Assalamualaikum and hi all, call me Yuyu.
Setelah lama berfikir, nak buat blog ke tak, nak buat ke tak ni? Akhirnya terhasillah jua Pelabuhan Mimpi. Ececeh, macamla siap novel sebijik. No, no saya tidaklah berbakat besar sebegitu. I need this online diary sebab I jenis clumsy - whose mind have the risk of 'clogging' because of thinking of too many things. Itu nak ini nak, itu nak buat ini nak buat so I really need this to clear up my busy mind.
Purpose?
Wedding preparation. We haven't yet decide when is the date - cuma setakat ni, we plan to realise that beautiful moment by next year, insyaAllah : 2013. Meaning, I have at least 1 year to prepare. The exact date will be discussed during my engagement insyaAllah this year. (I refuse to have e-day but his family requested to have it - with due respect, I agree with no hesitation. The main reason why I refuse to have an engagement ceremony is to ease him, I don't want to burden him since we need a lot of money for the wedding. Tapi since Iji okey with it, saya terima.
Dream Wedding?
Fall in love with this dais. Credit to the owner - i found this when googling for dais.
Perkahwinan pada saya ialah ikatan penyatuan yang sangat bermakna untuk kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat. It is more than just a moment to be remembered in our entire life. Instead, it is the beginning of everything - a journey towards happiness now and hereafter. Paling penting, ia adalah sebuah pelayaran untuk sama-sama mencapai cita-cita terbesar kami - menjadikan perkahwinan sebagai platform untuk menuju jannah. InsyaAllah!
Saya tidak mengimpikan wedding yang grand seperti kebanyakan majlis perkahwinan hari ini, cukuplah sekadar memuaskan hati saya. Bercakap soal kawen, memang saya juga punya banyak impian yang muluk-muluk untuk direalisasikan, tetapi saya akan cuba minimakan semuanya sebaik mungkin. Saya nak buat majlis sesederhana mugkin untuk mencapai barakah daripada perkahwinan itu. Duit pun bukannya banyak, kena lah berjimat cermat kerana hidup selepas berkahwin adalah lebih penting untuk difikirkan.
Sederhana - tidak bermaksud membelakangkan adat kerana hati orang tua yang selalunya cintakan adat mesti di jaga jua. Cuma adat yang bertentangan dengan agama, akan cuba jauhi. Contohnya, Iji dah pesan awal-awal since bertahun dulu, mekap untuk kahwin diizinkan cuma saya ditegah daripada mencukur bulu kening sekalipun ia momen sekali seumur hidup, jangan kerana perkahwinan kita merosakkan prinsip yang selama ini dijaga. Tiada juga elemen tari menari, karaoke atau lagu-lagu berkumandang sewaktu majlis berlangsung.
Jika diizinkan, saya nak panggil ustaz untuk buat kuliyyah ringkas supaya seluruh keluarga dan jemputan mendapat pahala dan rahmat ALLAH ketika menghadiri majlis saya. Pendek kata, saya akan cuba untuk menjauhi sebarang elemen maksiat pada hari tersebut, kerana ia merupakan detik permulaan yang menyatukan saya dan dia, maka saya impikan hari itu penuh barakah dariNya...bukan langkah pertama yang disusuli permulaan yang tidak baik. InsyaAllah saya juga punyai impian untuk meneruskan cara mengasingkan tempat makan lelaki dan perempuan sewaktu walimah.

Jika kawan2 semua membayangkan saya wanita bertudung labuh atau berniqab kerana gambaran majlis di atas, itu bukan saya...masyaAllah diri ini tidak mempunyai kekuatan sebegitu untuk melakukan semua itu. Saya wanita biasa seperti kebanyakan b2b lain. Masih berusaha untuk menutup aurat dalam erti kata sebenar (yang bukan sekadar bertudung).
Saya wanita biasa yang mengimpikan untuk menjadi/kelihatan seperti seorang puteri pada hari perkahwinan saya...saya B2B macam korang semua jugak - yes i will talk about the preps as you all do, from the top to toe - the veil, DIY things, the suit, the colours, the dais, doorgift etc. I have my very own dream wedding to be realised....like every girls do. Cuma dalam tempoh ini, saya cuba untuk mendidik nafsu dan diri supaya lebih bersederhana daripada gambaran perkahwinan yang telah lama diset-kan dalam kotak imaginasi sekarang. Nak bercantik tapi tidak mahu melanggar syariat, itu bukan senang! Sememangnya, hanya hati yang dihuni iman yang jitu boleh menolak segala yang indah2 di dunia.

Perasaan: Excited vs Takut
Gambaran yang saya berikan harapnya tidak disalah tafsir. Saya cuma mencuba untuk highlight kan part-part yang selalunya kebanyakan orang terlepas pandang..perkara yang selalu dibuat dalam masyarakat kita sewaktu majlis perkahwinan berlangsung sedangkan ia kurang/tidak elok. Mesej ini ialah PERINGATAN PENTING BUAT DIRI SAYA supaya tidak tenggelem dalam excitement untuk wedding preps sehingga terlupa tentang hakikat sebenar sebuah perkahwinan yang tentunya bukan sekadar persiapan fizikal untuk kesempurnaan hari bahagia tersebut malah lebih dari itu.
Pada saya, ia melibatkan persediaan diri secara keseluruhan, terutamanya dari aspek kerohanian. Jauh di sudut hati, saya selalu rasa sangat takut untuk berkahwin, saya takut tidak berjaya untuk menjadi sayap kanan yang baik kepada bakal suami. Saya takut tidak dapat menjadi isteri yang penuh taat dan solehah, yang mengagung dan meletakkan seorang suami pada satu kedudukan yang mulia dan terhormat. Takut sebenarnya....tetapi saya tidak mampu melawan fitrah kejadian kita yang ingin hidup berpasang-pasangan, ingin memiliki zuriat sendiri..sekaligus..menjauhkan diri daripada kemaksiatan.
Untuk itu, saya mesti persiapkan diri dengan ilmu-ilmu rumahtangga secukupnya sebelum melangkah ke alam itu...saya perlu jelas tentang hak, tanggungjawab dan kedudukan seorang suami di sisi isteri dan sebaliknya. Saya mesti jelas bagaimana untuk menjadi penghibur, penyeri dan penyejuk mata buat suami dan keluarga bila menjadi seorang suri kelak. Saya mesti jelas tentang ilmu-ilmu fardhu ain yang tidak pernah saya ambil berat sebelum ini (kerana tidak melibatkan diri saya) seperti persoalan berkenaan nifas etc dan juga soal pengurusan kewangan. Saya mesti belajar banyak perkara!

Kongsilmu: Keutamaan majlis yang sederhana
Rasulullah saw menggalakkan umatnya mengadakan kenduri atau majlis perkahwinan apabila sesuatu pernikahan itu selesai bagi tujuan menghebahkan dan mengisytiharkan perkahwinan itu kepada orang ramai. Majlis tersebut hendaklah bersifat sederhana dan bukan bertujuan menunjuk-nunjuk kemewahan kepada orang ramai.
Hal ini diceritakan sendiri oleh para sahabat yang menghadiri perkahwinan Rasulullah saw dengan Zainab binti Jahsyi, di mana baginda saw menjemput masyarakat Madinah dan menjamu mereka dengan makanan dan minuman sempena perkahwinan baginda. Begitu juga apabila baginda saw mendengar sahabat baginda yang bernama Abdul Rahman bin Auf melansungkan perkahwinan, terus baginda meminta Abdul Rahman mengadakan walimah atau kenduri kahwin walaupun dengan hanya seekor kambing.

Justeru, perkahwinan masyarakat Melayu hari ini yang sanggup berbelanja berlebih-lebihan dan sanggup berhutang piutang demi merealisasikan sebuah perkahwinan mewah adalah tidak digalakkan dalam Islam. Perkahwinan yang bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk bukanlah satu ibadah dan bukan juga adat orang Melayu.
Perkahwinan itu dikira ibadah apabila ia menunaikan tuntutan yang wajib dan melakukan kenduri dan majlis perkahwinan kerana memenuhi tuntutan syariah dengan mengambil kira kemampuan dan niat yang ikhlas kepada Allah swt tanpa ada unsur-unsur menunjuk-nunjuk dan bermewah-mewah yang berlebihan.
SUMBER:http://www.wanitaisma.net/biacara-ketua-wanita/bahasa-malaysia/111-perkahwinan-dalam-islam.html
Kalam Hikmah
Perkahwinan adalah laluan pintas yang membawa kamu kepada dua tempat dan kamulah yang berhak memilih ke mana destinasimu.. jannah atau naar.
Ok lah setakat ni dulu, nanti ada masa yuyu update lagi ye.
Salam.
(^_^)
* Image: Courtesy of Google.