Friday, July 12, 2019

Percutian Keluarga ke Seoul [Garden of Morning Calm & Nami Island] (Day 3)

Bismillahirrahmanirrahim 


[30 APRIL 2019 - 6 MEI 2019, SEOUL KOREA] 

Entri berkaitan:  

Hari ini adalah 2 Mei 2019, hari ketiga kami mengembara di bumi Seoul. Plan untuk hari ini telah dirangka lebih awal. Kami akan ke Nami Island menggunakan perkhidmatan private vantour yang akan dipandu oleh Mr Kang. Disebabkan jarak Nami Island agak jauh dari tempat yang kami tinggal, kami mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan beliau sahaja untuk mengelakkan kepenatan bertukar-tukar train di beberapa stesen sebelum sampai ke Nami. 

PRIVATE VANTOUR KE NAMI ISLAND 

Sis dah contact Mr Kang sebelum berangkat ke Seoul. Pada mulanya, sis nak hire service student Malaysia yang berada di Korea tapi disebabkan permintaan sis agak last minute sebelum hari berangkat, tiada student yang available untuk tarikh yang sis minta. Nombor telefon Mr Kang dikongsikan oleh seorang rakan IG yang menyediakan perkhidmatan private tour di sana. 

Setelah berbincang dengan ahli kumpulan sis dan menimbangkan kos-kos yang berkenaan, sis bersetuju untuk membayar KRW 210,000.00 untuk trip sehari pergi balik ke Garden of Morning Calm, Gyapyeong Rail Bike dan akhir sekali ke Nami Island. Harga pakej yang dikenakan adalah jauh lebih murah sekiranya kita cuma perlukan perkhidmatan pengangkutan pergi dan balik sahaja tanpa perlu beliau turut serta ke Pulau Nami. Tapi kami pilih yang kedua (untuk beliau turut serta) sebab nak minta tolong beliau ambik gambar we ols 😜😜😜  Ajet ajet vacation style Che Ta. Haha

Seperti biasa, sebelum memulakan perjalanan, kami siapkan bekalan makanan untuk dibawa ke sana. Perjalanan dimulakan seawal jam 8 pagi. Masa bertolak tu you ols boleh tentukan sendiri nak pergi jam berapa. Mr Kang memang punctual. Jam 7.30 pagi beliau dah sampai dan tunggu di bawah apartment kami.

 

 Kakak pakai HK badge yang dapat masa melawat HK Museum

 My babies in red today

   
My family πŸ’—πŸ’—πŸ’—

 
 Jom bertolak.

GARDEN OF MORNING CALM (GOMC)

Destinasi pertama yang kami tuju ialah The Garden of Morning Calm. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sepanjang perjalanan, kami berborak santai dengan Mr Kang -- tanya pasal makanan, tempat menarik dan budaya masyarakat di Korea. Selesa dan tak kekok travel dengan beliau sebab Mr Kang beliau sangat friendly, suka buat lawak dan dia sangat biasa berurusan dengan rakyat Malaysia. Beliau juga selalu datang ke Malaysia, boleh dikatakan setiap tahun. Isteri beliau pula merupakan warganegara Thailand.

Sesampainya di GOMC lebih kurang jam 10 pagi, kami singgah di stall di sini yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Mr Kang yang bagi saranan apa yang halal dan sedap di makan. Kami mencuba ice cream & fish cake yang boleh dimakan bersama kuah sup. Rasa dia sedaplah jugak, lebih kurang rasa keropok.

Bergambar di depan stall.

Beratur tunggu turn

Tiket masuk untuk dewasa ialah KRW 19,600 seorang
Cuba zoom in gambar kalau nak tengok jadual harga tiket.



Depan pintu masuk
 
Kami berempat masuk ke sini dan Mr Kang hanya tunggu di luar. Kita boleh tentukan sendiri berapa lama nak spend kat sini, dia tunggu kat kereta je. Sebab kita dah book servis dia untuk sehari so dia memang akan follow je masa kita.

 Gambar complete satu family. Courtesy of Mr Kang

 Cross jambatan gantung untuk ke sebelah sana.



Basically aktiviti kat GOMC ni ialah berjalan-jalan ambik angin dan tangkap gambar jelah. Tarikan utama kawasan ini ialah tumbuh-tumbuhan dan taman yang cantik. Bentuk muka buminya tak sekata dan agak membukit jadi kalau nak habiskan round satu taman, memang perlu mendaki sikit. Masa kami jalan-jalan kat sini, dah nak hampir tengahari so cuaca agak panas sikit.


 View kat sini memang cantik. Kalau musim luruh, lagilah cantik!

Peace
 Kakak dah besar, dah pandai posing.

 πŸ˜πŸ˜πŸ˜

 Kakak dah boring
 Oppa yang manja. Bukan senang nak tangkap gambar adik duduk camni. 

Kami spend masa around 1 jam kot kat sini. Tak pusing habis pun satu kawasan sebab tak larat nak push stroller sambil mendaki. Laluannya pula berbatu-batu memang kena struggle sikit.  Kalau nak tahu, kat sini ramai orang tua-tua yang datang bersiar-siar. Korean ni walaupun dah tua-tua dorang mengamalkan gaya hidup aktif, dan bukan jenis macam oldies yang stay at home je. Kebanyakan yang sis tengok, diorang berjalan sesama group veteran bersantai kat sini. Ada yang datang dengan bertongkat, naik wheel chair pun ada. Mr Kang cakap memang Korean macamtu, bila dah pencen diorang akan dapat some sort of gratuity from their government dan most facilities can be used free of charge saja.

 Romantika de amor. Cantikkan view kat sini.

😚

Adik Fateh cuba meloloskan diri
 
Cinta hatikuuu 😝

Sis Efa n Bey Nua



Seoul sisters ❤❤❤

 
Masa ni dah mula panas, sis dah rasa tak sabar nak balik 
 
Refreshing
Sebelum balik, makan aiskrim dulu. KRW 3000 satu

Sedaplah pulak

Repeat fishcake



Begitulah berakhirnya lawatan GOMC. Kalau you all tanya pendapat sis, berbaloi je datang sini. Tambah-tambah pulak kalau you seorang nature lover sebabnya view dia memang cantik. Ada banyak photospots yang korang boleh dapat gambar yang lawa-lawa. Tapi sis nasihatkan kena datang pagi, baru nyaman dan tak panas nak bergambar.

MENERUSKAN PERJALANAN KE PULAU NAMI

Dari GOMC, kami meneruskan pula perjalanan ke Pulau Nami. Sis sebenarnya tak minat sangat nak ke Nami sebab daripada pembacaan sis, tiada apa sangat yang menarik kat situ (unless kalau pergi musim luruh) tapi since dah sampai sini dan sis pun stay seminggu, rugi pulak tak cover kan. Alang-alang sampai Korea, rugilah tak datang Pulau Nami. Gituh kekdahnya.

Perjalanan dari GOMC ke Pulau Nami mengambil masa lebih kurang 20-30 minit juga. Kami membatalkan plan untuk ke Gapyeong Railbike sebab rasa macam dah tak larat nak mengayuh dan cuaca pada hari tersebut agak panas juga. 


 Tunggu turn nak beli admission ticket
 Entrance fees for 2 adults : KRW 26,000


 Untuk sampai ke Nami, kena naik feri ni, tak sampai 10 minit, sampailah kita ya.

 Ha dah sampai pun kita. Berduyun-duyun umat manusia.
Ayuh, kita mulakan sesi bergambar.

 Merah background semerah cinta abah & kakak 😍

Masa kami sampai ni cuaca agak panas, bukak selapis baju yang tebal. 
 Jalan agak berdebu/habuk sebab cuaca kering dan tourist ramai.
Most of the time sis dukung anak-anak supaya tak terlalu terdedah dengan habuk.



Tidoq ka tu...sorry na takdak gambaq len 😜

Kat sini orang datang jalan-jalan & bergambar je. Kalau nak makan, ada restaurant halal disediakan dalam satu bangunan yang ada surau. Kami tak melepaskan peluang mencuba red bean bun yang dijual di sini pada harga KRW 3000 sebiji. Roti/bun nya lembut dan padat, intinya pula banyak & sedap. Bolehlah alas perut sebelum makan nasik yang kami bawak.
Fasiliti yang disediakan di Naminara memang lengkap dan selesa. Ada surau yang besar & bersih, ruang solat dan tempat wudhuk muslimin dan muslimat juga disediakan khas (tak kongsi). Mungkin sebab Nami Island kerap dilawati oleh orang Asia beragama Islam maka fasiliti ini diwujudkan untuk memudahkan umat Islam menunaikan fardhu solat.

Sis teruja dapat solat kat surau, biasanya solat kat open area je sebab susah nak jumpa 
tempat yang ada surau.

Rasa macam kat Malaysia
 
 Di bawah surau disediakan mini library with playground untuk kanak-kanak.


BERTOLAK PULANG

Sekitar jam 5 petang, kami bertolak balik dari Nami Island. Seperti yang sis katakan tadi, kalau sis diberi peluang untuk repeat datang ke Seoul lagi, sis takkan mai Nami dah unless sis datang masa autumn in my heart. Tiada apa sangat yang menarik jika nak bandingkan dengan jarak perjalanan yang agak jauh untuk sampai di sini. No hard feeling ya kawan-kawan, ni cuma pendapat peribadi sis je. Sis pun peminat cerita Winter Sonata jugak dulu tapi sis rasa tempat ni beshe beshe je 😁😁😁 Kalau you all datang cuma 4 atau 5 hari, rasanya tak perlu datang sini pun okay je.


SINGGAH DI MYEONGDONG

Dalam perjalanan balik, kami minta Mr Kang drop kami di Myeongdong street sahaja sebab hari masih muda, selagi malam tak berlabuh, kita jalan-jalan lagi. Hahaha. Walaupun sis bukan peminat kosmetik tegar, sis totap tak sabar tau nak cover myeongdong...sehari tanpa membeli rasanya tak lengkap percutian sis!
πŸ˜›πŸ˜œπŸ˜

Yey sis dah sampai Myeongdong Street!


 Pesanan kepada kaum adam: setelah sampai di sini bersedialah untuk menjadi pengasuh anak2/
penunggu paling setia. Bersabarlah! 


 


 Memang terbuktilah Myeongdong syurga kosmetik. Meriah gila!

 Hi abam, abam ok ke tu?

 Abam okey je. Mengasuh anak-anak

 Selain kedai kedai kosmetik, kat sini ada banyak jugak mart/kedai runcit yang menjual foods yang halal dimakan. Susu pisang yang famous tu pun banyak dan dijual lebih murah kat sini berbanding tempat lain.

 Street foods -- NUTELLA BANANA, sis order satu. Nampak macam menarik.

Rasa di biasa2 je. 6/10. Tak berbaloi dengan harga dibayar. 


Meriah sungguh kat sini. Malam pun rasa macam siang. Kedai2 di sini beroperasi sehingga jam 10.30 malam. Sis tak nak ulas panjang pasal lawatan sis ke Myeongdong Streets sebab ni baru singgah. Singgah tu maksudnya mai sat jela. Hehe. Sis akan mai pulok. Tak dan nak hadam kalau mai sejam dua je. So entry untuk Myeongdong Streets sis reserve dulu ye. Nanti kita cerita lagi. Trip hari ni berakhir dengan sis pulang ke apartment menaiki teksi kuning. Sekian.

Till then, tataa.

Gyeongbokgung Palace - Day 5