Sunday, December 21, 2014

TRAVELOGUE: Short Getaway to Langkawi.

Bismillahirrahmanirrahim.


Kaki terasa gatal2 bila dah lama tak bercuti. Last minute decision, kami pilih untuk ke Langkawi sebab dekat je...even ni dah kali keempat pegi sana. Pagi Sabtu beli tiket dan tempah hotel untuk one night stay/

BOOK HOTEL: TEMPLE TREE at Bon Ton

Alkisah ni kan musim cuti sekolah so hotel pun dah banyak full. Banyak motel je tinggal. Kami tertarik dengan satu hotel ni...nampak klasik dan private. Kami pilih Temple Tree sebab masa tu ada promo yang agak best. Rate dia semalaman about RM500+ tapi masa kami nak book tu, survey via trivago dan dapat rate paling murah RM400 from hotel.com. Terus book dengan harapan best la hotel ni.

Apa yang mempengaruhi aku untuk terus book?

- Lokasi dekat dengan Pantai Chenang. Aku memang suka pegi sini, sebab meriah.
- baca reviews from the previous traveller, hotel ni best.
- they scored about 8.3+ rating kat trivago. lagi buat aku teruja.
- harga masa tu tengah promo. sape tak suka promo ye tak?
- dekorasi dia nampak menarik
- banyak orang review puji breakfast dia sedap.

Sebenarnya, hotel ni best ke tak? Nanti sambung citer.


TEMPAH PAKEJ ISLAND HOPPING

Ni sebenarnya tujuan utama nak pegi Langkawi kali ni. Sebelum ni pergi banyak kali tak pernah berkesempatan untuk try Island Hopping. Dari dalam feri kami dah call Pakcik yang sediakan pakej ni. Orangnya baik dan harga dia lebih murah berbanding harga yang ditawarkan oleh kebanyakan agen lain. only RM25/head. Pakej dia ada pukul 9 pagi atau 2 petang.

Kami naik feri kul 10 pagi so kami book yang pukul 2. Sampai je kat Langkawi about 12.00 tengahari, kami sewa kereta untuk terus ke Underwater World tunggu pakcik harun sampai untuk jemput kami nak pegi jeti Island Hopping. Kami berenti solat zohor kat masjid je, tak sempat nak check in dulu. Dalam hati terasa jugak tak sabar nak tengok hotel yang kami book sebab tak pernah stay kat sini.

Alhamdulillah best giler Island Hopping ni! Korang yang belum experience wajib pegi tau. Depa akan bawak kita naik bot laju (aku paling suka naik bot laju, SUKA SGT). Pakej includes:

A) LAWATAN KE TASIK DAYANG BUNTING

Tasik Dayang Bunting

Duk sini satu jam boleh la nak berenang ke berphotoshooting ke...tapi lenguh gila kot nak mendaki tangga tinggi untuk sampai ke tasik dayang bunting. Tak sesuai kot untuk orang2 tua...balik daripada Langkawi ..betis aku lenguh sangat2 sampai 3 hari baru boleh jalan elok. But it was fun!

Dah sampai. Selfie dan terus mendaki

Posing sekeping dua...buat kenang kenangan

Sewa life jacket RM5 sorang. Terus terjun bajet berani...

Rupanya penakut lillahi. Tangan aku tak lepas berpaut pada kaki en husband. Nak kuak lentang pun sebelah tangan jeler...haih.

Ada orang percaya..kalau nak senang dapat anak boleh minum air kat tasik ni, tapi sikitpun aku tak telan. Rezeki tu Qada' Qadar Allah, mesti akan sampai bila Allah izinkan. Mengarut sangat kepercayaan camtu..

Swim baby swim....Penat swim manual..Iji terjun skali lg pakai life jacket...

Selesai berlibur sejam..ni tengah tunggu bot kat jeti untuk aktiviti seterusnya. Sempat minum bekal yang kami bawak. Baju yang basah lencun kering camtu je...dibawa angin lalu. haha.

B) EAGLE FEEDING - ***sorry takde gambar sebab duk sini sekejap je. Tak turun dari boat just tengok2 eagle. Aku tak teruja sangat sebab dari kecik selalu tengok eagle...membesar pun kat tepi pantai kan. :)


C) LAWATAN KE PULAU BERAS BASAH

Pulau Beras Basah. Air jernih gilaaa subhanallah!

Pasir kat pulau ni gebu memutih...syok sangat aku terus buat bola pasir...teringat zaman kecik2 duk main bola pasir je kat pantai.

Kami lepak kat sini je...malas dah nak mandi


Untuk first timer, aku nak share sikit...PERSEDIAAN UNTUK ISLAND HOPPING ialah:

- Track suit, t-shirt and slipper or sandal is good enuf...tak payah nak jangok2 (melawa). Senang nak mendaki, naik bot turun bot dan mandi manda. Unless kalau nak pegi photoshooting saje takpela kan.
- Bawak sunblock sebab agak panas. (aku tak bawak pon sebab dah ada topi)
- kalau couple traveller bawak monopod syok jugak senang korang nak tangkap gambar berdua (jangan jadi cam kami, ni pun kami takde, tak sempat beli sebab plan pun very last minute uwaaa)
- Bawak beg belakang. Isi baju/track suit spare kalau korang nak mandi. Tapi kalau tak tukar pun takpe, lepas mandi rilek je naik basah2 pastu akan kering sendiri haha. Macam kitorang buat.
- Kalau takut lapar, boleh bawak bekal roti ke air etc. Nanti korang boleh berkelah kat Pulau Beras Basah. Syiook. Kat sini ada orang jual megi / keropok / air tapi pricey la. Nama pun pulau kan.

HOTEL KURANG SESUAI UNTUK MUSLIM TRAVELLER

Ok berbalik pasal hotel. Kat Temple Tree ni ada 20 buah bilik, banyak jenis rumah-rumah. Black & White, Colonial, Estate etc. Ada yang sebuah-sebuah, ada yang bilik bersebelahan. Kami stay kat Estate, ada 4 or 5 bilik berderet untuk hotel jenis Estate.

the interior

Masa mula2 nak check in kami cari tak jumpa, bila waze ada la nampak satu bangunan, dari luar nampak macam rumah buruk & SCARY ye. Scary sangat. Dalam hati berdoa ya Allah janganlaa hotel ni. Tapi memang YA. Cuma masa kami waze silap masuk junction, kami nampak binaan hotel ni yang agak buruk dari luar. Tu yang scary tuh. Dah la tempat dia tersembunyi jauh ke dalam. Kalau korang suka privacy yang amat, elok lah tempat ni memang sunyi dan jauh dari hotel lain.

Tv and bangku. Antik kan..

Bila dah masuk bilik, dari segi kebersihan dan keselesaan, ok la. Dekorasi bilik memang unik dan antik habis. Tak berapa masuk dengan jiwa kami. hihu. Tapi ni bukan salah hotel sebab konsep dia memang camtu kan. We are fine with it. Tapi atas sebab-sebab lain, honestly, kami memang tak recommend la kawan2 muslim stay kat sini.

Mind you TV kat sini takde Chanel channel ye. Cuma boleh tengok DVD je. DVD tu boleh pinjam dekat hotel Bon Ton bersebelahan Temple Tree. Since TV pun tak boleh bukak..double triple sunyi dan suram rasanya. Sedih kali ke limaploh...wuwu.

Pertama, masalah nak beristinjak. Kat toilet dia takde paip ye, ada tisu je. SEDIHH. Ada dua sinki dan ada satu shower. Takkan la nak basuh berak dalam sinki kot? Kalau kita ni spesis lap dengan tisu takpe jugak. Toilet dia cantik dan bersih cuma sebab takde paip untuk beristinjak, memang turn off habis. Come on, this is Malaysia so kami tak expect la takde paip kt toilet. Mind you, owner hotel ni mat salleh. So. hmm. Kami di offerkan cebok oleh pekerja hotel. Tu pun dapat yang terpaling kecik. Cian suami ai nak membuang pun kena tunggu p masjid. Nasib baiklah stay semalaman je.

Pintu ke toilet.

Masa nak solat asar, kami mintak sejadah. Biasa aku cuma bawak telekung je, tak bawah sejadah sebab just backpack so nak minimisekan barang. Sejadah pun tak disediakan ye. So ambiklah satu selimut buat sejadah. Selimut pun kena request, kalau tak dibaginya kain nipis je untuk selimut. Sejuk!

Solat bersejadahkan selimut...nasib baik hotel bagi dua selimut.
Boleh guna satu untuk solat... kat sini takde fluffy comforter ye..sobsob

Lagi, hotel ni totally not soundproof sebab dinding dia fully made from woods...bila kita bercakap orang sebelah boleh dengar even cakap tak kuat mana pun. Bangun subuh kul 6.30 pagi...ada mat salleh sebelah plak ketuk pintu cakap depa baru nak tido so mintak kami cakap selow2. Aisehhh memang kacau mood la duk sini. This is Malaysia sir. Nak kami ikut waktu tido hang ke ape? Kami pun pelik la sebab kami tak cakap kuat pun, just in our ordinary speaking volume. Takdelah pepagi buta terus nak bertempik kan. Memang tensen la mat salleh tu tegur tapi aku just say sorry. Memang lepas ni tobatlah tak duduk hotel ni lagi.

Lagi, kucing berkeliaran dengan bebas kat kawasan hotel. Bila bukak pintu je, mesti kucing nak masuk. Kat luar pun ada bau2 tai* kucing yang sangat meloyakan tekak. Menurut pekerja hotel ni, owner hotel memang sangat sayang binatang so dia memang bela kucing2 dan anjing kat rumah dia. Nasib baik kat kawasan hotel anjing tak berkeliaran, cuma kucing je. Tapi still, aku tak suka the smell. Kalau korang penggemar kucing mungkin korang suka sebab kucing dia memang gebu gebas dan comel2.

Breakfast pulak, dorang akan hantar siap2 letak dalam fridge petang tu. So the next morning korang boleh prepare sendiri nak toast ke, nak makan camtu je ke...ikut suka. Bagi aku breakfast dia biasa2 je kalau nak compare dengan hotel yang harga setara dengan dia yang kami pernah stay.

Personal view aku ni hanya limited to Estate room je sebab aku tak tau bilik2 lain camne rupa dia kan. Maybe bilik lain ok ke, aku tak tau lah...
Dekat luar ada dua swimming pool kecik. Nice view. Boleh la cik abang tumpang mandi.

Overall trip ke Langkawi kali ni sangat2 lah best & meaningful to us...apart from hotel yang tak best. InsyaAllah lain kali datang lagi tapi kita stay kat tempat lain plak. hehe. ;)


Hari kedua..hari untuk shopping..baru boleh berjangok-jangok,..hehe

Bye2...lain kali kita tak datang lagi duk sini. Hari kedua memang spend sepenuhnya untuk bershopping then kami naik feri balik ke kuala perlis pada jam 3 petang..


KOS
* Hotel RM400
* Foods & drink RM150
* Feri RM60
* Island Hopping RM50
* Sewa kereta sehari setengah RM110 (musim cuti skolah rate sewa pun naik)
* Shopping segala mak nenek + souvenirs not to be revealed. Part ni yg plg byk habis. haha
* Misc: RM50


**All pics are taken using iPhone6. Loving its quality & clarity! Even the front camera also works wonder.

Yang Berkongsi

Barakallahu lakuma wabaro ka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fi khair

Daisypath Anniversary tickers

Next HoneyMoon

Daisypath Anniversary tickers