Sunday, July 7, 2019

Percutian Keluarga ke Seoul (Day 2)

Bismillahirrahmanirrahim

[30 APRIL 2019 - 6 MEI 2019, SEOUL KOREA] 
Entri berkaitan: Percutian-Keluarga-Ke-Seoul-Korea-Day-1

Tanggal 1 Mei 2019 memasuki hari kedua kami berada di Seoul. Seronoknya celik mata pagi-pagi, tak payah pegi kerja. Kerjanya adalah jalan jalan perabih duit. Hahaha. Bercuti bersama keluarga pastinya menjadi detik paling indah dalam hidup sis. Bila dapat luangkan masa dengan anak-anak, bawak mereka jalan-jalan, kenangan tu akan kekal sampai bila-bila. Entahlah sis rasa hobi jalan-jalan bercuti-cuti ni cukup serasi dengan diri sis...dengan harapan suami sis baca blog sis...haha (sape tak serasi ye dak kihkih)

Sebelum jalan-jalan kita masak dulu...bawak bekal.
Foods for the day

 Kakak dah tak sabar nak jenjalan

Okay, sambung. Setelah berbincang dan rujuk itinerary yang telah dirangka lebih awal, hari ini sis & family  decide untuk ke Namsan Tower atau nama lainnya ialah N Seoul Tower atau Seoul Tower. Tiket untuk masuk ke sini sis dah beli awal melalui website KK Day. Sebabnya mula-mula, sis ingatkan nak pergi ke sini memang perlu ada tiket, rupa-rupanya, nak masuk ke Hello Kitty  Museum dan Observatory Deck sahaja yang perlu tiket. Kalau melawat di sekitar N Seoul Tower tu sendiri, tak perlu bayar kecuali tiket untuk menaiki kereta kabel sahaja.

Kami memulakan perjalanan sekitar jam 11 pagi. Hari ni nak cuba naik Subway. Kami dah beli T-Money siap-siap dekat 7E bawah apartment. Dari apartment kami menapak lebih kurang 7 minit untuk sampai ke stesen Subway yang terdekat iaitu Jonggak Station


 Menapak ke stesen Subway...cuaca hari ni sangat baik alhamdulillah



 Jonggak station


 
 Kagum betul dengan kelajuan dan kekerapan train di sana...zass zass gitu je.

 Bab study route sis memang fail...so bagi kat depa lah..
Tapi adik sis cakap...Subway punye signage dan mapping, superb bagus...
Senang nak faham dan sangat complete. Kalau baca dan ikut betul-betul kita takkan sesat punye.

Kata tourist..mestilah tak lepaskan peluang bergambar di setiap sudut..haha


Kalau nak bercerita tentang route...sis bukanlah orangnya. Sis memang follow buta-buta...sampai je di stesen untuk ke Namsan, kami mencari exit yang ada lift sebab ada dua strollers. Dari stesen tersebut, kami kena berjalan sikit untuk terus ke tempat menaiki cable car. We considered ourselves lucky sebab kebetulan masa berjalan-jalan tu terjumpa satu tempat rehat yang ada kartun Larva dan Robocar Poli kesukaan anak-anak. Di situ juga ada persembahan menggesek biola dari local yang lengkap menyarung pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.

Kat sini la kami exit. Jom layan gambar dulu...

My happy baby

 Your smile is contagious
 
Ok let me check his tongue...erm..selama ni duk tengok dalam TV ja kan, jakun sat..hehe

my babies

Happy kids happy mom

Read: Mood semasa vacation sangat dipengaruhi oleh behaviour dan emosi anak2 haha..
So kena layan depa bagi seronok selalu...kalau tak, kita yang ponin...

Hey Robocar Poli!

Kakak buat gaya apa tu? 😆

Peace 👌

Le Familia. 💗💗💗



Seronok juga terjumpa tempat ni tanpa dirancang. Recharge energy anak-anak sekejap, bagi dorang seronok. This is one of the perks of traveling on our own. We got to see the locals, their culture and seeing unexpected places that is not even in our initial plan. Takde kekangan masa. Bebas untuk tentukan berapa lama nak berada di satu-satu tempat dan boleh mengubah jadual perjalanan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan kesesuaian. Lagi-lagi bila bawa anak kecik...jadual haruslah flexible mengikut keadaan.



Meneruskan perjalanan menuju ke tempat menaiki kereta kabel di Namsan Tower.

Nampak lawa pulak gambar dia ek..Sis ni memang suka caras i...😠

 
JALAN-JALAN DI SEKITAR NAMSAN TOWER


Selepas menaiki escalator train (lupa dah nama dia)...sampai di satu tempat untuk beli tiket cable car. Kami beli tiket pergi dan balik. Then beratur tunggu giliran untuk naik. Kat sini kita boleh tinggal stroller kalau taknak bawak...nak bawak pun boleh..tapi macam no point sebab nak kena daki banyak tangga...sis tinggal satu stroller dan bawak satu yang ringan naik atas...kot2 anak tidur.


 Ok sampai dah kita..kakak bad mood la tu tak dapat mainan 😋

 Sis rasa kena masuk kelas posing kot...rasa macam tak betul je position sis...nasib ler..😒


Antara aktiviti yang popular di sini ialah bergambar, makan aiskrim dan bersantai sambil menikmati view sekeliling. Kami juga tak melepaskan peluang bergambar di photospot paling popular yang menjadi tarikan pelancong di Namsan Tower berlatarbelakangkan love padlocks. N Seoul Tower ini bukan saja dipenuhi oleh tourist malah ramai juga pengunjung orang tempatan. Sila bersabariah ye sekarang sis nak spam gambar banyak-banyak...hewhew

 Adik fateh the explorer...takde dalam gambar.


 There he is..



 Ape benda banyak-banyak ni...geram i nak cabut 



Hello pipol...ma name is Aydan!



 Hello cute lady...are you a Korean? 😆





 Oh...she must be Malaysian..look at her parent..no, her aunt & uncle 😋


Adik Fateh spam gambar masu & paksu



Usai bergambar di sini, kami berehat sebentar di atas sebelum melawat Hello Kitty Museum dan Observatory Deck. Anak-anak seronok mengejar burung merpati dan menikmati aiskrim.



Tukang bawak strollers tak berbayar hewhew 😆😆😆













My little Oppa & his "ice cream moustache"

Setelah melawat N Seoul Tower, sis membuat kesimpulan peribadi bahawa tempat ni memang menarik untuk dilawati dan wajib dimasukkan dalam itinerary. Pertama, banyak photospots yang cantik-cantik. Kedua, dari sini boleh melihat pemandangan keseluruhan bandar Seoul.

Tetapi jika diberi pilihan dan jika sis tahu macamana keadaan di kawasan ini lebih awal, sis rasa sis takkan beli pun tiket masuk ke HK Museum dan Observatory Deck. Reason being, berjalan-jalan outdoor di sekitar N Seoul Tower tu sendiri dah cukup best berbanding masuk ke tempat bertiket tersebut. Lagi seronok spend time bersantai dan taking photos outdoor. 

In fact kami masuk HK Museum tu sekejap je, just to snap pictures because our kids pun tak enjoy duduk dalam tu. Padahal Arissa boleh dikatakan minat juga dengan Hello Kitty, dia pun tak excited sangat. Mungkin sebab anak-anak dah penat. Tapi kalau korang masuk pun tak lah rugi cuma bagi sis, don't put a high expectation to those attractions.

Memandangkan entry ni dah cukup panjang, sis akan kongsikan gambar-gambar ke HK Museum pada entry yang lain. Till then, tadaaa...

Gyeongbokgung Palace - Day 5