Wednesday, December 18, 2013

#WEDDING REVIEW: OfficialPhotographer

***ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG***

Bismillahirrahmanirrahim

hoi hoi lamanya ko cuti yuyu! dah tebal sawang blog nih...kiki maap ye semua...tak sempat mengapdet blog!

Izinkanlah hamba buat #weddingreview yang seterusnya ye walaupun dah basi. hajat hamba takde lain cuma nak tolong B2B yang tengah pening lagi duk pikir pasal bajet la, kad tak siap la, macam-macam.
__________________________________________________

Al-kisahnya cari OP ni memang mencabar jugak bagi kami...sebab tarikh majlis berubah-ubah disebabkan kekangan kerja. Masa tu cik Abang baru duk training so susah nak mintak pelepasan...last-last kami dapat jugak OP yang superbest! 


Muda tapi berbakat,
Sporting giler.
Senang nak request ape-ape
Servis cepat.
Punctual
Harga pun ok. 
Kreatif


So ape lagi yang kita nak kan?

Bekerja dgn OP kami ni sangat senang...dia pandai melawak untuk ceriakan suasana, kira buat kita tak kekok bergambar la...bila tengok balik gambar wedding, banyak pose menarik family members sebab photoG ni asyik mengagah! LOL.

Dulu dia bergerak solo sekarang in a team...team mate dia pun mostly daripada photoG yang berpengalaman luas dalam bidang photography. Sekarang ni dia siap dah ada kedai ok! More convincing! Lagi senang deal dengan freelance photog yang ada studio/kedai foto sendiri sebab in case ada ape-ape korang boleh terus pegi cari je dorang kat kedai...kikiki...

Kalau nak cari contact num kedai dia boleh contact dia di
FACEBOOK: TOK GAMBAR PADIPIXEL
Phone Num:  0139754992/0132909134

Ok puji melambung-lambung ni mesti nak jugak tengok hasil kerja dia kan? Jomsss!
*semua gambar OP bagi kat kami, ada yang belum edit lagi tp kami masuk je ye. kiki.

AKAD NIKAH
12 Ogos 2013, 11 pagi
Masjid Teluk Bayu.







 


RESEPSI
13 Ogos 2013, Jam 230 petang
Rumah Pengantin Perempuan

*ni hanya 1/3 gambar we pick random...outdoor masih belum ambik soft copy dgn photog.







 





OUTDOOR
16 Ogos 2013
Pantai Bisikan Bayu




macam dah banjir dgn gambar je....hehe takut orang jemu.


Ok tata all!


***ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG***


Tuesday, October 8, 2013

Wedding Rentals / Sewa Baju Pengantin 2013, 2014





UPDATE ON 27/10/2014

MAAF KAWAN2, KAMI DAH TAK BUAT SEWAAN BAJU RESEPSI ATAU SEMUA ITEM YANG BERKAITAN. HARAP MAKLUM & TERIMA KASIH :)

________________________________________
Bismillahirrahmanirrahim.

***ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG***

Alhamdulillah diberi kesempatan nak buat entry wedding rentals! :) Ramai yang emel tanya, yuyu kadang-kadang tak sempat nak jawab...boleh kawan-kawan terus refer ke entri ni ye..

A) BAJU RESEPSI (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUK AKSESORI


Gambar lain boleh tengok kat sini : Our Wedding

Dress Perempuan:

- Fit XS - M size (max height 155cm , max weight 46 kg)
- Material dress daripada Chiffon Silk, lining satin silk, lace and embroidery.
- A designer's dress - Engku Rizal
- Warna : light pink/ pink belacan / purplish pink
- Termasuk Kasut / Peep Toe muat untuk size 6/7
- Termasuk Veil, Tudung & Anak Tudung
- Termasuk Crown (crown design sama macam Kate Middleton pakai masa wedding)

Suit Tradisional Lelaki:

- Fit S-L size (max height 173 cm, max weight 76 kg)
- Material Bridal Satin (tak panas, ada lining bawal)
- Termasuk Keris
- Termasuk Tanjak & Sampin
- Termasuk Butang Baju



B) BAJU BERTANDANG LELAKI & PEREMPUAN TERMASUK AKSESORI




Mermaid Dress Perempuan

- Fit XS - M size (max height 152cm , max weight 46 kg)
- Material dress daripada Sifon Silk, lining satin, lace and embroidery.
- Tailored by Diana Ling (Semua House)
- Potongan Dress Mermaid (baju dan kain bersekali tau bukan asing-asing)
- Warna : Hijau Zamrud / Emerald Green
- Termasuk Tudung & Anak Tudung
- Termasuk Crown (crown design sama macam Kate Middleton pakai masa wedding)

Baju Melayu Lelaki:

- Fit S-L size (max height 173 cm, max weight 76 kg)
- Material Italian Valentro
- Baju Melayu tailored by Omar Ali
- Termasuk Sampin
- Termasuk Butang Baju Melayu (hijau silver)

C) BAJU NIKAH LELAKI & PEREMPUAN TERMASUK AKSESORI




Perempuan:

- Fit XS - L size (max height 155cm , max weight 46 kg)
- Material dress daripada Chiffon Silk & Fully Embroided
- Potongan Baju Kurung Moden
- Warna : Light Peach
- Termasuk Tudung & Anak Tudung

Baju Melayu Lelaki:

- Fit S-L size (max height 173 cm, max weight 76 kg)
- Material Satin
- Termasuk Sampin
- Termasuk Butang Baju Melayu (silver)


*Karpet tidak disewakan.*


* Prefer Penyewa Area Semenanjung sahaja.
* Tempoh Sewaan 7 hari.
* Harga tidak termasuk deposit
* Untuk baju, tak perlu dry clean (we will do that part)
* Deposit akan dipulangkan sekiranya barang dihantar dalam keadaan baik sepertimana asal.

Kepada B2B yang serius ingin menyewa boleh emelkan butiran majlis ke 
verylawa@gmail.com :)


***ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG***

Dilema B2B: Tempah atau Sewa Baju Pengantin?


Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak menulis, bukan sebab takde benda untuk dikongsi tapi sungguh kesuntukan masa dengan tuntutan kerja dan tuntutan tanggungjawab. Alhamdulillah hari ni boleh peruntukkan sedikit masa.


Berbalik pada tajuk, ada tak B2B yang hadapi dilema, taktau samada nak sewa yang sedia ada, sewa tempah atau nak tempah baru baju pengantin kan? Masa buat persiapan dulu, saya pun pernah consider option untuk sewa jugak....tapi nak dapat baju pengantin yang sesuai dengan size dan taste saya, tak jumpa. Akhirnya option kedua untuk custom made saya pilih.


Alhamdulillah lepas saya iklankan entry untuk sewa baju pengantin kami, saya terima sekurang-kurangnya 20 emel daripada B2B yang berminat. We never expect such high demand. Rasanya setakat ni saya dah reply semua emel, ada yang setuju, ada yang diam - mungkin tak setuju hehe, ada yang tunggu masa untuk fitting session. Sebenarnya saya alu alukan kawan-kawan yang emel untuk bertanya berapa harga sewaan baju kami. Saya tak kesah kalau kawan-kawan tak jadi sewa pun. Takpe, kita kan nak dapatkan the best untuk wedding kita, tak salah bertanya. Saya pun pernah jadi B2B dan saya faham bagaimana rasanya :)


Pada yang masih keliru sama ada mana lagi baik/untung/saving, nak sewa atau custom made baru, pada entri kali ni saya nak kongsikan beberapa pro and cons untuk B2Bs consider sama ada nak buat baru atau nak sewa je baju pengantin kalian. Ini berdasarkan pengalaman saya lah :)

***

a) BAJET/KEWANGAN

SEWA: pilihan untuk menyewa baju pengantin yang sedia ada di butik/orang persendirian lebih menjimatkan wang. kita dapat baju yang confirm cantik (sebab kita dah try dan dah tengok baju tu) tanpa perlu menghabiskan jumlah wang yang besar. Lagi satu, kita tak perlu susah-susah pun nak fikir nanti nak padankan dengan veil macamana, tudung, kasut, perhiasan dan sebagainya. Everything is prepared for you! 

TEMPAH: tempah memang best kalau kita sedia untuk berbelanja besar dan sedia untuk menanggung risiko kalau-kalau nanti hasilnya tak sebagus yang kita bayangkan. selain tu, banyak perkara yang perlu difikirkan bermula from top to toe. saya mengambil masa beberapa bulan nak fikir tudung macamana, veil dan sebagainya. menapak sendiri dari kedai ke kedai mencari sampin dan tanjak yang sesuai dengan warna baju suami. Tang duit jangan berkira ye, bukan sedikit yang dibelanjakan. 


b) KUALITI & KEPUASAN DIRI

SEWA: Ramai yang tak memilih untuk sewa sebab nak pakai baju baru yang belum pernah orang lain pakai. Depending on your budget, sewa kadang-kadang memberi kepuasan yang berbeza pada seseorang sebab boleh memilih baju kesukaan tanpa perlu berbelanja besar. Bagi sesetengah orang, memilih busana yang belum pernah digayakan oleh pengantin lain merupakan satu kepuasan sebenar. Perkara ni subjektif, it depends on how we value it. Setengah orang berpandangan, sewa pun takpe sebab kahwin sekali je...tak berbaloi untuk tempah baju sebab obviously baju pengantin tak boleh pakai pergi kerja, duduk rumah apatah lagi dinner biasa. Kena tengok tema jugak, kalau lari tema nanti nampak over. ;p

TEMPAH: Pada saya custom made baju sendiri memang memberi kepuasan berbeza. Alhamdulillah sebab hasilnya sama seperti yang saya bayangkan. Dari warna, design dan semuanya saya pilih dan buat keputusan sendiri. Dari segi ukuran, being a petite, the dress itself tells everyone it was tailored for me. It 'speaks' very loud and clear! Duit yang habis tu jangan fikir ye kalau tak sakit kepalo hahaha :)

Walau bagaimanapun, pada saya, kalau kita memilih untuk tempah sendiri dan mahukan kualiti serta hasil yang terbaik, wajib kena pilih designer yang mahir supaya kita tak kecewa. Memanglah jimat kalau beli kain murah dan hantar pada tailor biasa, tapi kena tanggung risikolah, sangat jarang terjadi hasilnya memuaskan. Kadang-kadang kain rosak, ada terjadi tersingkat dan macam-macam lagi. 

Ramai orang pandai menjahit tapi tak ramai yang mahir dan seni dalam hasil jahitan. kalau kita jenis yang tak kesah pada kualiti, tempah pun mungkin jimat cuma hasilnya pasti berbeza. Saya percaya ada beza  hasil seni dari tangan yang mahir, that is what we pay them for - art & skills!


c) MASA

SEWA: kalau tempoh persiapan singkat, contohnya tinggal kurang 4 bulan dan perkara lain belum settle, saya sarankan sewa adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kelam kabut, lari bajet, baju tak siap, tak fit pada badan dan sebagainya. Kita taknak baju je cantik tapi badan kita penat muka nampak letih.....kan?

TEMPAH: Perlu persiapan awal sekurang-kurangnya 4 bulan untuk elak baju tak siap. Perlu bersedia untuk belanja lebih dari bajet kalau buat persiapan lambat.


d) LONG-TERM USE

SEWA: walaupun sewa menjimatkan belanja, tapi untuk long term, kita dah tak boleh pakai, simpan atau guna semula baju pengantin kita...yang tinggal hanyalah gambar kahwin untuk diabadikan sebagai memori.

TEMPAHkelebihan tempah baju sendiri ialah kita boleh simpan baju kita untuk kenang-kenangan. kalau badan tak naik (the lucky ones) selepas sepuluh dua puluh tahun kawen, mungkin boleh consider pakai balik pada hari istimewa seperti wedding anniversaries untuk buat kejutan pada suami. haha. bagi yang suka bisnes macam saya, boleh sewakan baju pada orang lain...cuma kena tanggung risiko lah kalau nak sewakan...

e) RISIKO

SEWA: satu kelebihan bila sewa baju, kita tak perlu menanggung sebarang risiko yang selalu terjadi seperti baju tak siap, upah yang diminta berlebihan (tak sama seperti yang dijanjikan awal2), baju tak fit, kain rosak dan sebagainya. Everything is already in place, just wait for the day and get ready to rock it!

TEMPAH: Perlu sedia menanggung risiko kalau baju tak siap...walaupun saya tempah awal, ketakutan tu tetap ada...especially bila saya decide untuk longgarkan/besarkan sikit ukuran baju seminggu sebelum majlis.


***

Kesimpulannya, kedua-dua pilihan mempunyai pro and cons masing-masing. Tepuk dada, tanyalah selera dan jangan lupa tengok poket :) Btw, itu saya yang sempat saya kongsikan. Apa lagi pro and cons yang kawan-kawan boleh share ye? Mana tahu boleh tolong B2B yang masih dalam dilema untuk sewa/tempah baju perkahwinan. 

Kepada B2B semua, selamat membuat persiapan dan pilih serta buatlah keputusan terbaik mengikut kemampuan kita. Jangan ikut nafsu je tau. Kalau boleh, jangan sampai kita jadi pengantin yang tidur malamnya terganggu fikirkan hutang-hutang sebelum kawen. Nak cantik tak salah tapi bijaklah membuat pilihan dan keputusan! Good luck and good day friends!

Ask yourself: 

"If I were to tailor made my own wedding dress within my specific budget, would the result be the same as the dress that I'd dream of ? If the answer is YES, you go for it girl! 

Personal Tips:
If you were to tailor made you wedding attire, please don't go for the approach - "buat baju yang boleh pakai lagi lain kali supaya tak rugi" because I do believe Wedding Dress is too special and it can never be the same like our everyday/kenduri wear. A Wedding Dress must look like a wedding dress, no compromise! You must look and feel special wearing it, as wedding happens only once in a lifetime :)



Love,
Yuyu


Wednesday, September 18, 2013

#Wedding Review: Our Beautiful Bridesmaid

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 'alaik. 

T.H.E
.
B.R.I.D.E.S.M.A.I.D

*This Entry is Specially Dedicated To All My Bridesmaid.

Yes. No words can describe how much I love the way my beautiful bridesmaids cherished every moments in my wedding. Alhamdulillah they really are! All my bridesmaid are close family members on my side. They are sisters, aunties, cousins, all the people whom I love and feel comfortable with. I'd asked and invited my BFFs to be part of this beautiful team, unluckily they couldn't make it since my wedding is held during Eidul Fitri, and on working day. Only one bff Syaqiera and her husband, present for both solemnization and reception on my side. That is fair and good enough! :)

All my bridesmaid is wearing songket on the day. I have decided earlier to have my family wearing something mustard in colour, plain without too much motives. We bought the kain at Jakel Kuala Lumpur. I have been eyeing for the songket since the day I bought my wedding dress material. The attire is generously sponsored by my dear Aunt and Mom. Thank you ma & kak Ina! 

Wedding in kampung is obviously not the same as the one held in the city/town. We need a lot of work forces to ensure smooth sailing of the eventy. Usually, families and relatives will gather one or two days earlier before the big day to start with the preparation mainly on foods. We did rewang/ gotong royong, prepare the foods on our own and serve all guests on our own. Very hectic and tiresome, but it was really, really fun. My bridesmaid apart from being my dayang, they run here and there to serve the guests at the same time. I call them iron ladies for being able to play such a busy roles yet never fail to look sweet and wear a cute smile all day long.

Note To all my Beautiful Bridesmaid,
Thank You Very Much, for your very meaningful presence on my big day. I owe you, and love all of you very much. 

Now let's layan the piccas...

SIL and younger sis- they also partnered in making Candy Booth a success and pasang inai for me until late night.


Tak semua ada sebab ramai tengah layan tetamu...ada tengah masak..


we have had a lovely wedding...alhamdulillah.

Kak Ina & her MIL - sadly kak ina & kak long's tailor had wrongly
 sewed their baju. kain dibuat baju, baju dibuat kain...sabau jelaaa...


With the most important ladies in our life, the powerful MOMS.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
At about 2.30pm, rombongan keluarga Yg Berhormat suami sampai..
.
Wajahku ditutup ala-ala seprais la..hihi

Ms & Mrs Bridesmaid berkerut dahi menahan panas mentari...ai takpe ada payung.


Kulihat biruuuu...ketibaan famili Yang Berhormat Suami..

Bridesmaid welcoming my new family and took the hantaran..



Part of the story line in "Isteri Mithali"...saksikan dalam Nona  TV3, Ahad depan.

Beautiful cousins..next in line! Kosong lagi ni sape nak isi borang yeee.

My aunt, my twin, my bff. Sama umur, membesar bersama. 
She assisted me in preparing the doorgifts from the start until all is finished. 
*her tudung is custom made by VeryLawa

My sweetest youngest sister cum my PA..a future engineer. 
Assisted me in printing DIY wedding cards and many more! *
her tudung is also custom made by VeryLawa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..
.
.
.
Ok jomz g pantai belakang rumah pulakkk...
.
.
.
.
.
.
.
.
Siap bawak bekal tu haa..




Chase me my love!






beautiful people with beautiful hearts
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
and my favourite moments with the bridesmaid...
tengok gambar2 ni buat saya senyum sorang-sorang..
.
.
.
.
.
.
.

"Are you readyyyy?"


Ok one!
Two!
Three!

Four!
.
and

Flyyyyyy!!!

The excitement - precious!


Priceless moment!
.
and
.
.
.

THE WINNER! 
Dapat bouquet dan Percuma Proton Saga....hihihi

* My Fresh bouquet is sponsored and DIYed by my big brother.

Below is some bridesmaid-related tips I would love to share with all B2Bs:

1. Pastikan warna tema pakaian bridesmaid dan tema kedua-dua belah famili  berbeza/kontra dengan warna baju pengantin.
2. Kalau boleh avoid warna tema yang terlalu terang atau menyerlah. Go for pastels or dark colour is safer.
3. Pastikan kira betul-betul berapa orang bridesmaid untuk majlis kita supaya masa beli kain nanti tak membazir dan takde masalah tak cukup kain.
4. Bahagikan kain kepada bridesmaid untuk jahit sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis. Kalau nak tetapkan baju design macamana pun ok je, lagi cantik semua pattern sama :)
5. Lesson learnt, kalau nak lagi cun, beli kain untuk jahit tudung sekali...supaya warna tudung sama / colour tones tak lari jauh.
6. Pilih bridesmaid yang ceria, sporting, tidak kekok bergambar.
7. Pilih material kain yang selesa dan tidak terlalu sarat. Kalau pengantin pakai fabrik lace penuh, elakkan bridesmaid put any kind of lace on their attire, nanti nampak lagi crowded.
8. Above all, always remember ; the basic rule is no bridesmaid can overrule/overshadow the pengantins on their big day. I believe the simpler the bridesmaid is, the outcome will be prettier.


Semua gambar adalah ihsan dari OP, some are non edited. Belum sempat edit dah kena harrassed...nasiblaaa..btw, love our OP's creativity! Nanti insyaallah yuyu review about OP pulak ye. 

Thanks For Reading Beautiful! 
See you girls again in the next reviews tataaa!

***ALL PICTURES PUBLISHED IN THIS ENTRY ARE PROTECTED BY COPYRIGHT, PICTURES CAN ONLY BE USED WITH OUR PRIOR CONSENT AND THEY HAVE TO BE LINKED BACK TO THIS BLOG***

Yang Berkongsi

Barakallahu lakuma wabaro ka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fi khair

Daisypath Anniversary tickers

Next HoneyMoon

Daisypath Anniversary tickers