Thursday, July 11, 2019

Percutian Keluarga ke Seoul [Hello Kitty Museum & Namdaemun Market] (Day 2- Part II)

Bismillahirrahmanirrahim 


[30 APRIL 2019 - 6 MEI 2019, SEOUL KOREA] 
Entri berkaitan:  

Hai bertemu lagi kita di dalam episod II dalam drama pendek Percutian Keluarga ke Seoul..haha. Punyelah banyak nak cerita, maka terpaksalah sis buat separate entry untuk aktiviti hari kedua di sana. So, seperti yang sis janjikan pada entry yang lepas, sis akan kongsikan pengalaman dan gambar-gambar melawat HK Musem yang menjadi salah satu tarikan pelancong di N Seoul Tower.

TIKET MASUK

Harga tiket untuk masuk ke HK Museum yang sis beli melalui website KK Day ialah RM38 satu kepala manakala tiket masuk ke Observatory Deck ialah RM19 sekepala. Sis dan anak-anak beli untuk kedua-duanya, so total semua ialah RM57 sekepala. Mahal juga kan? Tapi since currency kita memang rendah berbanding Korean Won maka kenalah pejam mata. Kalau convert, semuanya rasa mahel!


Mamasu dan Paksu tak join kami masuk ke HK sebab depa dua dah lanjut usia dan tak lagi berminat dengan Hello Kitty. 😜😝😄  Kami masuk ke sini around jam 2 petang kot. Sis pun dah ingat-ingat lupa.

Mula-mula masuk sis dah rasa macam krik krik je, sunyi weh takde orang. Arissa pulak macam tak excited ja. Dia lagi tertarik dengan souvenirs shop yang menjual pelbagai barangan cenderahati Hello Kitty di situ. Asyik cakap nak beli itu nak beli ini. Pokai mak.


HK MUSEUM TOUR

So mamas and papas, jomlah sis bawa you all tour dalam HK Museum...layan gambar.

 Seksyen pertama yang kita akan jumpa as soon as we enter this place
 Kerusi, meja makan, semua ada ciri-ciri HK

 Adik ligat buat tour dalam ni. 😝



Masa di pintu masuk, setiap pelawat akan diberikan satu kertas atau borang kot, yang mana ada 6 petak kosong yang kita perlu check in dan cop setiap kali melawat setiap seksyen di dalam muzium ini. Setelah kita cop semua petak tersebut, kita akan diberi cenderahati semasa keluar. Dapat badge kecik yang ada tulisan HK. Actually kami pun tak cop semua tempat yang ada dalam kertas tu sebab terlepas pandang tapi dorang bagi je jugak souvenir.


Takde ke food kat sini yang i boleh makan?

 Mula-mula kakak & adik ingat tu makanan betul...kemain nak ambik

 Bertepuk tepuk tangan, bertepuk jangan segan...

 Naaaakkkk

 Ish tak sampai pulak



Basically muzium ni sempit je, korang boleh spend around 10-15 minutes only for a quick visits to every sections at this space. Kalau setakat nak bergambar, 10-15 minit pun dah memadai. Memandangkan anak-anak sis pun dah penat dan lapar masa masuk kat sini, kitorang memang masuk sekejap saja, bergambar kenangan dan terus keluar.


 Katil HK. Abah pun tumpang baring 



Sayang, cepatnya kamu besar. If one day you happen to read this, please always know that ibu & abah loves you with all our hearts. We will sacrifice everything for your future sake. You both are the person that we will take the bullet for. Semoga Allah beri kejayaan kepada kamu di dunia dan di akhirat.
So are you, my son.
Yours truly

 



Hello there, have you see my parent?

 
So here is the last section of the museum. 
Once you say goodbye, you cannot go inside again unless you wanna buy another ticket.


Selepas keluar dari sini, kami bercadang untuk naik ke Observatory Deck sebentar (ikutkan hati dah penat tapi sebab tiket dah beli) tapi bila masuk dalam, tengok queue panjang kami tak jadi naik. Adik pulak berak 😏 perut pun dah mula berkeroncong.

 Mamasu n Paksu bergambar di OD

 View dari dalam toilet pun super cantik. Sangat sesuai dengan orang yang ada masalah sembelit. 😜😜😜

Lebih kurang jam 4 petang kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Makan aiskrim dulu

 Jom turun dan cari tempat nak makan. Lapaq gila dah ni.

 Makan dulu...


Buka bekal kat sini. Thanks to Tupperware memudahkan sis bawak foods tanpa risau tumpah ke ape. Nasik sis masak bubuh dalam ziplock bag je sebab tak muat Tupperware. Pinggan pakai yang pakai buang. Bawak handwash dan tisu basah. 


Selesai makan, kami bergilir-gilir jaga anak untuk solat jamak. Bawaklah telekung travel supaya senang untuk bersolat di mana saja. Kami solat kat open are berdekatan tempat makan ni juga, di tepi bangunan yang tak ramai orang lalu lalang. Ambik wudhuk di tandas berdekatan. As we all know tandas di kebanyakan negara luar memang takde paip air kan dalam toilet dia, so agak mencabarlah nak basuh kaki sebab paip hanya ada di sinki. Jadi sentiasalah bawa botol mineral kosong untuk mudahkan proses berwudhuk dan berinstinjak. Elakkan angkat kaki basuh dalam sinki kalau taknak kena marah/ kena jeling.


Pakaikan cap dekat adik. Masa ni windy dan sejuk gila sebab hari dah nak menjelang senja. Tambah-tambah lepas kena air wudhuk...ya rabbi sejuk hoi.

Adik, masa ni umur adik baru 1 tahun 9 bulan. Comel adik tidur. hee


Walau di mana pun kita berada, tiada alasan untuk kita mengabaikan solat. Solatlah di mana sahaja kerana Allah itu Maha Melihat dan kita pula cuma seorang hamba. Banyakkan berdoa supaya Allah sentiasa menjaga dan memelihara kita. Malah, sejak berada di Malaysia lagi selitkan dalam doa supaya Allah permudahkan perjalanan kita dan jauhkan dari apa-apa musibah. 

Bila mengembara jauh di negeri orang, kita tiada siapa-siapa melainkan sesama kita dan yang paling utama, kita cuma bergantung kepada ALLAH yang Maha Kuasa. Tiadalah sebaik-baik pelindung melainkan Allah. Allah telah beri rezeki dan kudrat untuk kita mengembara jauh, mengenali ciptaanNya yang indah yang tidak pernah kita saksikan sebelum ini, maka ucapkanlah syukur dengan mentaati perintahNya tanpa lalai. Jika kita boleh sampai sejauh ini, malulah pada Allah kiranya solat 4 rakaat tak dapat kita tunaikan hanya kerana kita 'sibuk' mengembara. Sis bukan ustazah cuma sis berkongsi sedikit pengalaman merantau dan peri pentingnya menjaga solat walau di mana pun kita berpijak.

QUICK VISIT TO NAMDAEMUN MARKET 

Usai menunaikan solat dan mengisi perut dengan lauk Malaysiaku tercinta hehe, memandangkan hari masih awal, kami terus ke Namdaemun Market. Jalan kaki je sebab dah dekat. Masa tu jam 5 lebih rasanya tapi sis pernah terbaca perkongsian sahabat yang lain, katanya ada night market sekitar Namdaemun. 


Sampai dah Namdaemun Market 😌

 

 

Kat sini memang banyak kedai-kedai kecik yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, cenderahati, kosmetik dan lain-lain. Masa ni dah lewat so tak banyak kedai yang bukak. Pasar Namdaemun yang bertingkat-tingkat tu pun dah tutup selepas pukul 6. Kebanyakan barangan yang dijual semuanya Korean Made, harganya boleh tahan jugaklah. Ada barang yang murah, ada yang sederhana dan ada jugak yang mahal.



 Kaka ju seyo?

  

Halangan utama untuk membeli belah di sini ialah masalah duit opsss bahasa. Kebanyakan peniaga adalah golongan berusia, dorang memang tak tahu langsung bahasa Inggeris. Tapi yang muda pun sama, kebanyakan yang kami jumpa memang boleh dikatakan langsung tidak faham bahasa inggeris.

 Kedai barangan kosmetik.  
Of courselah sis tak beli kat sini sebab sis tunggu nak pegi sorga kosmetik di Myeong dong. 😛😛😛

 Kalau baju dewasa, sis tengok macam old fashion lah.
Tapi yang sis perasan, fesyen baju dorang ni sopan dan besar-besar, bukan jenis body hugging. 👍

 Ahjumma bagi coklat kat Arissa. Dorang cukup excited tengok budak-budak.

Singgah dulu makan shawarma

 KRW 10,000 satu

Mengenyangkan. Rasa dia sis bagi 6.5/10. Sis lagi suka kalau sos banyak.

 Amboi laki sis seronok ye. Nanti kita mai lagi sini...heheheh 😜😜😜

 Kedai cenderahati. Sis beli 3 set sudu dan garfu kat sini untuk mak & mil.

 Onz kan. Kotak merah ekslusif gituh

 Ada 10 set spoon and fork. RM75 for one set


Setiapnya tertulis KOREA.

Selesai membeli belah, kami balik naik teksi ke terus apartment. Dah tak larat nak menapak ke stesen subway. Tambang teksi murah je. Bab ni nanti sis cerita secara lebih terperinci di entri yang lain ya.

Ok rasanya kaki sis pun dah lenguh berjalan, jari dah lenguh menaip, sampai di sini saja perkongsian cerita untuk hari kedua. Kita sambung nanti entry hari ketiga. Daaaa...


Sunday, July 7, 2019

Percutian Keluarga ke Seoul (Day 2)

Bismillahirrahmanirrahim

[30 APRIL 2019 - 6 MEI 2019, SEOUL KOREA] 
Entri berkaitan: Percutian-Keluarga-Ke-Seoul-Korea-Day-1

Tanggal 1 Mei 2019 memasuki hari kedua kami berada di Seoul. Seronoknya celik mata pagi-pagi, tak payah pegi kerja. Kerjanya adalah jalan jalan perabih duit. Hahaha. Bercuti bersama keluarga pastinya menjadi detik paling indah dalam hidup sis. Bila dapat luangkan masa dengan anak-anak, bawak mereka jalan-jalan, kenangan tu akan kekal sampai bila-bila. Entahlah sis rasa hobi jalan-jalan bercuti-cuti ni cukup serasi dengan diri sis...dengan harapan suami sis baca blog sis...haha (sape tak serasi ye dak kihkih)

Sebelum jalan-jalan kita masak dulu...bawak bekal.
Foods for the day

 Kakak dah tak sabar nak jenjalan

Okay, sambung. Setelah berbincang dan rujuk itinerary yang telah dirangka lebih awal, hari ini sis & family  decide untuk ke Namsan Tower atau nama lainnya ialah N Seoul Tower atau Seoul Tower. Tiket untuk masuk ke sini sis dah beli awal melalui website KK Day. Sebabnya mula-mula, sis ingatkan nak pergi ke sini memang perlu ada tiket, rupa-rupanya, nak masuk ke Hello Kitty  Museum dan Observatory Deck sahaja yang perlu tiket. Kalau melawat di sekitar N Seoul Tower tu sendiri, tak perlu bayar kecuali tiket untuk menaiki kereta kabel sahaja.

Kami memulakan perjalanan sekitar jam 11 pagi. Hari ni nak cuba naik Subway. Kami dah beli T-Money siap-siap dekat 7E bawah apartment. Dari apartment kami menapak lebih kurang 7 minit untuk sampai ke stesen Subway yang terdekat iaitu Jonggak Station


 Menapak ke stesen Subway...cuaca hari ni sangat baik alhamdulillah



 Jonggak station


 
 Kagum betul dengan kelajuan dan kekerapan train di sana...zass zass gitu je.

 Bab study route sis memang fail...so bagi kat depa lah..
Tapi adik sis cakap...Subway punye signage dan mapping, superb bagus...
Senang nak faham dan sangat complete. Kalau baca dan ikut betul-betul kita takkan sesat punye.

Kata tourist..mestilah tak lepaskan peluang bergambar di setiap sudut..haha


Kalau nak bercerita tentang route...sis bukanlah orangnya. Sis memang follow buta-buta...sampai je di stesen untuk ke Namsan, kami mencari exit yang ada lift sebab ada dua strollers. Dari stesen tersebut, kami kena berjalan sikit untuk terus ke tempat menaiki cable car. We considered ourselves lucky sebab kebetulan masa berjalan-jalan tu terjumpa satu tempat rehat yang ada kartun Larva dan Robocar Poli kesukaan anak-anak. Di situ juga ada persembahan menggesek biola dari local yang lengkap menyarung pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.

Kat sini la kami exit. Jom layan gambar dulu...

My happy baby

 Your smile is contagious
 
Ok let me check his tongue...erm..selama ni duk tengok dalam TV ja kan, jakun sat..hehe

my babies

Happy kids happy mom

Read: Mood semasa vacation sangat dipengaruhi oleh behaviour dan emosi anak2 haha..
So kena layan depa bagi seronok selalu...kalau tak, kita yang ponin...

Hey Robocar Poli!

Kakak buat gaya apa tu? 😆

Peace 👌

Le Familia. 💗💗💗



Seronok juga terjumpa tempat ni tanpa dirancang. Recharge energy anak-anak sekejap, bagi dorang seronok. This is one of the perks of traveling on our own. We got to see the locals, their culture and seeing unexpected places that is not even in our initial plan. Takde kekangan masa. Bebas untuk tentukan berapa lama nak berada di satu-satu tempat dan boleh mengubah jadual perjalanan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan kesesuaian. Lagi-lagi bila bawa anak kecik...jadual haruslah flexible mengikut keadaan.



Meneruskan perjalanan menuju ke tempat menaiki kereta kabel di Namsan Tower.

Nampak lawa pulak gambar dia ek..Sis ni memang suka caras i...😠

 
JALAN-JALAN DI SEKITAR NAMSAN TOWER


Selepas menaiki escalator train (lupa dah nama dia)...sampai di satu tempat untuk beli tiket cable car. Kami beli tiket pergi dan balik. Then beratur tunggu giliran untuk naik. Kat sini kita boleh tinggal stroller kalau taknak bawak...nak bawak pun boleh..tapi macam no point sebab nak kena daki banyak tangga...sis tinggal satu stroller dan bawak satu yang ringan naik atas...kot2 anak tidur.


 Ok sampai dah kita..kakak bad mood la tu tak dapat mainan 😋

 Sis rasa kena masuk kelas posing kot...rasa macam tak betul je position sis...nasib ler..😒


Antara aktiviti yang popular di sini ialah bergambar, makan aiskrim dan bersantai sambil menikmati view sekeliling. Kami juga tak melepaskan peluang bergambar di photospot paling popular yang menjadi tarikan pelancong di Namsan Tower berlatarbelakangkan love padlocks. N Seoul Tower ini bukan saja dipenuhi oleh tourist malah ramai juga pengunjung orang tempatan. Sila bersabariah ye sekarang sis nak spam gambar banyak-banyak...hewhew

 Adik fateh the explorer...takde dalam gambar.


 There he is..



 Ape benda banyak-banyak ni...geram i nak cabut 



Hello pipol...ma name is Aydan!



 Hello cute lady...are you a Korean? 😆





 Oh...she must be Malaysian..look at her parent..no, her aunt & uncle 😋


Adik Fateh spam gambar masu & paksu



Usai bergambar di sini, kami berehat sebentar di atas sebelum melawat Hello Kitty Museum dan Observatory Deck. Anak-anak seronok mengejar burung merpati dan menikmati aiskrim.



Tukang bawak strollers tak berbayar hewhew 😆😆😆













My little Oppa & his "ice cream moustache"

Setelah melawat N Seoul Tower, sis membuat kesimpulan peribadi bahawa tempat ni memang menarik untuk dilawati dan wajib dimasukkan dalam itinerary. Pertama, banyak photospots yang cantik-cantik. Kedua, dari sini boleh melihat pemandangan keseluruhan bandar Seoul.

Tetapi jika diberi pilihan dan jika sis tahu macamana keadaan di kawasan ini lebih awal, sis rasa sis takkan beli pun tiket masuk ke HK Museum dan Observatory Deck. Reason being, berjalan-jalan outdoor di sekitar N Seoul Tower tu sendiri dah cukup best berbanding masuk ke tempat bertiket tersebut. Lagi seronok spend time bersantai dan taking photos outdoor. 

In fact kami masuk HK Museum tu sekejap je, just to snap pictures because our kids pun tak enjoy duduk dalam tu. Padahal Arissa boleh dikatakan minat juga dengan Hello Kitty, dia pun tak excited sangat. Mungkin sebab anak-anak dah penat. Tapi kalau korang masuk pun tak lah rugi cuma bagi sis, don't put a high expectation to those attractions.

Memandangkan entry ni dah cukup panjang, sis akan kongsikan gambar-gambar ke HK Museum pada entry yang lain. Till then, tadaaa...

Gyeongbokgung Palace - Day 5