Wednesday, May 30, 2012

Blissfully Engaged :)


 Alhamdulillah Ya Allah..
 26052012, momen terindah antara kami berdua...
Hari yang sangat membahagiakan..

DIY

Mini Tupperware as doorgift, courtesy of my lovely mom dealer Tupperware hehe..
We put Kurma and Kismis inside :)

We are engaged...alhamdulillah..

Sarung Cincin by Future MIL. Mak iji sangat baikkk :)

With Siblings, eldest brother went missing..hehe

close and helpful relatives

With my beautiful Mom.

Discussions.

Outdoor pantai belakang rumah yuyu ^^

Sangat happy and very satisfied
&
sangat bersyukur di atas kelancaran majlis. 

Alhamdulillah di atas rahmat kurniaanmu ini ya Allah.
Semoga jodoh dipanjangkan hingga selamat disatukan.
Ameen.


P/S: InsyaALLAH ada masa nanti I'll make a review. Now byk kerja plus tengah buat editing gambar untuk cuci cepat-cepat ! :)

Saturday, May 19, 2012

Tempat Shopping Barang Pengantin / Hantaran

Bismillahirrahmanirrahim

Though it is just an E-Day, yuyu dah jejak banyak tempat untuk cari barang-barang gubahan hantaran, manik and diamonds untuk baju, hiasan doorgift and all. Ok so far yuyu dah pergi beli barang kat few tempat seperti;

KEDAI SIN YIN (SEMUA HOUSE)

Location kedai: Tingkat Bawah Semua House.
Kat sini korang boleh beli Bunga artificial untuk gubah hantaran, bakul, tray hantaran dan hiasan lain-lain untuk gubahan. Ada banyak pilihan jugak so boleh duduk lama-lama dan belek satu-satu apa yang kita nak.  Bagi yuyu, selesa nak shopping kat kedai ni sebab salesgirl kat situ takkan pergi tanya / ikut belakang kita pun even berjam kita duk belek barang.  Dari segi harga, rasanya murah / ok2 je depends on barang.

FIRST IMPRESSION (SEMUA HOUSE)

Location kedai: Tingkat Atas Semua House.
Kalau nak beli kain lace / chiffon beaded  untuk nikah, reception or tunang...please please please survey harga kat kedai ni dulu ye ! Kedai ni JAUH LEBIH MURAH daripada harga butik-butik lain macam Jakel, Maya Silk House, Gulatis etc. Kain pun jenis dan kualiti sama je. Cuma dari segi pilihan, for sure kat Jakel lagi banyak so kalau tak berkenan kain kat sini zooooom pegi Jakel ye.

Yuyu beli CHIFFON SILK BEADED couple set dekat First Impression ni below than RM 500 [ Dapat 4m Chiffon Silk Full Beads + 4M Satin Lining + 4.5m Satin Baju Melayu ] Actually masa tu takde niat nak cari kain nikah pun...saje jalan-jalan..tapi sebab jumpe yang berkenan di hati dan murah, yuyu terus beli. The price is crazy for me sebab kain tu betul-betul sama dengan the one yang my brother beli dekat Jakel to his fiance untuk pakai nikah,RM 600+ for 1set (even tu harga untuk kami as Jakel wholesaler).

JAKEL TRADING

Btw, untuk kain-kain untuk pakaian harian biasa, I highly recommeded Jakel sebab kain dia memang berkualiti. We may find the same design pun dekat kedai2 Jalan TAR tu tapi trust me the quality wouldnt be the same. Kain ni bila dah pakai lama baru kita tahu kualiti dia macamana. :) Yuyu beli dua pasang kain i.e Swiss Cotton and Embroided Cotton untuk hantaran kat Jakel ni, memang puas hati. 


SYARIKAT BUNGA REBEN (Jalan TAR)

Location: Kedai ni ada sebanyak 3 buah kat Jalan TAR.
1 - Dekat Lajur Kedai Kasut Princess
2- Sebelah Jakel
3- The biggest one terletak sebaris dan bersebelahan dengan bangunan Semua House. Kalau korang kat depan Semua House, boleh jalan terus je lagi...mesti nampak kedai ni.

Kat sini ada jual banyak barang-barang gubahan yang best contoh macam ribbon, bunga telur, manik and beads. Harga pun murah dan siap boleh bargain lagi. Bagi yuyu, price dia sangat ok lepas compare dengan beberapa kedai lain. Lagi satu, kedai ni ada banyak pilihan (highly recommended korang pergi kedai yang besar tu) BTW, barang yang takde kat sini macam tray, bakul, bekas cincin, artificial flowers etc...untuk barang-barang tu, korang bolehla menapak ke Sin Yin ye.

NILAI 3

First time yuyu pergi Nilai 3 masa Hari Buruh dengan housemate Cik Mai. Angan-angan tinggi nak beli semua barang gubaan hantaran terus kat situ tup tup lepas survey harga, rasa kecewa sobsob. We do survey from one kedai to another (kedai barang hantaran ye) sadly tak banyak pilihan pun ! Kedai sikit punye besar dan banyak tapi barang yang dijual sama je. Bayangkan tray hantaran pun ade dua tiga jenis pilihan je hukhuk, not to mention pilihan yang ada not so up-to-date! Selama ni yuyu dimomokkan / memomokkan diri sendiri dengan understanding yang barang kat Nilai 3 tu murah...rupanya hidokkkk (not apply untuk barang-barang lain ye) ! dengan kecewanya yuyu terus zasss ke Semua House! Sempat beli bunga jugak sebagai kenangan terakhir kat Nilai 3.

FAH LEAN FLORAL (Balakong)

Yang ni yuyu belum jejak lagi, cuma tengok daripada majalah and blog kata kedai ni murah terutamanya kalau nak cari bunga. Since barang semua dah cukup, yuyu belum pergi lagi kedai ni. InsyaAllah kalau sampai, i'll make a review.

TIPS;


1. Sebelum do the shopping, do plan first. Apa temanya, apa warna nak guna...apa konsep hantaran kita dan sebagainya (tradisional, modern, English or hape hape hehe). Yuyu banyak buat rujukan dekat internet/majalah untuk dapatkan idea dan we can add on untuk come out with our own concept.


2. Buat bajet roughly berapa nak spend untuk setiap hantaran.


3. Perancangan sangat penting supaya kita tahu apa kita nak beli so tak buang masa lama nak belek semua barang yang dia display dan most of it, planning boleh elakkan kita beli hiasan yang tak perlu....which is wasteful babe.

Korang pegi beli hantaran kat mana ye?

Tuesday, May 15, 2012

DIY Bantal Hantaran

Bismillahirrahmanirrahim

Sebenarnya tak mudah nak ber-DIY ni kan. Perlukan semangat dan keSABARAN yang jitu. Huhuh. Idea bantal hantaran kaler hitam ni yuyu cilok daripada Jamilah  Majalah Pengantin Edisi March. Cara-cara nak DIY bantal ni boleh google je sebab memang banyak tutorial kat internet, korang boleh guna dua cara sama ada guna Bantal Polisterin atau Kekabu + Alas Kayu untuk Kek.

Yuyu pilih cara 1 iaitu guna bantal polisterin je sebab lebih senang. Kekabu bisa bikin bersin aduhhh lagian aku ni resdungnya teruk bangat! Ok yuyu tak pernah pergi/study kat Indonesia pun ye.

BTW, kalau guna polisterin je memanglah bantal kurang gebu, so yuyu ikut cara jemari kreatif adik Amirul Syafique yang bagi tips untuk balut bantal dengan span dulu sebelum kain untuk efek yang lebih gebu ! Thanks Syafiq! =)

Peralatan yang diperlukan;

1. Glue Gun + Gam- very basic
2. Kain (yuyu pakai satin 2.5m untuk buat 9 unit bantal)
3. Hiasan tepi bantal - ikut citarasa sendiri ye
4. Span segulung RM 7 beli kat Kedai Sin Yin Semua House (tak sure ukuran berapa)
5. Bantal Polisterin

Mula-mula, potong span mengikut saiz bantal. Better buat size ngam-ngam je dengan bantal supaya lebih senang nak balut dengan kain...I learnt the lesson after buat 1 bantal. Mula-mula memang susah sikit but skills will improve from one to another :)


Ini lah rupa bantal yang dah siap berbalut span. Gebu kan? Tak nampak macam polisterin lagiii. Kalau nampak buat-buat tak nampak ye  ;')


3. Seterusnya, potong Kain lebih sedikit dari ukuran bantal yang sebenar untuk memudahkan proses membalut. Sorry this one takde gambar. Hati - hati masa gam nanti melecur jari seperti yuyu yang clumsy ni.


Ini rupa bantal yang dah siap dibalut.  ^^


Lepas tu, boleh letak hiasan tepi bantal mengikut kreativitas masing-masing !


FYI, Yuyu beli hiasan besi ni in a large quantity (sebab takde packaging kecik yang cukup dengan jumlah yang yuyu perlukan) jadi kepada sesiapa yang berminat untuk beli boleh email yuyu ye. (verylawa@gmail.com) RM 1.30 / pc (harga pasaran RM 1.8 - 2 / pc)


* Hiasan ni boleh guna untuk hiasan bantal atau aksesori gubahan hantaran jugak
* Hiasan kat tengah-tengah kaler biru tu korang boleh pilih kaler yang match dengan tema hantaran korang pastu cucuk je jarum kat lubang yang ada kat diamond biru tu terus ke bantal. Kalau rajin, jahit supaya lagi kemas.


Tadaaaa, siap dah ! Boleh sewakan tak? 
Eheeeee, bear in mind this person by the name yuyu is very the business-minded one !


TIPS;

1. DIY nampak senang tapi bila buat it is quite challenging untuk first timer. Jadi mesti bersabar banyak-banyak. Truth be told, DIY buat kita rasa very satisfied. It does !

2. DIY tak semestinya jimat kalau kita nak guna barang mahal, it is still pricey tapi takpe boleh jadi milik kita sendiri, sooner or later insyaAllah ada kegunaan lain pulak. Tapi kalau nak upah orang buat hantaran of the same kind / quality...still DIY lebih jimat !

3. Span yang lebih jangan buang ye, nanti boleh pakai untuk design hantaran. 

Cabaran seterusnya ialah nak menggubah hantaran guna bantal ni ..... fuhh.


I love DIY, don't you? ^^

Friday, May 11, 2012

Hand Bouquet

Bismillahirrahmanirrahim

"A bride with a hand bouquet (HB) is like a girl with dimples! " - yuyu

Which simply means, takde takpe, tapi kalau ada lagi cantik!

Ok tak peribahasa jadian ni? Hihii..suka suki je! I never know the history of HB itself but as far as I know, HB ni menjadi BEST FRIEND paling terapat dan ter-erat for a girl/ woman or bride holds in her hands sepanjang majlis berlangsung.

Usually masa hari-hari 'besar' like E-Day, Reception or Nikah, memang pihak yang suweet i.e perempuan akan pegang bunga tangan ni kan. I think, maybe sebab HB sangat membantu menghilangkan kekakuan a girl yang tengah berdebar-debar esp bila tumpuan terarah pada diriku ini. eh tibe feeling femes. ;p

Kalau menggigil, HB tolong sembunyikan. Kalau nak bergambar, HB jadi props yang sangat sweet. Afterall, women and flowers were like isi dan kuku. We/Us looks serasi bersama kan. So indirectly menambahkan seri wajah. Yolah tu!

This entry should be a 5 minutes entry so I'm talking too much now. Ok since banyak sangat kebaikan HB ni, yuyu pun nak jugak satu! And below is my dream HB for my E-Day...

Light Yellow Roses + Turquoise Blue Ribbon sbb it suits my outfit karerrr.
(kalau tak dapat rose Hydrangeas pun I like!)

Idea Siti Zainal  ; Sumber: Google jaa

Ada tak girls yang tahu mana-mana SUPPLIERS FRESH FLOWER dekat area Kota Bharu? Nak contact num pleaseeee! I've been googling since last week tapi still tak jumpak2. Uhuuhu..kalau tak melepaslah, terpaksa cantas rumpus depan rumah buat HB,  ;'( sob sobs...ok melampauzz haha

...and a bride without a hand bouquet is like?

ok you all sambung! 


Ikhlasly,
Yuyu VeryLawa

Monday, May 7, 2012

Next step after Risik

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah after few discussion between the families, our e-day will be held on 26 MEI 2012, Sabtu. Hopefully all close relatives can attend the majlis since it was school holidays kan. The most excited person  (after me and iji - for sure) is my mom, tak pernah terfikir she will be participating this much sebab biasanya she will let me decide and arrange this and that :) I appreciate mom's excitement, yes..it's a sign that my mom likes iji too. In fact, now I realise it's no longer a sign, mom really welcome iji in our family, ALHAMDULILLAH syukur pada Allah..two persons I love the most in my life like each other. Eh? Lebih kurang macam tu la.. :)

Most of the preparation yuyu yang buat since tinggal jauh daripada family. Mom will be taking care of makan-makan stuff. I have so little time to settle everything by myself. 

These are among the things that I had already settle, and some is yet to be settled;

1. OUTFIT (the most important one! hehe)

Yuyu - Baju dah siap alhamdulillah. Tailoring terbaik lah! Nanti yuyu cerita bab ni sekali dengan gambarnye ye. Sekarang masih dalam proses menjahit manik pada baju tu sendirian berhad. Luckily left handed yuyu can do the manik things herself tak payah pening nak tempah-tempah. Meh tengok dulu sikit;

Satisfied!
Iji - Baju Melayu warna seia seirama dengan baju yuyu is already bought last Saturday. I insist to see him wearing baju melayu instead of Kemeja sebab tu dah menjadi tradition my family sejak dulu lagi pakai baju melayu on e-day..lagipun yuyu memang sangat2 suke tengok iji berbaju melayu.


2. TUDUNG


Yuyu: Niat di hati berkobar-kobar mahu buat tudung sendiri or pakai tudung bawal (cari shop Bawal Ekslusif Jalan TAR tuuu,,,tapi tak jumpe) and sebab dah kesuntukan masa + stumble upon tudung yang berkenan + match, yuyu beli je tudung Ariani masa 50% Sale - RM 125 after less, kalau tak RM250 melampauuu haha. Jimat tu perlu ye. On mom's suggestion, kena tambah swarovski plak kat tudung tu! Adeh, duit lagi!
Iji: Tak pakai tudung so, beli Songkok ehehe..

3. DAIS


Yuyu tempah dengan kawan my mom so dapat murah sikit. Since tempahan dibuat few weeks before the date memang dah takde choice pun sebab masa tu cuti sekolah ramai yang main kawen-kawen. Pelamin mungkin 'sedih' kot tapi takpelah...i hope it  turns out to be ok sebab yuyu tunjuk satu gambar pelamin and he said he can do it. lesson learnt nanti kalau nak kawen jangan tempah lambat2!

4. HANTARAN


Gigih nak men-DIY hantaran so I opt to use bantal hantaran sebab that is the one yang seems to be easy to be done but once buat sendiri takdelah mudah mana, fuhh mencabar jugak. I do the gubahan on my own with zero experience in doing that, so gasak jelah. Konsep yuyu simple dan elegant. Elegen ke? ;p

Kegigihanku melecurkan jari.

5. PENDING

- Ribbon for doorgift (my mom gigih nak bagi doorgift I follow je)
- Gubahan hantaran things i.e Ribbons, Bunga.
- Hand Bouquet ( I want fresh flower but near my place takde so kena pergi Kota Bharu.)
- Tempah Cupcake - half done
- Tempah Apam Polkadot - half done
- rasanye banyak lagi yang I cant think of now..

Ok nak sambung keje! 

Yang Berkongsi

Barakallahu lakuma wabaro ka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fi khair

Daisypath Anniversary tickers

Next HoneyMoon

Daisypath Anniversary tickers