takde tanda tanda nak bersalin, tokma ajak kita balik kampung sementara abah masih diberi cuti. So on this day bertolaklah kita ke kampung..perjalanan lebih kurang 6 jam, ibu sihat alhamdulillah. Petangnya sampai di kampung hoora hooray...dalam hati berdoa supaya adik 'keluar' sebelum hari isnin depan...kalau tak, abah kena balik ke KL semula untuk sambung kursus.

11 Ogos 2018 
Malam tu sebelum tidur, ibu rasa lapar. Jam 12 malam ibu makan nasi. Sebelum tidur, abah usap perut ibu sambil pujuk adik..."Fateh..kalau Fateh nak jumpa abah dulu, Fateh kena keluar dari perut ibu sebelum hari Isnin tau". Ibu tertidur, lebih kurang 20 minit saja terlelap..tiba-tiba ibu terkejut kain ibu basah, banyak air keluar -- ibu bingkas bangun kejutkan abah ibu rasa air ketuban dah pecah! Abah happy hahaha.

Walaupun ni pengalaman kedua, ibu tetap gelabah, apatah lagi pengalaman ni berbeza daripada pengalaman bersalinkan kakak. Masa tu jam 1.30 pagi...semua orang dah tidur. Ibu & abah terus turun tingkat bawah, kejutkan tokma. Tokma, ibu, abah dan Ummi Long segera bertolak ke hospital berdekatan (Jerteh) membelah malam...jam 2 pagi kami sampai. Dalam perjalanan tu ibu sempat habiskan baca surah Maryam sebab masa tu langsung takde sakit pun...sampai di hospital habis lenjun kain ibu sebab air keluar non stop. Kalau ikutkan perancangan awal ibu, nak bersalin di HUSM sebab dulu ibu bersalinkan kakak di situ tetapi sebab air keluar banyak, takut pulak nak pegi jauh-jauh sebab ibu risaukan keselamatan Fateh.

Sampai di wad bersalin, ibu lalui prosedur biasa. Tukar baju wad, set iv line, check bukaan (1cm) dan beberapa butiran peribadi diambil. Air ketuban pecah masa doktor buat vaginal examination. Ibu dengar bunyi pop! pastu air keluar banyak gila! Selesai semua prosedur...ibu ditolak ke wad..

Jam 3 pagi, ibu mandi. Sejuk tapi tahan. Buat solat tahajjud dan solat hajat. Selang masa tu ibu mengaji. Bila sakit kurang, ibu mengaji lagi. Masa ni sakit tak kuat lagi. Tokma, Abah dan Ummi Long stay di bilik menunggu dekat wad bersalin. Jam 6 pagi ibu mula sakit kuat tapi tak kerap...ibu praktiskan breathing technique yang ibu buat masa bersalinkan kakak dulu untuk bantu cepatkan bukaan rahim.

From hours to hours, sakit semakin kuat dan kerap. Dua kali ibu request untuk buat VE sebab sakit terlalu kuat, tapi bukaan masih around 3-4cm je huhu. Ramai saudara kita datang melawat ibu dari tingkap hospital (sebelum waktu melawat), opah dan atok pun datang jugak...tok abah pun ada. Ibu tak larat menangis dik, sakit sangat tapi ibu keep on walking...

Jam 1230 tengahari ibu sakit kuat tak mampu nak berdiri dah...baring atas katil mengiring and i am shivering. Badan dan kaki rasa sejuk walaupun dah berstokin. Masa ni pelawat dah boleh masuk...ramai sedara kita datang tengok ibu. Abah minta nurse bawakan wheel chair dan buat VE sekali lagi. 

VE done but...nurse cakap masih 3cm. Dia marah ibu sebab baru 3cm dah tak boleh berjalan...nurse tu tinggalkan ibu terkongtang kanting dalam bilik tu sebab dia cakap lambat lagi nak bersalin. Ya Allah. Ibu rasa sungguh sungguh tak tahan sakit masa tu...kalau kena tunggu berejam lagi, rasa nak request saja supaya dibedah. I cannot stand the pain anymore...dalam hati tak putus berdoa supaya Allah bantu...Ibu gagahkan diri text abah untuk inform bukaan baru 3cm sebab ramai saudara mara kita yang menunggu khabar berita dari luar wad...

Tak sampai pun 10 minit lepas nurse tadi keluar, tetiba je ibu rasa nak macam nak terrrrberak. Nak cakap rasa macam nak terberanak, macam tak logik pula baru tadi nurse cakap bukaan cuma 3cm...ibu terus menjerit sekuat hati panggil nurse!

"Misiiiiiii...saya rasa macam nak berak!"

Dua orang misi bergegas masuk dan mereka minta ibu hold sekejap, tahan sementara misi sediakan apa yang patut. Nampak misi misi kalut sangat waktu tu. Bila dah ready Misi tanya abah nama ape sebab nak buat pengumuman panggil abah. Misi cakap dah boleh teran! Ibu pulak yang confuse sebab tadi je misi cakap 3cm takkan dah boren teran? Misi cakap boleh! Ibu terus teran..with two times strong push, ibu dengar suara Fateh nangis! Oh bahagianyaaaaaa....sakit terus hilang serta merta. Masa tu jugak abah baru masuk bilik bersalin...masa misi buat announcement..abah tengah mandi nak pegi solat Jumaat sebab ibu cakap baru 3cm..ingatkan lambat lagi...Masa Fateh lahir, azan Zohor sedang berkumandang. Abah terus azankan Fateh.

Detik bersalinkan Fateh ibu dapat rasakan satu miracle! Dari bukaan 3cm, 10 minit kemudian ibu bersalin. Sesungguhnya tiada apa pun yang mustahil dengan pertolongan Allah.

Oh ya, ibu nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Fateh sebab dengar doa ibu & abah...by week 37th, Fateh dah pusing pada kedudukan yang betul. Lega sangat! Sebelum tu masa check up 28weeks & 36 weeks, Fateh breech tau, which made me cried (i swear i terrrrramatlah takut kena c-sect)

Fateh baby yang sihat. Berat 2.99kg, you face resembles Abah a lot especially on the nose part :) On your bornday, you look fairer than kakak. You cried as soon as you were born, and you immediately stopped when Abah azan, cried again after that..calmed down and sleep soundly when I hugged you....indahnya terasa masa tu...hilang terbang semua kesakitan yang ibu tanggung seharian...


Selamat Datang ke Dunia Sayang. InsyaAllah ibu dan abah akan cuba yang terbaik untuk membimbing Fateh menjadi khalifah Allah yang soleh.




The day that I believe mother instinct is real...from day first I found out being pregnant. I strongly feel..its a boy. On the first time of scanning appointment, I told Doc Syuhada that its a boy.. Doc 90% confirm your gender because your ball is clearly showing on the screen...but that time, it is still too early to give 100% confirmation...

Till the next scan, you always showed your gender and it is 200% confirmed when you are born! hehe. First snap fresh from oven..seeing this pic again made me all teary.. Besarnya nikmat Allah pada aku.

Hi world...this is my first outfit...

Baju ni hadiah Mamasu bagi...beli kat Perth masa bercuti di sana.

Ditahan di wad semalaman..asalnya tokma akan temankan ibu di wad tapi tokma met an incident that evening (explosion and burned the face) so hanya kita berdua, dan abah tunggu di luar. Masa ni ibu bahagia dapat peluk Fateh..tapi dalam hati ibu juga teringatkan kakak, ibu kan tak pernah berpisah dengan kakak...

How do I look Asia? in black & white?
Masa ni mata masih bengkak lagi..


Fateh didukungan Abah. He's a very, very responsible & loving father.
You're so lucky, my son.




On the left is you sister on her bornday...people said that you also resemble your sister a lot...and oh...do you notice, your dad wore the same shirt in this photo..that is not a coincidence sayang..abah planned for it earlier...he requested ibu to pack his shirt in your hospital bag so that he can wear the same when he celebrated your arrival...how sweet!




Yes...after a day stayed in the hospital...dah boleh balik rumah..


Hey I am 4 months old...all smiling and grinning...






Semoga anak ibu menjadi anak soleh dan beriman.

Ibu,Abah & Kakak love you so much baby...



Pstt..masa entry ni ditulis...ibu bangun awal pagi Sabtu jam 3am buat powerpumping...semuanya untuk Fateh. Semoga ibu berjaya menyusukan Fateh sekurang kurangnya 2 tahun...Amin.

Gyeongbokgung Palace - Day 5