Monday, July 23, 2018

Weekend Roadtrip to Thailand [Satun - Hatyai - Songkhla - Danok]


Bismillahirrahmanirrahim

Hampir lima tahun menetap di Perlis, tidak pernah sekali aku jejakkan kaki ke bumi Thailand dari negeri ini. Setelah perancangan last minute dibuat, suami setuju untuk mengikut kawan-kawan office buat roadtrip ke Pak Bara, Satun. Sebut saja berjalan...i onz ja haha! Sehari sebelum bertolak, aku menempah tempat penginapan di area Pak Bara untuk 4 famili. Niat di hati nak bawa anak main pasir, main laut dan makan di pantai. Swimsuits all packed. Punyelah excited anak dara kami. "Tak sabarnya Arissa nak main pantai" adalah mantra yang dia duk berzikir sepanjang perjalanan kami :)

Beratur untuk pemeriksaan passport
All done hey hoo let's go!


KE SATUN

Sekitar jam 9 pagi kami berkumpul di Wang Kelian untuk keluar melalui pintu tersebut memandangkan ia adalah pintu sempadan yang paling dekat dengan Satun. Selesai urusan pemeriksaaan passport dan declaration masuk kereta, kami berhenti makan pagi di gerai makan di Wang Kelian. Sepanjang perjalanan aku cukup teruja melihat banyak gerai buah-buahan tempatan di tepi jalan seperti manggis, durian, cempedak, langsat/duku dan rambutan…they are all my favourite fruits! Niat di hati untuk beli bawa balik dalam perjalanan pulang nanti.


PAK BARA  

Perjalanan ke Pak Bara mengambil masa kurang 45 minit sahaja. Sesampainya di Pak Bara, kami berhenti seketika di Pak Bara Viewpoint untuk melihat pantainya dan merakam gambar kenangan walaupun panas terik. Gigih tau playing tourist! Air lautnya seakan berselut dan tidak jernih dan ombaknya kuat memandangkan musim ini adalah musim hujan di Thailand. Niat untuk bermain dan mandi pantai dibatalkan. Frust.


No matter how hot the weather is, bebudak ni hepi aje memanjang..
Tiada istilah "bosan" dalam kamus hidup seorang kanak-kanak. Everyday they learn new things.

They always know what to do and how to enjoy themselves. 
There's a lot to learn and experience before they grow up...


Selepas itu, kami terus bergerak ke perkampungan Thung Bu Lang yang terkenal dengan tarikan pelancong ke taman bunga mataharinya. Jaraknya lebih kurang 30 minit dari Pantai Pak Bara. Malang juga nasib kami apabila sampai di sana, pokok bunga matahari cuma tinggal daun sahaja. Menurut orang tempatan di situ, bunga matahari telah mati kerana ia telah melepasi musimnya. Tak dapatlah fefeling Dilwale...sobsss!

Tasiknya bersih dan cantik
Di hadapan muka pintu gua ini ditempatkan patung-patung buddha
Anak-anak....give them your time, they give will you back their sweetest smile. 

Hero hero ibu sayang
Bincang jangan tak bincang...

Memandangkan tiada apa-apa aktiviti menarik yang boleh dibuat di Satun, kami berkira-kira samada untuk terus stay di situ atau menuju ke tempat lain pula. Setelah berbincang, semua bersetuju untuk ke Hatyai dan bermalam di situ. Fuh barulah aku rasa semangat sikit. Kalau tak, krik krik je tau. Sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, kami berhenti makan di sebuah gerai makan muslim di perkampungan itu. Punyelah mencabar nak order sebab peniaga di situ tak boleh berbahasa melayu atau Bahasa Inggeris. Nasib baik kawan suami, Su, tahu berbahasa Thailand. Kalau tak, cirit kami nak pesan makanan.

Lunch keteow sup
Nasi lupa nama
Sementara tu anak2 layan naik buai
KE HATYAI

Perjalanan ke Hatyai pula mengambil masa lebih kurang 2 jam..since kami convoy 4 kereta so bawak slow and relax sajo. Sampai di Hatyai jam 3 petang, kami bermalam di Regency Hotel dengan rate bilik RM110 semalaman. Hotel kebanyakannya penuh so we just walked in.


Selesai mandi dan solat, jam 7 petang kami menaiki Tuk Tuk menuju ke Klonghae Floating Market. Kos pergi dan balik menaiki Tuk Tuk ialah RM60 untuk satu teksi…termasuk tempoh menunggu sejam setengah. Jarak dari hotel ke Floating Market mengambil masa lebih kurang 10-15 minit sahaja. Teruja naik Tuk Tuk ramai-ramai…anak-anak pun seronok Arissa siap nyanyi lagu Wheels on the Bus…maybe she’d mistaken the taxi for a bus…hehe…


Tuk Tuk...we are going to Klonghae Floating Market
Klonghae Floating Market.  
Picture captured using iPhone courtesy of dearest hubsbaby, coz he knows that I'm gonna blogged this :)
Yang tak semenggah ni gambar aku ambik...sambil dukung anak biasalah ye (alasan :))
My precious Bijan in my cuddle...

Di Klonghae Floating Market pula…aktiviti tumpuan ialah membeli belah & makan-makan. Bagi aku, lebih kepada nak makan-makanlah sebab takde apa sangat yang menarik kalau nak shopping. Boleh dikatakan 70% pelawat di market ini ialah orang Malaysia…tengok cara penampilan dan wajah orang kita dah boleh cam. Di sini kami sempatlah membeli cenderahati untuk dibawa pulang kepada jiran-jiran…jam 9 malam kami pulang ke hotel dan rehat.
           

AHAD, 22 JULAI 2018

Keesokan harinya, kami check out jam 8 pagi dan terus breakfast di Restoran Hamid berdekatan hotel. Agak mahal juga sarapan di situ..total damage is RM25 untuk set nasi lemak (nasi, buah tembikai, air oren, air teh), telur separuh masak dan satu set roti kaya. Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Chang Puak Elephant Complex yang terletak tidak jauh dari pekan Hatyai. Di sini, tiada fi kemasukan dikenakan. Pelawat-pelawat boleh melihat gajah, bergambar dengan gajah (100 baht), menaiki gajah dan elephant feeding (sebakul pisang dikenakan caj 100 baht)

Hot and sweaty...can barely open our eyes
You can take photo with them for 100 baht..
My treasures
Elephant feeding..
Our little family

Mama's team. Su our Siamese friend cum translator is not in the photo...



JOM KE SONGKHLA PULA


Jam lebih kurang 11 pagi kami menuju pula ke Songkhla untuk membawa anak-anak berjalan-jalan di zoo. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 30 minit juga. Caj masuk untuk seorang dewasa ialah 150 baht dan caj masuk kereta ialah 50 baht. Total damage untuk kami sefamili ialah 350 baht. Apapun peliklah juga sebab caj disini tidak standardised sebab kami semua dicaj berlainan harga. Antara aktiviti yang menarik di sini ialah melihat penguin show (caj berasingan 20 baht seorang), hippo feeding (20 baht sebakul banana), tiger feeding dan lain-lain. Masa kami pergi ni dah tengahari jadi kebanyakan haiwan sudah lemau dan malas. Kenyang agaknye. Haha. Jadi kalau nak pergi zoo disarankan pergi waktu awal pagi. Apapun melihat keseronokan dan keterujaan anak-anak itulah yang paling menggembirakan aku. Kalau harapkan aku, aku bukanlah minat sangat dengan flora dan fauna nih...hehe. Kami pusing-pusing di zoo ini lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum bertolak pulang.

My baby daughter
With Qaseh & Zara. Sha is good at making friends, i think she really likes the idea of group travelling.. ;)
Tiger Feeding show at 12.30pm

SAMILA BEACH

Alang-alang sudah berada di area Songkhla, kami terus lajak ke Samila Beach untuk rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan balik. Pantai ini meriah dengan orang tempatan dan pelancong dari Malaysia datang bersantai dan berkelah. Kami berhenti sekejap saja melepaskan lelah, mandikan anak-anak dan makan aiskrim kelapa yang sedap! Kalau datang sini mesti cuba tau (35 baht)! Rasanya lemak berkrim, dan ada roti dan pulut sekali dalam tu. Orang Thailand ni cukup pandai merekacipta makanan yang sedap-sedap kan?

Delicious ice cream for 350 baht - a must try!
DANOK / SADAO

Setelah lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan, kami tiba di Danok. Sebelum itu kami singgah sebentar di Tesco Lotus yang terletak berhampiran pekan Danok untuk menunaikan solat jama’ takhir. Kami makan tengahari di geran berhadapan Hotel Vista Danok. Aku dan suami order tomyam ayam, sup tulang, telur dadar, daging bakar, jus epal, air kepala dan nasi putih kesemuanya cuma 400 baht. Sup tulangnya amat lazat kena dengan selera aku.

Daging bakar

Rugi tidak mencuba masakan Thai jika sudah datang di sini...
Selepas makan tengahari merangkap makan petang, kami menuju ke Asian Cultural Village sebagai destinasi terakhir. Kawasan di sini luas rupanya, aku ingatkan cuma ada Dinasour Park sahaja rupa-rupanya ada banyaaak lagi kawasan tarikan lain. Untuk masuk sini tak perlu bayar kecuali untuk melawat park yang berbayar di dalamnya barulah perlu beli tiket. 

Final place of attraction to visit...let's go!

Tiket masuk ke Dinasour Park untuk foreigner ialah 350 baht untuk seorang dewasa dan kanak kanak yang berketinggian 100 meter ke bawah boleh masuk secara percuma (arissa lepas! haha) Pada tiket tersebut terdapat 6 tiket masuk ke dalam park-park lain yang terdapat di kawasan tersebut. Aku dah gunakan tiket ke Dinasour Park jadi masih ada lagi 5 tiket ke park lain yang belum digunakan. Tiket sah untuk digunakan sehingga Disember 2018. Jadi lepas ni kenalah pergi lagi ye? Brilliant move!

Dari luar Dinasour Park...I did'nt manage to capture a single photo in the park as my phone storage is already FULL. :(

Arissa pada mulanya takut melihat Dinasour yang besar gedabak dengan bunyinya yang real tu….arissa menangis nak keluar tapi aku pujuk dukung dan explain pada dia bahawa dinasour tu cumalah patung mainan barulah lepas tu dia boleh enjoy. Fuh lega kalau tak melayang duit mak nak oi. Dah keluar tak boleh masuk balik tau. I am quite surprised arissa takut dinasour sebab she is a fan of dino…tapi bila tengok yang besar camtu dia takut pulak ye. Hehe. Apapun aku yang dewasa ni pun lari bertempiaran bila ada mascot dino mengejar kami. Adoi….real bak hang! Tak banyak gambar dirakam disini sebab memori fon dah penuh…apapun aku buat live kat fb (bajet retis tak?) untuk memori anak-anak tengok masa depan. Aydan Fateh & abahnya tunggu di luar saja. Nanti Fateh dah besar ibu bawak Fateh masuk ya?

Tak sempat melawat semua tempat sebab dah penat dan lewat...balik dulu nanti datang lagi! :)


Total damage for the whole trip: RM600.00
What do we get in return? : new experience, bonding and happiness ;)

APA YANG ANDA PERLU TAHU/ GOOD TO KNOW:


  • Sejak kejatuhan RM, Ringgit dah tak laku untuk digunapakai di Thailand. Kalau ambil pun, mereka akan caj harga tinggi. So, better tukar duit siap-siap.
  •  Imigresen Thailand masih mengamalkan cas bawah meja. RM4 / 40 baht untuk 4 passengers. Pergi dan balik kami kena bayar. Cuma bezanya masa balik resit dikeluarkan.
  •  Hotel Regency is very poor, berhabuk not well maintained. Paling best, IRON tak disediakan ye. Not even on request. So if you ask me, this hotel is not recommended at all. I am very fussy at choosing place of stay…tapi sebab hari tu cuma walk in and we are travelling in a group, takde banyak pilihan dah…duduk je situ. Hence it is always good to make a quick reading, research and plan our trip ahead.
  •  Hotel di sini kebanyakannya akan simpan passport kita dan beri resit. Masa check out baru boleh ambil balik passport (One passport per room
  •   Rate tukaran wang di Kuala Perlis pada 20 Julai 2018 ialah 8.10 manakala rate tukaran di Hatyai pada 22 Julai 2018 ialah 8.16 – slightly higher. Jadi kalau teragak-agak nak tukar berapa its ok just bring your RM and exchange later in case you need extra baht
  • Masa paling sesuai untuk melawat Asian Cultural Village ialah waktu malam...sebab kawasan ni dipenuhi dengan lampu warna-warni...lagipun tak panas kalau berjalan waktu malam.
  • Having a friend who can converse in Thai language is a huge bonus! Orang Thailand kebanyakannya tak mahir berbahasa Inggeris atau bahasa Melayu terutamanya di luar kawasan Hatyai.

      So..that is all for this roadtrip...
    Till our next trip...
     Semoga perkongsian ini bermanfaat :)


Gyeongbokgung Palace - Day 5