Tuesday, October 8, 2013

Dilema B2B: Tempah atau Sewa Baju Pengantin?


Bismillahirrahmanirrahim.

Lama tak menulis, bukan sebab takde benda untuk dikongsi tapi sungguh kesuntukan masa dengan tuntutan kerja dan tuntutan tanggungjawab. Alhamdulillah hari ni boleh peruntukkan sedikit masa.


Berbalik pada tajuk, ada tak B2B yang hadapi dilema, taktau samada nak sewa yang sedia ada, sewa tempah atau nak tempah baru baju pengantin kan? Masa buat persiapan dulu, saya pun pernah consider option untuk sewa jugak....tapi nak dapat baju pengantin yang sesuai dengan size dan taste saya, tak jumpa. Akhirnya option kedua untuk custom made saya pilih.


Alhamdulillah lepas saya iklankan entry untuk sewa baju pengantin kami, saya terima sekurang-kurangnya 20 emel daripada B2B yang berminat. We never expect such high demand. Rasanya setakat ni saya dah reply semua emel, ada yang setuju, ada yang diam - mungkin tak setuju hehe, ada yang tunggu masa untuk fitting session. Sebenarnya saya alu alukan kawan-kawan yang emel untuk bertanya berapa harga sewaan baju kami. Saya tak kesah kalau kawan-kawan tak jadi sewa pun. Takpe, kita kan nak dapatkan the best untuk wedding kita, tak salah bertanya. Saya pun pernah jadi B2B dan saya faham bagaimana rasanya :)


Pada yang masih keliru sama ada mana lagi baik/untung/saving, nak sewa atau custom made baru, pada entri kali ni saya nak kongsikan beberapa pro and cons untuk B2Bs consider sama ada nak buat baru atau nak sewa je baju pengantin kalian. Ini berdasarkan pengalaman saya lah :)

***

a) BAJET/KEWANGAN

SEWA: pilihan untuk menyewa baju pengantin yang sedia ada di butik/orang persendirian lebih menjimatkan wang. kita dapat baju yang confirm cantik (sebab kita dah try dan dah tengok baju tu) tanpa perlu menghabiskan jumlah wang yang besar. Lagi satu, kita tak perlu susah-susah pun nak fikir nanti nak padankan dengan veil macamana, tudung, kasut, perhiasan dan sebagainya. Everything is prepared for you! 

TEMPAH: tempah memang best kalau kita sedia untuk berbelanja besar dan sedia untuk menanggung risiko kalau-kalau nanti hasilnya tak sebagus yang kita bayangkan. selain tu, banyak perkara yang perlu difikirkan bermula from top to toe. saya mengambil masa beberapa bulan nak fikir tudung macamana, veil dan sebagainya. menapak sendiri dari kedai ke kedai mencari sampin dan tanjak yang sesuai dengan warna baju suami. Tang duit jangan berkira ye, bukan sedikit yang dibelanjakan. 


b) KUALITI & KEPUASAN DIRI

SEWA: Ramai yang tak memilih untuk sewa sebab nak pakai baju baru yang belum pernah orang lain pakai. Depending on your budget, sewa kadang-kadang memberi kepuasan yang berbeza pada seseorang sebab boleh memilih baju kesukaan tanpa perlu berbelanja besar. Bagi sesetengah orang, memilih busana yang belum pernah digayakan oleh pengantin lain merupakan satu kepuasan sebenar. Perkara ni subjektif, it depends on how we value it. Setengah orang berpandangan, sewa pun takpe sebab kahwin sekali je...tak berbaloi untuk tempah baju sebab obviously baju pengantin tak boleh pakai pergi kerja, duduk rumah apatah lagi dinner biasa. Kena tengok tema jugak, kalau lari tema nanti nampak over. ;p

TEMPAH: Pada saya custom made baju sendiri memang memberi kepuasan berbeza. Alhamdulillah sebab hasilnya sama seperti yang saya bayangkan. Dari warna, design dan semuanya saya pilih dan buat keputusan sendiri. Dari segi ukuran, being a petite, the dress itself tells everyone it was tailored for me. It 'speaks' very loud and clear! Duit yang habis tu jangan fikir ye kalau tak sakit kepalo hahaha :)

Walau bagaimanapun, pada saya, kalau kita memilih untuk tempah sendiri dan mahukan kualiti serta hasil yang terbaik, wajib kena pilih designer yang mahir supaya kita tak kecewa. Memanglah jimat kalau beli kain murah dan hantar pada tailor biasa, tapi kena tanggung risikolah, sangat jarang terjadi hasilnya memuaskan. Kadang-kadang kain rosak, ada terjadi tersingkat dan macam-macam lagi. 

Ramai orang pandai menjahit tapi tak ramai yang mahir dan seni dalam hasil jahitan. kalau kita jenis yang tak kesah pada kualiti, tempah pun mungkin jimat cuma hasilnya pasti berbeza. Saya percaya ada beza  hasil seni dari tangan yang mahir, that is what we pay them for - art & skills!


c) MASA

SEWA: kalau tempoh persiapan singkat, contohnya tinggal kurang 4 bulan dan perkara lain belum settle, saya sarankan sewa adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan kelam kabut, lari bajet, baju tak siap, tak fit pada badan dan sebagainya. Kita taknak baju je cantik tapi badan kita penat muka nampak letih.....kan?

TEMPAH: Perlu persiapan awal sekurang-kurangnya 4 bulan untuk elak baju tak siap. Perlu bersedia untuk belanja lebih dari bajet kalau buat persiapan lambat.


d) LONG-TERM USE

SEWA: walaupun sewa menjimatkan belanja, tapi untuk long term, kita dah tak boleh pakai, simpan atau guna semula baju pengantin kita...yang tinggal hanyalah gambar kahwin untuk diabadikan sebagai memori.

TEMPAHkelebihan tempah baju sendiri ialah kita boleh simpan baju kita untuk kenang-kenangan. kalau badan tak naik (the lucky ones) selepas sepuluh dua puluh tahun kawen, mungkin boleh consider pakai balik pada hari istimewa seperti wedding anniversaries untuk buat kejutan pada suami. haha. bagi yang suka bisnes macam saya, boleh sewakan baju pada orang lain...cuma kena tanggung risiko lah kalau nak sewakan...

e) RISIKO

SEWA: satu kelebihan bila sewa baju, kita tak perlu menanggung sebarang risiko yang selalu terjadi seperti baju tak siap, upah yang diminta berlebihan (tak sama seperti yang dijanjikan awal2), baju tak fit, kain rosak dan sebagainya. Everything is already in place, just wait for the day and get ready to rock it!

TEMPAH: Perlu sedia menanggung risiko kalau baju tak siap...walaupun saya tempah awal, ketakutan tu tetap ada...especially bila saya decide untuk longgarkan/besarkan sikit ukuran baju seminggu sebelum majlis.


***

Kesimpulannya, kedua-dua pilihan mempunyai pro and cons masing-masing. Tepuk dada, tanyalah selera dan jangan lupa tengok poket :) Btw, itu saya yang sempat saya kongsikan. Apa lagi pro and cons yang kawan-kawan boleh share ye? Mana tahu boleh tolong B2B yang masih dalam dilema untuk sewa/tempah baju perkahwinan. 

Kepada B2B semua, selamat membuat persiapan dan pilih serta buatlah keputusan terbaik mengikut kemampuan kita. Jangan ikut nafsu je tau. Kalau boleh, jangan sampai kita jadi pengantin yang tidur malamnya terganggu fikirkan hutang-hutang sebelum kawen. Nak cantik tak salah tapi bijaklah membuat pilihan dan keputusan! Good luck and good day friends!

Ask yourself: 

"If I were to tailor made my own wedding dress within my specific budget, would the result be the same as the dress that I'd dream of ? If the answer is YES, you go for it girl! 

Personal Tips:
If you were to tailor made you wedding attire, please don't go for the approach - "buat baju yang boleh pakai lagi lain kali supaya tak rugi" because I do believe Wedding Dress is too special and it can never be the same like our everyday/kenduri wear. A Wedding Dress must look like a wedding dress, no compromise! You must look and feel special wearing it, as wedding happens only once in a lifetime :)



Love,
Yuyu


Gyeongbokgung Palace - Day 5