Wednesday, March 2, 2016

TRAVELOGUE ARISSA SOFEA: CAMERON HIGHLANDS YANG SUPER SEJUK!

Bismillahirrahmanirrahim



Sabtu yang lepas 27-28 Feb, kami ke Cameron Highlands. Salah satu tempat pilihan untuk family short gateway yang tak pernah kami jemu untuk jejaki. Masuk yang ni dah enam kali menjejak Tanah Tinggi Cameron, masih juga tak jemu hihi. Kami suka cuacanya yang dingin dan sejuk, buminya nan menghijau menjemput rasa tenang dan segar! Selain tu kami suka enjoy food di sana yang best-best dan segar seperti ubi rebus madu, jagung rebus, brokoli celup tepung…strawberi coklat…ahh macam-macam lagi…yang jika dijual di tempat lain, pasti tak sama dengan rasanya di CH.



Our happy smiling baby..

Bertolak jam 9 pagi dari Kangar, membelah kesunyian dan kesejukan pagi menuju ke CH. Bezanya kali ini kami bertiga, dulu berdua. Kami book hotel Strawberry Park Resort untuk semalaman. Last minute booking a day before travelling...beli kupon kt Groupon jimat juga dalam RM100 berbanding harga hotel di websites. Rezeki namanya. Sebelum ni asyik stay di Corpthorne saja, kali ni nak cuba menginap di hotel lain pula. Tempah hotel pun last minute hari Jumaat…nasib baik masih ada bilik kosong.

Tioga Deluxe Suite, Strawberry Park Resort. Hasben happy gila gambar dia tangkap yang ni cun. Gaya pic magazine katanya ;p

Double celebration birthday ibu...remark dekat hotel masa nak booking...hotel pun bagi Angsa atas katil...sweet ke idok? haha

Masa perjalanan ke sana, hujan renyai-renyai. CH yang sedia sejuk makinlah bertambah sejuk! Untuk bawa baby pertama kali ke tempat sejuk begini, wajib bawak sweater atau pakaian sejuk. Persiapan bukan main rapi lagi ibu buat untuk anak tersayang, ibu bawa 3 sweaters untuk Arissa hinggakan ibu dan abahnya langsung lupa nak bawa sweater dan stokin sendiri. Dah ‘tua’..pandai-pandailah sendiri kalau sejuk. Yang pentingnya kena pastikan baby tak terlalu sejuk dengan cuaca yang begitu dingin untuk elakkan demam atau selesema.


Anak ibu jadi model tuala cap dua angsa hehe...


Strawberry Park Resort terletak jauh di atas bukit, huuuuu makin bertambah-tambah lah kesejukannya…nak pijak lantai di bilik pun melompat-lompat sebab terlalu sejuk! Tapi best! Hasben saya cakap ni antara hotel paling best kami pernah menginap. Mula-mula sampai, snap dulu pic sebelum bilik berkecah...hihi


Welcoming fruits...di balkoni hotel. Kami dapat bilik yang paling privacy, paling hujung dan mengadap bukit menghijau....so nak duduk di balkoni tak perlu pakaian bertutup...tapiiii awasss...sejuk gila!

Clingy papa...hehe

Ibu pun nak bergambar juga

Our one night stay di Strawberry Park Resort sangat memuaskan hati...bilik sangat spacious. Bersih. Plus point that win our heart is....this hotel is kind enough to provide two units of extra blankets (khas untuk hilangkan sejuk) in the room wardrobe...selamat kami tido malam tu dengan penuh nyenyak..kalau tak, walaupun ada comforter kapas yang super selesa tu..masih tak dapat nak hilangkan kesejukan...seronok bila arissa tido lena je...

Dari luar bilik..arissa tengah pk ape tu?

Breakfast time...banquet penuh so they will ask you to wait a lil while to be seated...


Bergambar di luar kawasan lobi hotel..arissa dh Zzzzz


my treasures..


May this family grew bigger and happier. Aminnn:)

Selepas sarapan...kami terus check out dan teruskan kembara CH. No specific places to visit pun..since dah berkali-kali datang sini dan semua tempat pun dah pernah pergi (except for 3D museum)..dalam perjalanan balik dari Strawberry Park Resort...kami nampak ada satu hotel baru yang agak menarik namanya The Smurfs Inn. Nanti bolehla cuba jika nak datang lagi..

Pasar Malam Brinchang..beli sayur ubi jagung..dan makan malam. Arissa didukungan abah sampai lena..selimut berlapis-lapis hehe..


Hari kedua, kami mengembara ke Ladang Teh dan singgah sekali lagi di Kea Farm. Tak bercadang nak melawat tempat2 lain sebab dah banyak kali pergi...lagipun kesian dekat anak...singgah pun sekejap-sekejap je sebab nak bertolak balik Kangar semula..esok kerja. 



Bergambar dulu sebelum check-out




Abah's girlfriend


Our cheeky baby


Jam 2 petang kami bertolak pulang ke Kangar. It's a great weekend to us three..semoga berjumpa lagi bumi CH.



P/S: Masih berhutang entry pengalaman bersalinkan Nur Arissa Sofea...it's a thrilling happy experience that I need to jot here...kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila...

ON FEBRUARY 23rd, 2016

Bismillahirrahmanirrahim

Februari menjelma. Sedari Januari, sang arjuna tercinta mesti akan berulang-ulang sebut tentang HARI KELAHIRAN saya hinggalah Februari tiba. Tahun ni kita nak celebrate kat mana? Nak hadiah apa? Nak pergi mana? Dia tak pernah lupa. Dan saban tahun dia pasti menjadi insan paling teruja welcoming February....aku sendiri pun tak teruja seperti dia. Aku rasa sangat dihargai...tq husband.

Tahun ni sang arjuna plan surprise lagi...and he nailed it. Aku selalu tak dapat nak hidu plan dia...3 of her colleagues came to my office during lunch hour and bring those cupcakes, present from le hubsy dan juga 3 kuntum ros...you're so sweet husband. Please stay as sweet as you're forever...



Post ini adalah post penghargaan buatmu.
Untuk kenangan hari tua kita, jika panjang umur.

Thank you for your love. I love you.

Tuesday, February 23, 2016

SUSU DROP TERUK & BABY REFUSE DIRECT FEEDING. IT’S NOT THE END OF THE WORLD. KEEP CALM & LET’S READ.

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan ini saya nak umumkan saya dah jadi ibu beranak satu kepada sorang baby perempuan Nur Arissa Sofea binti Norhafizi. hehe.

THIS LITTLE GIRL KEEPS ME GOING....

Maaf ya tengok la betapa lamanya saya tak update blog daripada preparation kawen tup tup terus ada anak dan sekarang up topik mak mak sangattt! hehehe....boleh tak saya gunakan "anak" sebagai alasan kenapa lama tak update. aci la kan? hehehe. Saya syok nak kongsi pengalaman ni sebab nak bantu ibu-bu lain yang mungkin akan, sedang atau pernah alami keadaan seperti saya.  Ok takmau bebel lagi panjang2... Jom baca.


Ini adalah perkongsian pengalaman saya sendiri.

AZAM UNTUK MENYUSU PENUH

Bermula dari hari kelahiran 30 Sept 2015 sehingga baby berusia 3 bulan, saya memberi susu ibu secara penuh melalui botol dan diselang selikan juga dengan penyusuan terus atau direct feeding (“df”). Alhamdulillah syukur direzekikan susu yang cukup untuk anak. Menjadi seorang ibu bermakna menyediakan diri untuk menghadapi cabaran demi cabaran dalam membesarkan anak mengikut acuan dan cara pilihan kita. Sedari dulu saya memang berazam untuk memberi susu badan penuh kepada baby jika diizinkan Allah sehingga baby berumur 2 tahun.

BABY MENOLAK DF

Langit tidak selalunya cerah, adakalanya hujan di tengahari. Bermula cabaran pada saya apabila baby mula menolak df selepas minggu-minggu awal saya hantar baby ke rumah pengasuh/babysitter (“bs”). Berdasarkan pembacaan, saya dapati baby saya mungkin sedang "keliru puting" atau “nipple confuse”. Saat ini saya masih tidak nampak masalah yang akan saya hadapi seandainya baby keep on refusing df kerana waktu ini saya langsung tidak mengalami masalah supply. Susu masih meriah seperti biasa dan stok juga sentiasa banyak dan mencukupi (adakalanya berlebihan ) untuk memenuhi keperluan baby.


MENJADI EP-MOM

Setelah hampir 2 bulan menjadi epmom (exclusive pumping mom), saya tidak mengalami masalah supply susu sehinggalah pada awal Februari yang lalu saya ditugaskan outstation selama seminggu. Waktu kerja dan kursus yang padat menyebabkan jadual pam saya mula berterabur. Seminggu selepas itu, saya demam pula lima hari. Susu mula merudum sedikit demi sedikit. Masa ni baby saya juga demam jadi demand baby berkurang. Saya belum rasa cuak sebab stok masih mencukupi. Kemudian bila baby mulai sihat dari demam, demand baby bertambah-tambah daripada biasa. Sehari baby saya demand sehingga 24 oz. Saya fikir mungkin baby saya sedang mengalami growth spurt.

SUSU MULAI DROP

Saya rasa tertekan, cemas dan sangat down bila hasil pam tak seberapa. Kali pertama saya pam cuma dapat 2oz saja. Sedih tak dapat diceritakan. Saya mula sesali kecuaian saya mematuhi jadual pam telah menyebabkan susu drop mendadak. Anak sayalah yang terpaksa terima hukumannya. Bayangkanlah betapa cuaknya saya bila stok susu saya ibarat kais pagi makan pagi. Selesai pam terus habis, pam terus licin. So mana stok yang saya nak bawa ke rumah pengasuh? Waktu ni saya rasa bersalah takut anak lapar, tapi saya terus beri apa yang ada dan doa supaya Allah kenyangkan anak saya dgn susu yang tidak seberapa. Saya perlu hasilkan sekurang-kurangnya 24oz sehari sebab permintaan daripada baby juga tinggi. Alhamdulillah pada saat genting begitu saya keep on pumping dan masih bertahan tak campur susu (sekali kali jangan set dlm kepala boleh bagi formula milk “fm” untuk topup). Disebabkan stok tidak mencukupi, saya akan ke rumah pengasuh waktu tengahari untuk topup susu untuk sebelah petang. Saya minta tolong pengasuh berjimat cermat, pastikan baby habiskan setiap titis yang ada. Huhu.


MENCARI JALAN PENYELESAIAN 

Sebelum ini susu saya sangat meriah hingga adakalanya berlebihan tapi kini saya menjadi “pengemis susu”. Setiap titis dirasakan teramatlah berharga. Saya mula bekerja keras untuk tingkatkan semula supply susu. Saya gali dan cari ilmu, saya berkongsi masalah dengan support group. I look for solutions. Saya ubah cara pemakanan saya serta merta. Saya perhatikan setiap apa yang masuk di dalam perut saya. Apa yang saya makan, itulah dia makanan baby saya.



UBAH CARA PEMAKANAN



Saya mula mengamalkan pemakanan sihat yang boleh meningkatkan production dan kualiti susu (saya tak yakin dan tidak berminat dengan sebarang supplement/milk boosters. The key success in bf is supply vs demand). Setiap hari saya ambil oat dicampur dengan susu segar, saya kerapkan minum air suam (bukan air kosong sejuk) sebelum dan selepas setiap sesi pam, sarapan air barli, horlick, kurma jadikan sebagai snack, makan sedikit tapi kerap, lebihkan pengambilan protein & sayur serta saya mula puasa ais & puasa minuman berkafein. Korban untuk anak.


DISIPLIN PAM SECARA KONSISTEN

PALING PENTING saya jaga jadual pam secara berdisiplin pam setiap 3 jam dan buat power pumping (boleh google je untuk ketahui caranya) sekurang-kurangnya 2 kali sehari termasuk jam 3am-4am. Jika perlu buat jadual pam khas yang sesuai dengan waktu bekerja kita. Sebaiknya guna pam double. Untuk ibu baru terutamanya yang bekerja, jika berkemampuan investlah beli pam yang bagus. Ia adalah pelaburan yang sangat2 berbaloi yang boleh membantu memudahkan kembara penyusuan kita.

DOA ITU SENJATANYA


Selain itu, mesti doa & minta sungguh2 pada Allah supaya perbanyakkan/cukupkan susu & mudahkan perjalanan saya menyusui anak dgn susu badan sepenuhnya. Amalkan solat dhuha waktu siang, solat taubat dan tahajjud di sebelah malam sebelum memulakan sesi mengepam pada jam 3am. Amalkan juga doa untuk permudahkan urusan. Hembuskan ayat pelembut hati di ubun-ubun anak (surah toha 1-5) Sambil pam boleh juga baca surah al-hujurat. Kuncinya sentiasa positifkan diri usaha jangan jemu doa doa doa dan minta pada Dia Maha Pemberi Rezeki.


HASIL YANG MEMUASKAN

Alhamdulillah setelah 3 hari mengamalkannya susu saya semakin banyak dan banyak walaupun bukan meningkat secara mendadak. Sekurang-kurangnya rasa tertekan mulai reda sedikit demi sedikit. Saya rasa lega sangat-sangat dan rasa semakin bersemangat untuk teruskan penyusuan.  Motivasi saya yang paling kuat ialah apabila melihat anak membesar happy and healthy hanya meminum susu ibu. Rasa kepuasan.


BERUSAHA UNTUK KEMBALI DF

Saya akui bukan mudah menjadi epmom. Silap skip pam susu akan mula merudum...jadi kini saya sedang berusaha kembali untuk pujuk baby supaya df semula. Mulanya saya rasa mustahil sebab dah lama juga saya stop df. Saya baru bertatih memulakan kaedah skin to skin & beberapa teknik lain yang saya baca (boleh google je) untuk pujuk baby. Saya akui saya juga tak kuat bila tengok baby nangis tapi saya fikir kena cuba juga untuk kebaikan baby. Cuba dan cuba alhamdulillah saya berjaya juga df baby walau 10 minit cuma. Saya cuba setiap hari dan pastikan baby df juga walaupun sekali. Berkali kali juga dia tolak dan menangis tapi saya cuba pujuk lagi. Ia seolah-olah memberi sinar harapan baru pd saya setelah lebih kurang 2 bulan baby menolak df (silap saya juga tak cuba macam2 teknik bila baby mula refuse df pada awal2 dulu). Jika perlu, boleh minta cuti rehat untuk luangkan lebih banyak masa skin to skin dengan baby. Another interesting fact is after df saya pam 20 minit kemudian susu semakin banyak dari biasa (benar kan stimulation baby berbeza daripada suction pam).


KUATKAN MENTAL, KUKUHKAN ILMU KEIBUBAPAAN DAN SAMA-SAMA BERI SOKONGAN

Kepada ibu-ibu yang mengalami situasi seperti saya, jangan terus putus asa ya cuba usaha dulu. Pertolongan Allah itu sangat dekat. Elakkan stress, cuba libatkan diri dgn support group, kongsi dan bincang masalah penyusuan when you feel like quitting or giving up dan dapatkan sokongan org sekeliling terutamanya suami (my highest appreciation to my backbone tq so much husband for your never ending support) untuk sentiasa positifkan diri. Menjadi epmom dan career woman bukan penghalang untuk kita penuhi hak anak. Tenung wajah anak lihat betapa dia sihat gembira dan ceria dengan khasiat susu ibu, berazamlah setiap hari untuk terus menyusui. Tanpa motivasi & sokongan kita akan mudah tersungkur.

Benar langit tidak selalunya cerah, kadangkala hujan di tengahari. Namun selepas hujan, muncullah pelangi nan indah. Ingatlah bahawa untuk menjayakan penyusuan penuh kita bukan hanya perlu susu yang melimpah tetapi ILMU YANG CUKUP untuk bersedia dalam apa jua keadaan.

Sekian sampai di sini. Saya harap perkongsian saya yang tak seberapa ni dapat memberi motivasi kpd epmom yang lain. Keep on putting effort never give up & doa. Salam susu ibu n happy pumping! Robbi yassir wala tu'assir.

IBU ARISSA
24 Feb 2016

"The only inner-strength that can drive you making things you think impossible become POSSIBLE & even EASY.

What is it?

It's MOTHER's LOVE"

Gyeongbokgung Palace - Day 5