Wednesday, July 15, 2020

Gyeongbokgung Palace - Day 5



Bismillahirrahmanirrahim 

[30 APRIL 2019 - 6 MEI 2019, SEOUL KOREA] 

Entri berkaitan:  

Mentang-mentanglah semua orang kena PKP...dengan blog sis sekali ber-PKP! Fuhh masuk setahun menjejaki bumi Seoul tapi entrinya tak siap-siap! Ingatan pun dah jadi samar samar ayam. HAHA. Takpelah better late than never kan? Sis nak tulis jugak kat sini...sebagai kenangan dan bacaan anak2 sis bila mereka dah dewasa nanti. Sekurang-kurangnya kalau takde orang lain baca, anak2 boleh jenguk blog maknya kiki.

Ok menjelang hari ke-5..rombongan kami menuju pula ke Gyeongbokgung Palace. Memandangkan jarak palace ni dekat sahaja daripada hotel yang kami tinggal so kami menapak je menuju ke sana. Kat sini kan walau berjalan kaki waktu tengahari pun tak rasa penat atau berpeluh sebab cuacanya yang dingin dan sejuk. Seronok sangat jalan kaki sambil menikmati pemandangan sekeliling.

 Siapkan anak sebelum keluar..hari ni kita pakai Grey + Yellow.


 Kakak asyik pandang belakang sebab nak tunjuk ekor rabbit kat baju dia


 Ibu tepek banyak2 gambar kamu berdua...nanti dah besar boleh tengok kat sini ye sayang!


 Sambil berjalan tu stop jap selfie..bagi chance la kat mak bapak pulak haha.


Hop on hop off tourist bus.




Masa berjalan menuju ke istana akan terserempak dengan patung besar ni.

Ok dah sampai....ni gambar betul-betul depan Gbg Palace

Sebelum masuk palace, kami menapak menuju ke kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan sewaan Hanbok. Kalau kita sewa Hanbok, boleh masuk ke palace tanpa bayaran. Bila lagi nak cuba pakai Hanbok kan. Sis & family pilih sewaan berpakej. Untuk mak, bapak dan seorang anak. Maaf sangat dah lupa kadar sewaannya berapa. Almaklumlah cerita dah berkarat baru nak update...kedai sewa Hanbok ada banyak kat situ so jangan lupa survey dulu ye.

Bergambar depan kedai yang kami sewa Hanbok.

Dari kedai tu cuma cross jalan untuk ke Istana.

Matchy-matchy ibu & kakak 😍


Major activities tourist yang datang ke sini ialah bergambar..so kita bergambarlah...haha


Mamasu dan Paksu kegemaran budak2

Kakak suka sangat dapat pakai Hanbok.

Our most liked photo of the day :)

Hi kakak..if you are reading this...
Always remember that you are our precious daughter..

Mana adik? Adik lena dalam stroller




Cutting Hanbok ni selamat sangat kan....lagi sopan dari jubah hehe..

Jangan lupa k mana ni awak janji dengan saya takkan kahwin lain sampai bila bila. 😝😆



Adik dah bangun. Finally a complete photo of US.






Kakak and her rabbit




adik yang macho hehe


Alhamdulillah anak2 behave...mak bapak pun gumbira. Sebelum menjelang petang kami bertolak balik ke hotel rehat-rehat dulu. Overall lawatan ke Gbg Palace ni sis bagi 3 bintang. Dari segi lokasinya takde ape yang menarik sangat...kalau tak sewa hanbok tu rasanya takde value sangat gambar yang ambik kat sini. Maaf ye tu cuma pendapat sis yang bukan pencinta sejarah ni hehe. Untuk anak-anak pun takde attractions sangat. Kalau nak datang sini kena datang pagi untuk elakkan cuaca panas.

Apapun tempat ni a must visit place bagi yang pertama kali datang ke Seoul. Kalau direzekikan datang kali kedua sis rasa kat mai dah sini kot. Terima kasih sudi baca perkongsian yang tak seberapa.

Till then sekian saja insyaallah nanti sambung lagi entri untuk aktiviti day 6 :))

Gyeongbokgung Palace - Day 5