Monday, April 9, 2012

Merisik & dirisik.

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah semalam, 8 April 2012...selesai sudah LANGKAH PERTAMA kami...dan semuanya berjalan lancar, alhamdulillah sekali lagi.

Syukur pada Allah kerana Dialah sebaik-baik pemudah acara....tanpa izin dan pertolongan dariNya, mana mungkin aku bisa mengatur segalanya sendiri. Terima kasih tak terhingga kepada yang tidak kenal penat membantu terutama ibu, nenek, adik-adik dan saudaraku yang tercinta. Jasa baik kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

Yes its true, we are halfway THERE. Namun aku tidak akan berhenti berdoa dan beristikharah. Perjalanan mendidik diri masih panjang dan tidak akan berhenti sampai bila-bila....cuma..untuk melalui perubahan fasa kehidupan baru dan menjalaninya pastinya memerlukan ilmu yang bukan sedikit.

Semalam dilalui dengan debaran. Perasaanku berbaur. Takut. Sedih. Gembira. Bercampur aduk!

Sesunguhnya agama Islam yang syumul telah menyediakan pelbagai guidelines untuk membina sebuah rumahtangga yang barakah..Banyak yang aku perlu belajar dan banyak juga yang harus ku ubah. Banyak perkara 'kebiasaan' perlu dibuang. Banyak perkataan tidak elok perlu dihindar...

Ya Allah permudahkanlah jalanku. Semoga usaha ini mendapat redha dan barakah dariMu. Semoga usaha ini mendekatkan lagi hatiku padamu. Semoga sebuah penyatuan akan menebalkan lagi iman yang nipis. Ameen.


Buatmu bakal pemimpinku Hafizi,
Dekatkanlah dirimu padaNya, dalami ilmu Allah seluas-luasnya kerana di hadapan pasti banyak rintangan, dan tika itu hanya iman yang bisa menyelamatkan.....


NASIHAT PERTAMA IBU # Jangan halang suami apabila dia ingin berbakti atau berbuat baik pada ibu-bapanya kerana tanggungjawab seorang anak lelaki pada ibubapa lebih utama daripada isteri. Jgn jeles dengan mertua sendiri.

Gyeongbokgung Palace - Day 5