Monday, September 17, 2012

Dapur Yuyu: Ketupat Sotong Resepi Nenda

Bismillahirrahmanirrahim

As usual pantang ada public holiday, yuyu mesti balik kampung. hewhew. So Ahad lepas al kisahnya yuyu dapat sotong segar yang matanya masih berkelip-kelip tanda baru saja ditangkap haha. Hiperbola sangat kan, tp memang sotong kena segar kalau nak buat KETUPAT SOTONG tau, barulah LAZAT! ^^

Jom yuyu nak share resepi nenda yang best!

BAHAN-BAHAN

Sotong 2 kilo - takmau size besar sangat ye nanti keras tak sedap...
Santan 1/2 kilo or lebih sikit
Beras Pulut
Nisan Kelate/ Gula Melaka
Garam
Lidi  atau boleh guna toothpick
Seinci halia
Halba
Air

STEP 1

1. Bersihkan sotong (buang hitam, tulang, mata dan giginya)
* Kepala sotong jangan buang tau
2. Ketepikan

STEP 2

1. Basuh beras pulut
2. Setelah bersih, masukkan sedikit santan dalam berasa pulut (sekadar untuk basahkan pulut, sikit je tak perlu sampai berkuah)
3. Masukkan juga secubit garam

STEP 3.

1. Sumbatkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibersihkan. (masuk 3/4 je jangan sampai penuh sebab nanti beras pulut akan kembang bila masak)
2. Now ambik kepala sotong tadi dan tangkupkan /sambung semula dengan badannya menggunakan toothpick.

STEP 4: Penyediaan Kuah

1. Masukkan 1/2 kilo santan dalam periuk, bubuh sedikit garam dan seinci halia
2. Campurkan sedikit air (jangan banyak sebab air sotong dah banyak..nanti cair)
3. Bila mendidih, masukkan halba
4. Boleh masukkan sotong yang telah disumbat pulut
5. Biarkan masak
6. Dah masak baru boleh masukkan 3 keping/kerek nisan tadi ke dalam periuk.
Cuba rasa, kalau nak manis lagi boleh tambah lagi gula melaka..

Siap dah! Simple je kan?
Nanti korang blehla try tau.
Ni antara food faveret iji, dan me myself :)

Eh eh, dont forget tips yuyu tau,
Masak dengan lafaz Basmalah dan penuh Kasih Sayang barulah menjadi! ^^

Till our next date, tata!

Love,
YUYU

Friday, September 14, 2012

Dress embellishments : Bridal Sash / Belt

Bismillahirrahmanirrahim

Dreaming mode ON!

Selain menjadi seorang dress favorita sejak kecil, another important must-have element on my DREAM wedding dress is a ribbon or sash (ni dah kali keberapa ratus yuyu empahsize ni kan hehehe). It helps the bride to look flattering and giving emphasis on our body shape. I love sash or ribbon even before I knew what roles it plays on the wedding dress. I love it love it love it so much.

Let's have a look, korang pun mesti jatuh cinta! ^^

pitam tengok sbb cantik sgt!

pitam lagi


Ohhhhhh ^^^^ with my pink dress???

ohhhhh my creme dress!




Queennnnn sgttttt!

Clean but elegant

wowowowowowowww

idea!

tulle sash!




Cantik kan cantik kan kan kan???? 
Cepatla mengaku, cantik kan? haha. Ooo takde orang jawab ye, mesti semua pengsan tengok sash ni lawa sangat hahah.........yuyu oh yuyu, obsess sangat ko kan ;p 
_______________________________

Well I've done some reading about factors to consider when choosing and finding the right bridal sash among others is the colour, body type, dress design and most importantly, one that fits my budget! Nak share tips that I've got from websites:


"If your gown is very detailed, you might consider a simple and a horsehair ribbon sash. Conversely, if your dress looks plain and simple, you can choose with a more lavish belt. The belt should be more dramatic but pairing it with a very simple gown keeps the look too over the top. And the belt on the right is embellished with details, but a little bit subdued, so it doesn't mix with the texture of the wedding dress." http://ezinearticles.
____________________________________
This time tempek design je dulu ye, tak boleh pilih kaler sash lagi sebab kaler dress pun belum decide. hew hew hew....
Jumpe lagi nanti tau. Thanks baca.
Love,
Yuyu.

Tuesday, September 11, 2012

Dapur Yuyu: Ketam Goreng Berlada


Bismillahirrahmanirrahim

Oh lama betul segmen Dapur Yuyu nih tak berasap kaaann..haha, no actually I do cook but just doing simple meals je. Semalam tiba-tiba pulak mengidam nak makan ketam aishh...

So lepas balik keje semalam terus yuyu ke pasar malam Putrajaya nak ‘menangkap’ ketam. This time mahal ke murah ke I dont care, nak jugak makan ketam. Mengalahkan orang mengidam ye. Takpelah kita pun mengidam jugak..layankan aje selera makan yang membuak-buak lately. I bought 3 ekors of mother crab for RM21, suke-suke je panggil mother crab sebab ketam tu besar-besar dan chubby :P .. Harga sekilo RM25. Dalam perjalanan balik, hati dah terbayangkan kesedapan KETAM GORENG BERLADA. Haha..over.

Actually resepi ni first time yuyu try tau, the other day makan yang makcik buat, sodap sangat! Untuk resepi, basically I google je and combine kan resepi yang I suka mengikut selera sendiri. 

Ok lah jom masuk dapur!

RUJUK BAHAN-BAHAN at the bottom of this post ye...
Step 1 -
- Ketam dibersihkan, buang cengkerang dia dan patahkan dua (sorry for my language). Rebus ketam dan masukkan garam secukup rasa + masukkan juge 2 batang serai dititik/diketuk. Jangan rebus lama sangat tau, cukup sekadar ¾ masak then toskan. Ketepikan mak ketam duk diam-diam. :P

Step 2 –

- Tumbuk (I prefer tumbuk instead of blend hehe) bahan A sampai lumat dan tumiskan sampai naik bau.
- Masukkan 3 atau 4 sudu cili giling dan tumis sampai pecah minyak
- Next bolehlah titik 2 batang serai lagi dan masukkan dalam tumisan tadi (kalau tak suke bau serai no need).
- Masukkan garam (kalau ketam yg direbus tadi dah masin tak perlu garam dah) + gula + perasa + belacan sikit
- Eh jangan lupa untuk bubuh air secukupnye ye!

Step 3--

1. Seterusnya, banjirkan bahan menumis tadi dengan:
- Sos cili 2 sudu
- Sos tomatoman 1 sudu
- Sos tiram 2 sudu
- Kicap manis secukup rasa
- Masukkan cili padi yang dah ditumbuk/ketuk (jangan sampai hancur tau nanti termakan plak)
- Masukkan juga 3 helai daun limau purut (jangan lupa tear kan daun tu untuk naikkan bau dia)

Step 4--

1. Dah gaul sebati semua tu boleh masukkan mak ketam bersama hiasan dunia ni seperti:
- ½ tomato dihiris
- Bawang Besar Holland dimayang besar-besar
- Lada besar dihiris
Sorry for the bad presentation. Tak cantik sebab tak sabor nak makan...; p

Finally dah rata mak ketam dengan semua bahan tadi, boleh angkat dan taburi mak ketam dengan daun sup + daun bawang. Dah siap dah ketam rebus goreng berlada haha. Yuyu prefer rebus dulu sebelum goreng sebab nak bg dia masak rata dulu dan tak perlu goreng lama-lama. Honestly KETAM GORENG BERLADA ni SEDAPPPPP sangat-sangat-sangat. Bukan nak perasan sendiri my housemates pun cakap sedap. Cubalah korang buat ikut selera masing-masing. 

One simple tip I want to share about cooking is always starts cook dengan doa dan puji-pujian kepada Allah. Simple Basmalah pun ok. Masak dgn penuh ikhlas dan kasih sayang, don't rush but enjoy the process of learning. InsyaAllah masakan tu sedap.

Thanks for reading this and till we meet again in Dapur Yuyu.
AssalaaaaaaaamualaikOm!


p/s: I dedicate this post to my man, Iji . I thank Allah for my good health and also, for the increase of my appetite lately. I enjoy food and eating so much now. Hope that this will last until I reached my goal for ideal weight. Eh makan sedap-sedap, ibadah pun kena 'sedapkan' juga! ^^
__________________________________________________________

BAHAN-BAHAN:
Mak Ketam 3 ekor (saiz besar)

BAHAN A

Bawang Merah 6 ulas
Bawang Besar Holand ½ atau sebijik (depends on size)
Bawang putih 3 ulas
½ inci halia
½ inci lengkuas
 _____________
Cili padi
Serai
Gula + Garam + Perasa
Belacan
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Kicap Manis
Daun Limau Purut
Tomato
Lada Besar
Daun Sup + Daun Bawang.


Thursday, September 6, 2012

...of her wedding research: favourite dresses

Bismillahirrahmanirrahim.

They are my eye candy, but  really need to re-design them to suit muslimah's bride fashion.
Note that photos are courtesy of Google , designer's dress and awesome job of G.I Photoshoot. Some of them have been uploaded before in my previous entry. 

Elements: pastel - ribbon - lace - beads - swarovski - couture - simplicity - modern - elegance - lady like - chiffon  - ok dah mereek

Enjoiceee!

Ribbon

love the appliqué.

Simplicity.

HEART THISS.

Beautyyy

Lace - drapes - Perfect!

Groom's suit. Anyone knows kain ape yang Arma pakai untuk groom suit?

Embellishment idea 
(fokus pada bahagian bawah, i dont want perincian pd chest part sbb akan tutup dgn tudung nanti)

Ribbon!

Ribbon!

Suke kainnye

Yang mana pilihan hati B2B?

Tuesday, September 4, 2012

...of our miscellaneous wedding research

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu ni yuyu 'demam', demam as in poning buat research untuk wedding preps. Mula-mula fikir pasal weding outfit, lepas tu eh terfikir pulak all together I have to prepare for 3 events ! (lap peluhh) i.e nikah/reception/bertandang. Untuk bertandang not so much hassle sebab kena fikir baju je yang penting.

By the way, the more research I did, the more pening I became! Mana tak nye...choices out there are too beautiful to be missed. Banyak yang memukau mata cuma yang tinggal nak kena pikir bajet kan... I am a type of person yang senang nak ubah fikiran kalau jumpa contoh yang cantik menarik. Macamana ni?

Progress so far?

1. DESIGN - I have about 20 designs of wedding dresses in my folder. So far masih belum decide nak buat design mana. Kalau ade designer senang cerita boleh terus consult kan? B2B on budget macam I kenalah perah otak sendiri, carik kain sendiri then pegi je jumpe tailor mintak jahitkan. phew. Out of all dresses yang yuyu pilih, takde satu yang yuyu boleh terus tunjuk pd designer sebab I love bits of A dress, bits of B dress and bits of C dress..need to modify the design here and there. BTW, yuyu nak tunjuk jugak few; 

Love the ribbon positioned at the back.
Transform kepada chiffon dress tutup aurat. 
The upper part guna lace, the lower part plain chiffon, ok tak?

Ari WC.
If I add ribbon dekat pinggang lawa tak? Upper part taknak banyak perincian sebab tudung nanti akan cover all those so kena banyakkan perincian bahagian lain.

Suke yg ni jugak tapi takut nampak kurus sangat kalau I pakai this one..
So I opt for dresses yang kembang2 sikit.

Love. But if I were to change the colour, korang rasa warna ape cantik?
I love the groom's suit mucho. cc IJI.

French lace?

2. NIKAH - As im wishing to add traditional element in one of our majlis, yuyu rasa macam nak pakai songket putih benang silver untuk majlis nikah. the same goes to iji, buat baju melayu kaler putih. Kalau boleh nak buat kurung pahang je. Ok tak you all rasa? Actually we all dah beli kain untuk buat baju nikah peach colour tapi rasa macam nak ubah plan...kain tu kami akan guna untuk buat baju bertandang. hihi iji jangan marahhh!

Nice tak?


3. COLOUR - sampai saat ni masih tak dapat nak decide colour untuk baju kawen. I mean reception dress. Mula-mula nak buat warna putih tapi I think I don't look good in white, so I tukar nikah pakai putih. I love soft blue tapi sebab takut nanti lebih kurang sama dengan warna masa tunang, I changed my mind again. As of now, I want to consider pastel / soft colours untuk majlis resepsi. These are among the colours yg I suke:

Perfection.

Blue - tapi I nak lagi soft

Creme

4. PHOTOGRAPHER: I dah mintak quotation from several local photoG esp yang dekat dengan area kampung I lah. Ramai photoG yang I suke mostly area KL, so I need to bear the cost of lodging and transportation...lari bajet. Need to re-consider this. Will do separate entry, later insyaAllah.

5. WEDDING CARDS - yang ni I tak berapa pening sangat sebab I memang nak cari kad bajet so boleh terus zaasss ke segmen KAD EKONOMI. hehehe. Tak nak lebih dari 60 sen ok. Kedek sangat kaaann? Takpelah kad tak cantik takkan mengganggu kecantikan pengantin kan? ;p I pilih yang simple dan biasa je, contoh;

3 posen. Warna kad kena ikut tema majlis ke?

Poskad : 45 sen. To 
B2B yang ade contact tempat untuk tempah wedding cards murah tapi best please PM yuyu...

6. DAIS - Tak lupa juga mengintai-gintai dais kesukaan. Untuk dais, yuyu suka kaler putih or creme memandangkan wedding outfit nanti ada kaler. Pendapat I, kalau baju putih dipadankan dengan pelamin putih memang nampak lovely cuma im afraid kurang menarik dalam gambar sebab subjek tak berapa  'timbul'.  These are among those of my choices; 







Lawa sangat-sangat.

That is what I had done so far. Fuhh letihnye nak pilih. Ni belum bab keluar duit lagi ye.

Kadang- kadang yuyu fikir....tak payah nak pening sangat la pilih...sebabnye
"No matter how many choices we had, the final decision must go back to ringgit and cents, how much do you want to spent?"
tapi hati kecil lagi menjawab: tak kesahla bajet berapa, we want the best for the big day within our own budget

Ok nak sambung research dulu! daaa

Till Our Next Date Lovesss,
YUYU.

-Sang Hati Semakin Sarat Dengan Cinta-

Yang Berkongsi

Barakallahu lakuma wabaro ka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fi khair

Daisypath Anniversary tickers

Next HoneyMoon

Daisypath Anniversary tickers