Wednesday, August 28, 2013

#Wedding Review: Kamar Pengantin, Kos & Tips Menghias Sendiri (DIY)

Bismillahirrahmanirrahim.


Warning! 
Long Entry.


***

Untuk hiasan kamar pengantin, saya tak upah vendor, saya dambakan sentuhan sendiri yang sesuai dengan jiwa saya. Pada saya, kamar pengantin adalah singgahsana pertama dan teristimewa untuk saya menyambut kedatangan pemimpin & imam dalam hidup saya. Jadi, bilik mestilah punyai nilai sentimental yang dekat dengan jiwa penghuninya. Mesti sesuai dengan taste orang yang akan bersemayam di dalamnya.



Untuk dekorasi, perihal budget dan deko mesti diambil kira. Bayangan awal saya ialah saya mahukan dekorasi yang ringkas, moden dan putih. Di sekitar tempat saya, Kelantan atau Besut khususnya, kalau hire bridal/vendor untuk deko bilik pengantin, pasti meriah dengan bunga-bunga gantung, bunga sisi katil dan cadar satin berkilat. Jarang nak jumpa deko yang simple atau modern.


Berikut adalah steps ringkas dari saya tentang bagaimana saya work on DIY-ing bilik pengantin kami:


  • Mula-mula buat research i.e Google. Saya simpan gambar-gambar hiasan bilik yang saya suka untuk mencedok idea. Tak perlu tiru bulat-bulat, boleh cuba mix and match-kan idea dekorasi yang kita minat. Jangan lupa untuk pertimbangkan deko tu sesuai atau tak dengan keadaan dan keluasan bilik pengantin kita nanti. Kemudian, bila dah dapat rough idea, boleh mula cari barang untuk hiasan bilik. Jangan lupa survey harga juga ye supaya tak overbudget. Kalau buat persediaan awal lagi senang dan jimat sebab kita ada masa yang panjang untuk survey sebelum beli.



  • Barang pertama yang saya beli ialah cadar. Cadar memainkan peranan yang sangat penting sebab ia akan mencorakkan hampir keseluruhan bilik. Saya memang aim untuk guna set cadar putih. Dan wajib ada quilt. Ala-ala hotel. Masa Parkson buat sale, saya beli quilt cover set Jean Perry 8000 threadcounts dengan potongan harga 70%. Not to mention the original price is RM900, I managed to purchase one set for only RM 300 and that is totally worth it! I've been eyeing for Jean Perry's quilt cover set for so long, I think that price is more than affordable for its quality. I choose white colour.

test pasang kat katil housemate ;p

I bought few sets of bedsheets

  • Bunga. Wajib ada sebagai penyeri bilik. Masa saya ke Nilai 3 mencari barang, ada satu kedai ala-ala Lovely Lace (sorry lupa nama) tengah buat moving out sale. Kat sini saya beli 4 jambak bunga kesukaan saya, Hydrangeas untuk hiasan tepi katil. Total damage RM 60+. Bunga ni nampak macam real, masa saya letak kat bilik pun ada few makcik saya pegi hidu ingatkan bunga betul hihi. Dekat Lovely Lace Alamanda pun ada tapi mahal, RM29-RM39 untuk sejambak.



  • Perabot bilik. Sponsored. Near 4k. Saya beli set putih dengan side table sekali.
almari

sebelum 

  • Tirai / Langsir bilik. Bilik utama kat rumah cuma ada satu tingkap. Jadi saya plan untuk tutup keseluruhan tingkap tersebut dari atas sampai bawah. Full satu dinding. Saya beli kain jersey warna plum di Jakel KL untuk buat tirai bilik. Semeter baru RM2.90 saya beli 12 meter. Total damage untuk tirai around RM 35 sahaja. Mak saya settle-kan bab jahit. Terima Kasih Mak! Sayang mak dunia dan akhirat!

side table, bling-bling, tirai

  • Seterusnya, saya ke Ikea untuk cari lampu tidur (ini wajib untuk deko bilik ye!). Yang cantik memang banyak tapi kenalah pilih lampu tidur within budget. Pilih punya pilih saya ambik yang paling murah, masa tu ada promo 50%. Homo Lamp RM 35 sebijik. Ambik dua baru RM70. Beli sekali ngan mentol dia terbang la lebih kurang RM 98.

SSF candles

  • Bantal sebagai hiasan katil. Tak rugi pun kalau beli bantal banyak-banyak sebab nanti kita akan guna kan. Jadi untuk bantal hiasan, saya beli 3 saiz berbeza di Jusco, segiempat kecik, segiempat besar dan satu yang panjang, modal dia dalam RM 60 kot...beli yang loose tanpa sampul dan 2 bantal bersama sampul dengan warna yang senada dengan warna tema.

Vase from MR DIY
  • Sarung bantal. Idea asal saya nak semuanya putih tapi dalam saya membuat research + survey, saya terpikat dengan warna plum digabungkan dengan warna putih. Material untuk buat sarung & bed runner saya beli di KAMDAR KL daripada kain jenis velvet. Masa tu tak pandai nak bajet berapa meter saya beli 2.5meter je, semua dalam RM 40+. Kalau nak cukup untuk 4 biji bantal dan bed runner, beli dalam 5 meter ye. Saya tempah jahit dengan mak kawan saya.

Mirror Bling-Bling!

  • Carpet. Satu dah ada kat rumah, lagi dua saya beli kat kampung sebab warna dan corak dia lebih kurang sama, kebetulan. Total damage untuk 2 carpet kecik RM 150. Harga dia agak mahal kalau nak banding dengan harga yang saya boleh dapat kat Nilai 3 tapi dah terdesak, beli je.

  • Pasu Kaca untuk bunga saya beli kat MR.DIY, harga dia dalam RM 18 kot. Frame Polka Dot pun beli kat MR.DIY for RM 4.90Bling-Bling yang gantung pada tirai bilik saya beli kat Nilai 3. Yang ni tak rancang pun cuma jumpa secara tak sengaja. Harga dia RM 60. Selain tu saya ada jugak beli Scented Candle dekat Alamanda, RM 19. Candles yang kecik-kecik saya hias atas almari solek, guna semula yang abang saya buat centerpieces untuk wedding dia dulu, beli kt SSF Home Deco Mart.


dan hasilnya....

.
.
.
.
.
.
.
.




Gambar full belum dapat dari OP.




Exclude furniture, all DIY room deco costs me about RM900 tapi memang tak rugi tau sebab semua benda yang kita beli boleh pakai semula. Barang-barang macam bling-bling, cadar, tirai, bunga dan pasu, lampu...saya bawak ke rumah sewa kami untuk hias rumah. Takde satu pun buang. Worth it.

Totally saya sangat berpuashati dengan dekorasi bilik pengantin kami. Husband is amazed with the result and he likes it very much. Satisfied. Tanpa bantuan keluarga dan suami saya tak rasa this project can be a success. Bab menggantung tirai paku memaku semua pakcik saya yang tolong....kalau tak, tak mampu den. Terima kasih kepada semua yang membantu.

Harap-harap tips yang saya kongsikan di sini boleh bantu B2B yang teringin nak hias bilik sendiri. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh komen je kat bawah ye :)


So setakat ni je review room deco.
kalau ada apa-apa tambahan i'll update later ye.

Tata.... :)

p/s: Mood rajin berbelog sekarang...

Monday, August 26, 2013

DapurYuyu: Resepi-resepi Kegemaran Dia

Bismillahirrahmanirrahim

Maaf kawan-kawan, skip dulu review wedding ye. Kita ke dapur sekejap.

***

Sepanjang seminggu lebih berada di Perlis, sempat saya masakkan beberapa jenis resepi kegemaran suami.  Seronok sangat dapat memasak untuk dia, lebih seronok lihat dia kenyang dan berselera. Saya amalkan basmalah sebelum mula memasak dan berselawat ke atas Nabi s.a.w semasa membasuh beras. Doakan yang baik-baik untuk rumahtangga kita.

Alhamdulillah tak susah untuk saya fikirkan menu masakan sebab kami sama-sama orang pantai Timur, menu yang kami suka tak banyak bezanya. Kami tak berapa gemar makanan ala Western, masakan tradisi walaupun ringkas, itulah yang menambah selera saya dan suami.

Sekadar untuk mengabadikan kenangan awal usia perkahwinan, saya kongsikan di sini resepi menu-menu yang saya hidangkan untuk santapan suami...suami minta saya catatkan resepi sebagai rujukan saya, takut suatu hari terlupa terutamanya sebab kami PJJ...nanti nak masak balik dah gagap. ;)

***
1. Puding Gula Hangus

Puding ni memang menjadi kegeraman...ups! kegemaran suami sejak mula-mula saya kenal dia. Saya sendiri pun suka. Kebetulan dapat hadiah kawen electronic steamer dari mertua makcik saya, lagi menyenangkan kerja. Buat puding ni senang je, cepat dan langsung tak leceh. Jom cuba!

BAHAN- BAHAN : 

Telur Ayam gred A - 10 biji  (4-6 pax serving)
Susu Cair Ideal - 1/2 tin
Susu Pekat F&N - 1/2 tin
Gula Pasir (optional) - 2 sudu besar
Garam - secubit
Esen Vanila - 5 titik





CARA PENYEDIAAN:

1. Pukul bersama telur ayam, susu cair dan susu pekat sehingga kembang. Nak blend pun boleh. Kalau nak tambah manis, tambahkan dua sudu gula pasir. Masukkan garam dan esen vanila. - ADUNAN
2. Ratakan 3 sudu gula pasir di atas loyang (saya guna loyang saiz agak besar). 
3. Titiskan 3 sudu air. Air jangan lebih tau, sekadar untuk basahkan gula tersebut sahaja. Masak di atas api sederhana.
4. Bila gula mula perang, tutup api. Jangan biar gula sampai hangus nanti puding jadi pahit.
5. Tuangkan ADUNAN telur tadi di dalam loyang.
6. Kukus adunan tersebut dan tunggu sehingga masak. Bila sejuk boleh masukkan dalam peti ais, lagi yummy!

***

2. Pulut Manis

Pulut Manis menu paling cepat untuk disediakan sebagai sarapan. Orang Kelantan kan suka sarap dengan foods yang berat-berat. :) 

BAHAN-BAHAN:

Beras Pulut - secukup rasa mengikut bilangan ahli keluarga
Gula Melaka/ Nisan - 2 setengah keping.
Kelapa Parut - yang muda ye
Garam

CARA PENYEDIAAN:

1. Masak pulut menggunakan api yang perlahan.
2. Bila dah masak, tutup api
3. Patah-patahkan nisan, ,masukkan dan kacau bersama pulut yang masih panas
4. Biarkan cair dan kacau. Siap!
5. Sediakan kelapa parut, gaul bersama sedikit garam.
7. Pulut sedia dicicah bersama kelapa parut. :)


***
3. Sayur Masak Lemak

BAHAN-BAHAN:

Ikan Sardin yang telah direbus/kukus *rebusan biasa*- 1 atau 2 ekor
Bawang Merah - 3 ulas
Bawang Holland - separuh dimayang bulat2
Santan
Sayur-sayur : sawi, ketiak jagung, kubis, lada merah besar, lobak merah.
Garam - secukup rasa
Perasa Makanan



CARA PENYEDIAAN:

1. Tumbuk lumat ikan sardin yang telah dibuang tulangnya bersama bawang merah.
2. Masukkan ke dalam santan.
3. Masukkan sedikit garam
4. Masak di atas api perlahan
5. Masukkan sayur2 dan bawang
6. Bila mula mendidih, masukkan perasa makanan, kacau dan siap.

***

4. Colek/Pencicah Keropok Ikan

Pencicah ni special, resepi turun temurun keluarga saya dan suami pun tak pernah cuba. Pencicah Ikan/ Colek Ikan ni biasanya sedap dicicah bersama betik muda (Org Kelantan panggil rojak betik), buah stor atau dengan , keropok keping. Colek ni boleh dibuat dalam kuantiti yang sedikit atau banyak, kalau lebih boleh simpan dalam peti ais dan makan berulang-ulang. Dia tak cepat rosak...rasanya masam manis dan memang sangat kaww. Suami saya first time cuba and I'm glad that he also loves it!

BAHAN-BAHAN

4/5 ekor ikan sardin yang telah direbus (rebus biasa je dengan air tak perlu letak garam/asam keping)
Lada Kering - 2 tangkai atau lebih depends nak pedas atau tak (rendam dalam air panas supaya senang lumat)
Cuka Makan
Nisan secukup rasa
Gula secukup rasa






CARA PENYEDIAAN:

1. Tumbuk ikan sardin yang telah dibuang tulangnya bersama lada kering. Tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan cuka makan (kami tak campur air.)
3. Masak di atas api yang sederhana, kacau.
4. Bila menggelegak, masukkan nisan 2 atau 3 keping
5. Rasa, kalau terlalu masam, boleh tambah gula. Ok siap!

***

5. Sayoq Buncis Goreng 

BAHAN-BAHAN:

Sayur Buncis
Lobak Merah
Bunga Kubis
Sebiji Telur Ayam
Ikan Bilis
Garam - optional
2 ulas Bawang Putih
Sos Tiram - 2 sudu
Sedikit sos ikan
Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:

1. Potong sayur
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Goreng bersama ikan bilis
4. Masukkan sayur diikuti 2 sudu sos tiram
5. Pecahkan sebiji telur dan kacau bersama sayur
6. Masukkan sedikit sos ikan dan siap!

***

6. Tomyam Merah

Tomyam memang menjadi kegemaran kami berdua sejak dulu lagi. Masa berjalan-jalan ke Padang Besaq, kami singgah beli pes tomyam Thai. Kawan saya cakap pes dia sedap dan memang pure Thai. Apalagi balik rumah terus saya try!

BAHAN-BAHAN:

Ayam/Sotong/Udang
Bunga Kobis - potong
Ketiak Jagung - dipotong serong
Lobak Merah - dipotong panjang
Daun Limau Purut - 3 atau 4 helai
Serai - 3 atau 4 batang dititik
Bawang Holland - dimayang besar
Lada Merah Besar - dimayang
Cili Api diketuk - optional kalau nak tambah pedas
Pes Tomyam
Halia seinci
Lengkuas seinci
Daun sup & daun bawang


CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan air separuh periuk/ mengikut kuantiti kuah yang disukai
2. Masak di atas api. Masukkan ayam dan pes tomyam 3 sudu besar. Kacau dan biarkan mendidih.
3. Titik serai dan masukkan dalam periuk.
4. Masukkan sayur-sayur, bawang besar, halia, lengkuas, lada besar bersama daun limau purut.
5. Biarkan mendidih. Apabila masak, tutup api dan sedia untuk hidang.
6. Taburkan daun sup & bawang. Siap!

***

Resepi ni kebanyakannya ringkas je sebab kami baru bukak dapur. Barang kami beli pelan-pelan cuma alhamdulillah kebanyakan barang dapur seperti barang-barang elektrik, periuk pinggan mangkuk kami dapat hadiah kawen. Kami cuma beli peti ais dan dapur gas je. Seronok sangat memasak ni...jangan risau kalau tak pandai masak pun, bila dah jadi isteri, insyaAllah kita akan pandai dengan sendirinya. Yang penting mesti rajin mencuba dan bertanya. Sedap ke tak sedap bila kita cuba masak untuk dia suami mesti suka dan sayang. Ikat suami melalui hati dan perutnya, jaga semua keperluannya. :)

Sehingga berjumpa lagi di lain entri.
Insyaallah.

Aku Seorang Isteri :)

Bismillahirrahmanirrahim.

Rupa-rupanya...
kawen ni tersangatlah BESTTT!

Cett...ayat pertama killer sangat...haha saje nak memberi galakan kepada adik-adik, gadis-gadis, teruna-teruna yang belum kawen tu...cepat-cepatlah kawen ye... ;)

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah syukur ke hadrat Allah, majlis semuanya berjalan lancar. Yuyu selamat menjadi isteri pada hari Isnin, 12/08/13 jam lebih kurang 11.30 pagi dengan sekali lafaz...majlis resepsi pada 13/08/13 dan bertandang pada 15/08/13 juga berjalan lancar seperti dirancang.

Lama tak update blog, sedang cuba menyesuaikan diri menjadi isteri walaupun sekejap, seminggu je duduk sama pastu masing-masing terpaksa berpisah jauh atas tuntutan kerja. I really, really enjoy the moment being his wife, cook, doing house-chores and prepare myself for him before he came back from work. It was a hectic but a meaningful week of honeymoon on our own (honeymooning kat rumah sewa suami dulu sebab suami baru posting so tak dapat cuti). Alam rumahtangga sesungguhnya sangat berbeza tetapi amat indah. Hari ni cukup 14 hari saya bergelar isteri.

Kalau nak ikutkan jiwa yang tengah rindukan suami, confirm post ni panjang berjela boleh buat orang muntah hijau. ngeh ngeh. Btw, yuyu nak review ape dulu ye (bajet retis hihi)....tak sempat nak karang panjang-panjang so kena review satu persatu...

1) Wedding Attire
2) Dais & Room Decor
3) Official Photographer (OP)
4) Make Up
5) Hantaran - belum dapat gambar dari OP
6) Wedding's DIY

Ade ape lagi ye?

Sebelum yuyu buat review khas, yuyu tempek dululah gambar2 sikit sebagai pengubat renduuuuu...nanti ada masa lagi yuyu sambung ye! gambar daripada OP baru dapat sekeping dua je...yang lain dari iPad.






Gambar OP 



The Man of My Life


Nanti yuyu update lagi ye!
Assalamualaikum :)


Yang Berkongsi

Barakallahu lakuma wabaro ka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fi khair

Daisypath Anniversary tickers

Next HoneyMoon

Daisypath Anniversary tickers