Thursday, March 19, 2015

TRAVELOGUE: Jalan-jalan ke Wang Kelian / Satun, Thailand.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alkisahnya dah lama pegi sini, untuk kali kedua tapi tak berkesempatan pula nak update blog. Duduk kat Peghlih ni, memang tak banyak tempat yang boleh dilawati...selain femes dengan Padang Besar, Wang Kelian adalah antara tempat menarik yang boleh korang singgah kalau datang sini. Wang kelian ni sempadan antara Perlis dan Satun, Thailand.

pintu masuk

Pastikan korang spare hujung minggu iaitu HARI AHAD untuk mai sini sebab hari ni memang dikhaskan untuk rakyat Msia dan Thai nak menyeberang negara masing-masing tanpa perlu ada border pass/ passport. Main attraction kat Wang Kelian ni cuma pasar tani yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan, mungkin harga kat sini agak murah kot sebab tu ramai suka datang...

Tipsnya kalau nak mai sini, pastikan datang pagi-pagi sebab cuaca bila dah mentari naik tu...tersangatlah panas. Tak tahan! Bawaklah mak nenek topi ke ape untuk korang tahan terik mentari masa nak membeli belah...kedai sini takde aircond ye...silalah bersiap dengan payung ke ape...kalau kulit kayu, tahan panas...boleh terus redah je. hehehe.

Rasanya korang nak tengok gambar je kan? Ni antara barangan yang korang boleh beli kat sana....selamat mengusha ye! 





















Daa...kami beli tilam...letak depan tv...









Gyeongbokgung Palace - Day 5