Wednesday, March 28, 2018

Bahagian II: Persiapan Menduduki Rumah Pertama (Dekorasi)

Bismillahirrahmanirrahim
Segala Puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam

Alhamdulillah masih diberi nikmat aafiyah darinya. Pada entri lepas saya kongsikan Persiapan Menduduki Rumah Pertama Bahagian I, kali ini saya ingin berkongsi gambar-gambar dekorasi setelah rumah sedia diduduki. Rumah pertama ini paling istimewa di hati saya dan suami kerana ianya adalah 100% dari hasil titik peluh kami berdua, di mana di setiap sudutnya ada cerita dan kenangan tersendiri. 

Dari segi dekorasi rumah, saya dan suami juga berkongsi idea untuk menatarias teratak kecil kami, mengambilkira bajet dan kesesuaian keadaan dan suasana rumah untuk puteri dan putera kami. Saya banyak merujuk kepada gambar-gambar di internet untuk mendapatkan ilham dekorasi. Saya suka pada perabot berwarna putih, dan memilih warna-warna pastel untuk hiasan. Saya minat pada dekorasi scandinavian tetapi saya ubah dan adaptasi mengikut minat dan bajet saya & suami.

Dari segi tempoh masa, saya dah mula plan untuk deko rumah beberapa bulan sebelum diserahkan kunci. Untuk susun atur dan deko mengambil masa kurang satu bulan sahaja. Memandangkan rumah saya kecil je, saya meminimakan penggunaan perabot untuk memaksimakan ruang supaya rumah nampak lapang dan paling penting, anak boleh berlari-lari dan bermain di dalamnya. Rumah saya takde almari pakaian, semuanya open wardrobe, dan saya beli dua unit chest drawer dari Ikea untuk menyimpan semua pakaian yang berlipat.


 

Ruangtamu/ruang menonton.
Rak TV, lampu meja, rak hiasan, jam semua dari Ikea.
Lerberg (rak besi) tu suami saya DIY, spray warna gold.


 
Sofa, meja sisi dan kerusi acapulco dari SSF. Meja dan karpet dari Ikea. 

 Tiada partition di antara ruang tamu dan dapur jadi saya gunakan langsir putih untuk bahagikan ruang ini. Sheer curtain from Ikea.

Artificial tree from SSF

Ringkas cuma.

Pandangan dari dapur

 MALM chest drawer mengisi ruang dinding. Cermin dinding dari Ikea. (Love sangat cermin ni tau) Frame dari Kaison.

 
In love with the sheer curtain forever...

Because it speaks the language of romance. It speaks about my inner self.

 Set meja makan 4 orang, juga dari Ikea.

 This year meja makan ni dah beralih ke dapur...sebab nak bagi anak-anak ruang bermain yang lebih lapang...daku hanya mampu berhuhuhu....demimu anak.

Master bedroom.
 
 The ever famous leirvik bed from Ikea. Kukuh, cantik, murah..puas hati!

 Bilik arissa/ bilik tetamu


Our princess.

Sekian perkongsian kali ni.
Bahagian III nanti saya akan share pulak dekorasi dapur tanpa kabinet...
Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

P/S:  Semua gambar adalah hak milik terpelihara. Sila beri kredit jika menggunakan gambar yang saya kongsikan untuk diterbitkan di mana-mana laman media.

Monday, March 12, 2018

Bahagian I : Persiapan Menduduki Rumah Pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Tanggal November 2017 yang lalu, excited kami laki bini sebab....tadaaaa! Dah dapat kunci untuk rumah pertama! Macam-macam terbayang dalam kepala nak buat tau. Memang excited sangat-sangatlah lagi-lagi bila rumah kami ni dekat sangat jaraknya dengan ofis...Kalau sebelum ni ulang alik ke pejabat dalam 25 minit perjalanan (untuk orang Peghlih tu dah jauh tau hahaha) so nanti dah pindah...jarak dari ofis saya ke rumah cuma 3 minit jaaa! Jalan kaki pun boley! Saya suke, saya suke!




Berikut adalah antara persiapan awal kami buat sebelum menduduki rumah;

1.  Masuk rumah, periksa sekiranya ada apa-apa kerosakan, keretakan atau apa-apa yang tak dipasang/tak cukup. Catat dan tanda dengan masking tape di bahagian tersebut supaya nanti tak overlook bila nak complaint dekat Pemaju (thanks to those who give this wonderful tips in FB, it helped a lot!)

Bismillahirrahmanirrahim :)

 Ruangtamu

 Dapur

 2. Pasang grill. Tentukan grill macamana kita nak, berapa pintu, corak, warna, ketebalan, jenis besi dan sebagainya...bincang kos upah dan tempah! 

 
Seperti yang dihajati. Puashati :)

3. Ukur pintu atau mana-mana ruang yang perlukan bidai atau langsir. Tempah langsir. Langsir ni kena buat awal supaya by the time rumah dah siap semua, boleh terus pasang! Rumah kami..mak tolong jahitkan langsir. Tq mom!


4. Buat pelan lakar dekorasi rumah, contohnya nak letak TV kat mana, kabinet kat mana, nak pasang lampu chandeliar ke...semuanya kena plan ahead. Yang ni buatlah ikut citarasa dan keperluan kita, jadi kami bincang laki bini je. This thing kena rancang awal supaya kita boleh tentukan kat mana nak pasang plug dan sebagainya, sebelum panggil orang wiring untuk buat pemasangan dan sambungan elektrik.

Wiring in progress...

5. Bersihkan rumah. Kami upah 3 orang tukang cuci untuk bersihkan rumah, kami pun join sama. Penat tapi seronok.

6. Bila rumah dah bersih...bermulalah part cat dinding pulak. Warna cat kena pilih betul-betul tau kalau salah pilih boleh lari tema...habis rosak mood. Proudly announcing for our first house, all the painting part is fully done by yours truly my dear husband...jimat kos tq bang! hehe. 

Love-hate moment sangat masa ni...

Mata ni kejap suka, kejap tak suka dengan warna cat ni. Berdebar tau nak tengok hasil dia.

Bila dah siap tu the colour gradually changed...mula-mula looks erk..more purplish..
Later...changed to bluish greyish gitu...which I really, really loveee! 
Fuh sib baik akhirnya mataku berkenan..

  
Dining area. We chosed Navy. Warna yang pilih mula-mula a bit shiny which I dislikey
I nak matte. Pergi beli cat sekali lagi. Paint again

Finally we got the desired colour. :)

7. Shopping furnitures! The most exciting part...dan paling banyak menghabehkan duit haha. Semangat kami laki bini apply cuti hokey....menapak ke Ikea Damansara...tidoq semalaman kat Damansara...Arissa bagi adik saya jaga meanwhile we did the shopping part. We took only a day to purchase almost alllllll the furnitures dari yang kecil sampai besar...you name it...tv cabinet, bed, shelves, carpets...semualah! Gigih ok. Tapi puas hatilah...boleh pilih sendiri...kalau upah personal shoppers mahu beribu melayang ye..betul orang kata nak perabih duit, sehari pun boleh jalan, nak kumpul tu bertahun bak hang...

Selain daripada Ikea...few other furnitures macam sofa dan acapulco chair, kami beli di SSF Alor Setar.


Nah! Bertroli troli kau...sampai ada yang ingat kami ni PS Ikea hokey. hehe


8. PEMASANGAN! This is the most difficult, tiresome and time-consuming part! Haha. Bukan saya, suami lah. Saya tukang tengok je...sebab kena jaga anak...pastu saya memang fail pun bab installation ni even tengok manual pun masih tak dapat buat! But to my surprise my hubsy is very, very skilful in doing this installation part. Memang kena banyak SOBAR SABR SABAR dan sebagainyalah...kalau korang jenis yang cepat putus asa dan susah nak fokus...better beli perabot pasang siap je. So husband pasangkan satu perabot sehari...sebab siang kerja..so during nightime jelah masa untuk bertukang...buat sikit sikit lama-lama siaplah semua. Thank you so much hubsy you nailed it!

 TV cabinet

 MALM

Kitchen wallpaper

Rumah kami takde lemari. Ni tempat gantung baju-baju.

9. Lepas selesai pasang perabot...pasang wallpapers, curtain dan segala jenis hiasan dinding...shelves, wall clock, mirror etc. Kerja-kerja mendrill ni pun suami buat semua...saya jadi pom pom girl je ;)

Tadaaaa. Sliding door curtain. Simple je :)
 
Wallpaper kat dapur. Personally love kerja tangan suami, kemas!


Wallpaper dalam bilik arissa :)

10. PINDAH. Bab paling penat ok. Few months before moving out I repeatedly hint and tell my husband that I want it to be done my way. Sebabnya, bab kemas mengemas dan susun barang ni is totally depending on me. Husband will just assist and follow.

Tips saya, untuk kurangkan penat, kurang sepah, kurang serabut dan tak perlu buat dua kali kerja...pertama, sebelum pindah tu kena sort kan siap-siap barang yang kita perlu, tak perlu, nak bagi kat orang dan yang nak buang. Takmo takmo takmo bawak barang yang tak perlu ke rumah baru. Elakkan rumah jadi stor barang buangan. Kalau nak let go perabot lama, iklankan je cepat-cepat bagi settle sebelum pindah. Kedua, kena pindahkan barang sikit-sikit (tips applicable kalau jarak rumah lama dan rumah baru dekat). Setiap kali nak pergi kerja saya dan suami akan bawak barang yang dah ready untuk dipindahkan ke rumah baru. Masa lunch hour kami pindahkan kemas siap-siap.

Contohnya macam baju-baju, elak pindahkan semua sekali berlonggok-longgok. Pilih dan sort dulu pakaian yang kita masih perlu, kemudian lipat atau gantung siap-siap kat hanger. Then masa pindahkan tu terus pergi gantung kat almari, atau yang berlipat terus masuk dalam cabinet. Elakkan pindah semua barang sekaligus nanti lagi pening nak susun semua at one time. Paling penting masa nak deko rumah otak tak boleh serabut. Elakkan stress. Do it slowly, part by part. 


So these are among the prep stages yang saya dah suami buat dulu sebelum menduduki rumah kami...Boleh dikatakan 90% kami buat berdua je. Bila semua dah siap, seronok mengenang susah payah kita bersama prepare everything for the house....kenangan tu manis bila ingat balik...and conversation like "pintu ni je yang awak cat" "ingat tak masa pasang wallpaper tu awak almost give up sambil membebel bebel " will always popped out...and that will made us laugh together ;)


All I can say is, moving out to our very own shelter and its preparation is tho tiring, is a very fun and exciting process...that bittersweet moment leave us with so much sweet memories to be cherished in the future, which made the house even more precious and dear to our heart. In fact, that is one of the time we can get to know our spouse better. His patience, skills, creativity, empathy, tolerance, cooperation and many more.

To my lifetime partner, if you happen to read this..

I want to dedicate a very special THANKS to you for being so accommodative, cooperative, rajin sangat-sangat, understanding and for giving your undivided trust to me in decorating our first house. Our home is one of my dream came true.

Looking at the outcome after all is done, there's no doubt that we made a great team together. I LOVE YOU and I'm officially your fan forever, sweetheart!

Welcome to our home sweet home...

Setakat ini dulu. Insyaallah jika masa mengizinkan, saya akan kongsikan gambar-gambar terkini dekorasi rumah dan dapur rumah tanpa kabinet. Semoga sahabat yang membaca mendapat manfaat daripada perkongsian yang tak seberapa ini. Daaaaa :)

Gyeongbokgung Palace - Day 5