Bismillahirrahmanirrahim
This is actually a spontaneous family trip. Saya saja-saja
check ticket...tengok harga tiket
from KLIA to Ho Chi Minh, murahnya!
Terus
whatsapp husband, dapat
green light! Apalagi berita dipanjangkan ke
group whatsapp family saya. Semua pakat nak
join sekaki
. My mom, brother and his little family and my younger sister. Total of 6 adults, 1 kid (RM157.75) and 2 infant (RM70.80 per head). I terus
proceed beli tiket.
RM201.90 round trip per head, via Vietjet Air. Total for 9 people, you do the Math.
|
At KLIA |
Vietjet macam Air Asia jugak, harga tiket tak termasuk
check in baggage cuma setiap orang dibenarkan bawa
cabin size bag with maximum weight of 7kgs. So, ticket bought. Stay duration adalah 5 hari 4 malam.
Departure dari KLIA ke Saigon Airport pada 23 Mac 2018 jam 0100 petang manakala penerbangan balik ialah pada 27 Mac 2018 jam 9.30 pagi.
|
Check in process. |
|
2 ketul anak ibu..behave well alhamdulillah |
Kak Ain my SIL settle-kan bab accomodation. Hotel An Tam booked for 5 days and 4 nights, one family room and one double room. Total cost hotel ialah around RM1700+. Ramai yang tanya kenapa saya stay kat sana sampai 5 hari, jawapan saya ialah sebab saya travel with family, ada kanak-kanak dan orang tua (mak). Jadi saya tak nak jadual terlalu padat supaya ada masa rehat yang cukup. Alang-alang pergi tempat orang, berlama-lama sikit barulah enjoy :) Bukan senang nak pergi satu family macamni. Another reason is because I don't prefer travelling to the same place twice (for vacation purpose), so sekali pergi biarlah puas hati.
|
An Tam Hotel.
|
|
Family Room with two double bed. |
DAY 1 & 2: HO CHI MINH SYURGA MEMBELI BELAH
|
Let's start day one.. |
|
Pasar Ben Thanh |
Bila sebut saja Ho Chi Minh, apa yang terlintas dalam kepala pastinya
SHOPPING! HCM merupakan salah satu destinasi
shopping yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebab barangan di sana murah-murah.
Tujuan utama kami ke sana ialah nak bawak mak makan angin sambil
shopping untuk raya (mak ada kedai baju), sambil-sambil kenal tempat orang. Mak saya bukan jenis orang yang suka bercuti atau jalan-jalan...
so kalau nak bawa beliau, kenalah pergi tempat yang ada aktiviti
shopping hehe. Sepanjang berada di HCM, aktiviti utama kami pastinya membeli-belah, menjelajah kedai-kedai dan pasar malam di sekitar Ben Thanh setiap hari tanpa gagal haha. Seronok!
|
Di hadapan Pasar Ben Thanh. Tengah nak book Grab Car untuk ke Linda Wholesale |
|
Kipas satu, RM7
|
|
Lace di Pasar Ben Thanh |
|
Rambang mata dibuatnya.. |
Hari pertama dan kedua, kami cuma berjalan-jalan di sekitar Ben Thanh untuk
shopping. Mula-mula
survey harga dulu. Selepas itu, kami menggunakan perkhidmatan
grab car untuk pergi ke kedai yang terletak di luar kawasan Ben Thanh, iaitu di Linda Wholesale dan Danny's Shop. Harganya agak murah terutamanya untuk pemborong-pemborong. Kalau sekadar nak beli dalam kuantiti yang sedikit, berbelanja di
area Ben Thanh sudah cukup memuaskan hati.
|
Agak sesak |
|
Linda Wholesale
|
|
Ada pelbagai pilihan jubah dan baju kurung, dewasa dan kanak-kanak |
|
Pasar malam Ben Thanh |
DAY 3: MEKONG TOUR
Rugilah kalau ke tempat orang tapi tak ambil peluang untuk kenali budaya di sana kan? Jadi pada hari ketiga, kami menyertai Tour ke Mekong Delta dengan Aamin Travel & Tours. Saya telah menghubungi
owner kepada Aamin Travel & Tours ini (Mr. PattahAmin) sejak berada di Malaysia lagi, melalui Facebook beliau (Tuan Le). Pejabat agen ini juga terletak di
Malaysian Street iaitu sebaris dengan bangunan Hotel An Tam yang kami duduki. Agennya ramah, cajnya juga antara yang paling murah di sana cuma RM60.00 sekepala. Kanak-kanak bawah dua tahun percuma saja. Seawal jam 9 pagi kami dah tunggu di lobi hotel untuk menaiki bas memulakan
trip ke Sungai Mekong. Teruja Arissa boleh naik bas! Naik bas sambil nyanyi lagu
The Wheels on the Bus...basnya pula luas dan selesa.
|
Menaiki bas untuk ke Mekong River |
|
Ibuku tersayang.. |
|
|
Sha n Mamacu
|
Perjalanan dari hotel ke Sungai Mekong mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sebenarnya jarak dari hotel ke Sungai Mekong tidak terlalu jauh tapi memandangkan kami dibawa melawat beberapa tempat persinggahan
sebelum sampai ke Sungai Mekong,
tentatively it took about two hours. Mula-mula, bas akan berhenti di sebuah kedai pakaian HAWA. Di situ terdapat banyak pilihan tudung, baju kurung dan blaus yang mengikut citarasa fesyen orang Malaysia. Selama 40 minit di kedai Hawa, kemudian kami dibawa pula ke sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis beg. Harganya pula murah dan berpatutan. Kat sini saya sempat beli beg untuk diberi kepada kawan-kawan dan jiran terdekat sebagai buah tangan.
Beg murah
Sambil menikmati pemandangan kawasan setempat melalui tingkap bas, perjalanan dua jam terasa sekejap cuma dengan dipandu oleh
tourist guide yang
mesra dan fasih berbahasa Melayu iaitu Kevin. Sepanjang perjalanan,
beliau berkongsi maklumat-maklumat tempat yang bakal dilawati selain
berkongsi sejarah dan fakta tentang negara kelahiran beliau. Bila
mengetahui keadaan negeri orang, barulah rasa betapa bertuah menjadi
anak Malaysia :)
|
Menaiki bot |
|
Tokma bawa bekal mempelam dan ciku...bagi anak cucu makan hehehe |
|
My little family |
Sampai di Sungai Mekong, kami terus dibawa menaiki bot dan destinasi pertama yang dituju ialah Kilang Gula Kelapa. Di sini, pelawat-pelawat diberi peluang merasa gula kelapa yang baru diproses panas-panas lagi. Rasanya enak, lemak-lemak manis gitu!
|
Kilang Gula Kelapa |
|
Gula kelapa |
Usai melawat Kilang Gula Kelapa, kami dibawa pula menaiki kereta kuda. Arissa dan Huzaifah cukup excited boleh
menaiki kereta kuda buat kali pertama. Kereta kuda akan berhenti di
satu tempat di mana kita akan dibawa melawati ke ladang madu lebah. Di sini pelancong-pelancong diberi peluang untuk
merasa madu lebih asli dan disajikan dengan segelas air teh limau madu.
Arissa minum sampai dua cawan, seronok tengok anak enjoy!
|
Kereta kuda |
|
Ladang madu lebah |
|
Buah-buahan tempatan |
Kemudian kami di bawa ke sebuah restoran Halal untuk menikmati makan
tenghari di bawah rimbunan teduhan pokok. Hidangan yang disediakan cukup
lazat dan menambat selera orang Malaysia. Di sini juga ada surau, boleh
terus solat jama' taqdim.
|
Lunch |
Selesai
lunch, pelawat akan dibawa pula merasa pengalaman menaiki sampan. Saya tak
join naik sampan sebab cuaca agak panas risau takut anak demam jadi saya cuma menaiki bot dan menunggu geng sampan di suatu tempat untuk sama-sama balik ke jeti Sungai Mekong semula.
|
Menunggu ketibaan geng naik sampan ;) |
Dalam perjalanan pulang, kami semua dijamu dengan air kelapa
fresh di atas bot. Hilang rasa panas dan kering tekak! Di atas bas, semua orang keletihan dan tidur. Saya dan suami tak dapeklah nak tidur sebab Fateh dan Arissa aktif benau tak lena pun. haha. Dalam perjalanan balik, bas akan singgah di Danny's Shop iaitu satu gedung pakaian yang menjual pelbaga jenis tudung, lace, baju kurung, jubah, seluar jeans dan sebagainya. Kami tiba di perkarangan hotel lebih kurang jam 630 petang.
Overall tour ni sangat
best, informative dan menarik!
|
Nah ambik sorang sebiji... :) |
DAY 4: SAMBUNG SHOPPING
Hari keempat, kami ke Danny's Shop untuk shopping lace sebab hari sebelumnya masa yang diperuntukkan agak singkat untuk kami shopping dalam kuantiti yang banyak. Malamnya macam biasa menjelajah pasar malam Ben Thanh untuk menghabiskan Dong. Esoknya kami bertolak balik, seawal jam 5 pagi kami sudah menaiki kereta menuju ke Saigon Airport. Penat tapi tak nak ambil risiko missed flight jadi kami bertolak super awal. haha.
|
Pelbagai pilihan lace di Danny's Shop. Lebih murah jika beli dalam kuantiti yang banyak. |
|
Adik lena keletihan sambil ibu shopping lace... |
Sebelum mengakhiri
entry ini, saya ingin kongsikan beberapa fakta menarik tentang Vietnam dan tips
shopping yang mungkin anda ingin tahu sebelum mengunjungi negara ini.
FAKTA MENARIK TENTANG HO CHI MINH.
1. Tak kira lelaki atau perempuan, orangnya kurus-kurus. Boleh dikatakan tiada yang gems/ obese or overweight. Rupanya nasi bukan makanan ruji mereka. Mereka kerap makan sayur dan sup.
2. Jalanraya sentiasa sesak. Rakyatnya lebih ramai yang menaiki motosikal daripada kereta. Hon di sana ibarat brek, sentiasa ditekan dan ia adalah satu perbuatan yang biasa bukan rude.
3. Susah nak tengok kenderaan lama berlegar di jalanraya. Semuanya kelihatan masih baru. But I reserve this opinion mungkin sebab saya cuma melawat kawasan bandaraya sahaja so that may not be the true picture in HCM city.
4. Wajah orang Vietnam seakan raut wajah orang Cina di Malaysia. Kulit putih bermata sepet.
5. Dalam perjalanan ke Sungai Mekong, anda boleh melihat banyak kubur-kubur/jirat yang terletak di tengah-tengah sawah. Dikatakan amalan tersebut dibuat atas kepercayaan bahawa roh si mati akan membantu "menjaga" sawah dan tanaman mereka.
6. Vietnamese tak berapa mesra atau ramah (at least peniaga-peniaga di dalam Pasar Ben Thanh dan Pasar Malam). Suka cakap kasar dan mengumpat depan-depan mentang-mentanglah kita tak faham bahasa mereka.
7. Ramai pelancong dari Malaysia di sana jadi tak hairanlah mereka pun tak heran tengok kita. Ramai peniaga fasih berbahasa Melayu, siap pandai cakap Kelate pun ada.
DO AND DONT'S
1. Wajib sertai Mekong Tour. Insyaallah tak rugi join tour ni. As for myself, if i didn't go there, there is nothing much I can say about Vietnam and our trip. Or at least do this for your kids, kesian dorang kalau hari-hari bawak pergi shopping je.
2. Be careful, choose the right agent. Ada je yang kena sampai RM200 per head untuk tour yang sama macam kami pergi.
3. Kalau korang bawa baby sekali untuk tour ke Mekong, tak perlu angkut stroller sebab kita akan naik bas then naik boat from one place to another throughout the entire trip.
4. Dari airport nak ke hotel, naik teksi Vinasun tak payah ambik teksi-teksi lain walaupun anda akan dikejar oleh mereka menawarkan harga yang bagus. Teksi Vinasun pakai meter. Dari airport ke Ben Thanh kami cuma bayar RM26.00 sahaja.
5. Kalau korang jenis yang fussy bab makan, silalah bawa stok makanan banyak-banyak. Saya memang kena standby sebab mak saya bukan jenis yang tangkap muat macam kitorang. Biasalah orang tua-tua :)
6. Memang banyak kedai muslim di bawah kawasan hotel tapi kalau nak jimatkan kos dan makan tanpa was-was apa salahnya bawa stok makanan. Kami bawa ikan bilis goreng sebalang, beras, telur masin siap rebus, nasi goreng Brahim dan lauk-lauk dari Brahim. Bawa lunch box sekali. Untuk Fateh saya bawa kentang dan ubi. Biasanya breakfast saya makan di bilik saja, lunch or dinner baru beli di kedai halal berdekatan hotel. Nasi goreng dari Restoran Amin sedap tak rugi cuba! Berlainan pula dengan pengalaman makan tengahari di Restoran Haji Idris, masakannya tak berapa sedap, rasanya seperti tak berbaloi pula dengan caj 920,000 dong. Not recommended.
7. Untuk tempahan hotel, better buat bayaran secara online semasa di Malaysia untuk elakkan masalah kad tak dapat swipe dsb. In our case sebab masalah bayaran decline, terpaksa guna cash (USD) untuk bayar.
SHOPPING TIPS AND TRICK
1. Setiap malam wajib tawaf pasar malam dia hehe. Jam 12 malam pun masih meriah lagi. Harga barangan yang ditawarkan di Pasar Malam lebih murah dari Pasar Ben Thanh. Kalau pasar 'haram' lagi murah. T-Shirt Hard Rock tiruan boleh didapati dengan harga RM7 sehelai di pasar gelap ini :)
2. Pasar Ben Thanh tutup jam 7 petang.
3. Tukar matawang Vietnamese Dong (VND) siap-siap. Walaupun RM diterima di sana, berbelanja dalam Dong lebih jauh menjimatkan dan murah daripada menggunakan matawang RM terutamanya apabila kita berbelanja di pasar malam, membeli street foods/fruits atau di Pasar Ben Thanh. I wish I read this kinda tips before I went there.
4. Elakkan tawar-menawar kalau tak nak beli. Kalau serius nak beli baru bargain kaw kaw. Tekan sampai dapat!
5. Banyak barang ciplak esp tudung dan telekung. Harga pun banyak range, bergantung pada kualiti.
6. Kalau anda cuma bajet untuk shopping sekitar RM2000, bawalah cash lebih kot-kot terlebih membeli macam kitorang. Rugi pulak nanti kena cas untuk pengeluaran wang menggunakan kad / swipe.
7. Kalau nak membeli, jangan keluarkan duit dulu, tanya dulu. Mak saya kena tarik terus duit yang dia pegang lalu ditukarkan dengan buah. Tak sempat nak tanya-tanya.
8. Kalau nak membeli dalam kuantiti yang banyak/ borong, boleh uruskan untuk pengeposan barangan korang terus dari sana. Biasanya kedai akan terus poskan. Better pos sahaja daripada nak beli luggage banyak-banyak, then risiko nak kena tahan dengan Kastam pulak.
9. Kos
untuk sepasang sut (blazer & pants) di sana memang murah, RM250
siap dalam masa 24 jam. Tapi berhati-hati pilih kedai. Suami saya tempah
sepasang sut di kedai Thu 506 yang terletak di dalam Pasar Ben Thanh. Dealing pada awalnya ok. Kena bayar full RM250
cuma sedikit hanky panky berlaku bila yang dihantar ke hotel cuma
blazer saja tanpa seluar. Esoknya kami hubungi tuan kedai beliau katakan
dah hantar. Rupanya pants dan blazer dihantar ke tailor yang berlainan. Saya tegaskan untuk dapatkan duit semula jika seluar tidak dihantar sebelum jam 3 petang esoknya but they manage to send it. Kualiti jahitan ok cuma cutting blazer sedikit besar, bukan slim fit seperti yang suami saya request pada awalnya. Jadi suggestion saya kalau nak tempah sut di sana, cari kedai yang ambil cuma separuh deposit in case jadi macamni dorang takkan simply lepas tangan. One more better tempah sut pada hari pertama di sana, kalau ada masalah kita masih ada banyak masa untuk deal sebelum pulang ke Malaysia.
GAMBAR-GAMBAR
|
Pasar malam |
|
Teksi Vinasun |
|
When you grow up and see this...remember that you persistently crying when I want to tie your hair.haha |
|
Bukan senang nak pegang duit sejuta....sejuta dong ;p |
|
Seronok ye dik.. :) |
|
Buah-buah kat sana menggiurkan...ciku faveret saya..besar dan manis! |
|
Makan petang di Restoran Hj Idris. Quite pricey and not tasty. Not recommended. |
|
My daughter Sha and her boyfriend.. |
|
Happy with her T-rex. Melayang 40 hengget...penjual tu tengok sha nangis-nangis memang tak bagi kuranglah. |
|
|
Happy girl |
|
|
My heroes
|
Secara keseluruhannya, percutian ini menyeronokkan sebab saya pergi bersama keluarga. Hakikatnya
melawat Ho Chi Minh tidaklah begitu menakutkan sebagaimana yang
digembar gemburkan di dalam Facebook. Semasa membaca info yang dikongsikan di dalam Facebook tentang bandar ini, hampir saja saya rasa nak batalkan trip ini. Betul mereka memang kasar dan tak mesra, persetankan sajalah bab tu. Buat hal kita sendiri. Apapun sentiasa berwaspada dan
berjaga-jaga untuk elakkan kejadian yang tak diingini. Always stay in your group. Bercuti bersama keluarga adalah salah satu dream come true moment untuk saya, terutamanya bila boleh bawa mak ikut sama. Ianya istimewa dan pasti akan sentiasa kekal dalam lipatan memori kami semua :)
|
Nak balik dah...di Saigon Airport |
|
Sampai KLIA..lega sangat.."Hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri..lebih baik negeri sendiri". |
|