Bismillahirrahmanirrahim
Hampir
lima tahun menetap di Perlis, tidak pernah sekali aku jejakkan kaki ke bumi
Thailand dari negeri ini. Setelah perancangan last minute
dibuat, suami setuju untuk mengikut kawan-kawan office buat roadtrip ke Pak Bara, Satun. Sebut saja berjalan...i onz ja haha! Sehari sebelum bertolak, aku
menempah tempat penginapan di area Pak
Bara untuk 4 famili. Niat di hati nak bawa anak main pasir, main laut dan makan
di pantai. Swimsuits all packed. Punyelah
excited anak dara kami. "Tak sabarnya Arissa nak main pantai" adalah mantra yang dia duk berzikir sepanjang perjalanan kami :)
|
Beratur untuk pemeriksaan passport |
|
All done hey hoo let's go! |
KE SATUN
Sekitar
jam 9 pagi kami berkumpul di Wang Kelian untuk keluar melalui pintu tersebut
memandangkan ia adalah pintu sempadan yang paling dekat dengan Satun. Selesai urusan pemeriksaaan
passport dan declaration masuk
kereta, kami berhenti makan pagi di gerai makan di Wang Kelian. Sepanjang
perjalanan aku cukup teruja melihat banyak gerai buah-buahan tempatan di tepi
jalan seperti manggis, durian, cempedak, langsat/duku dan rambutan…they are all my favourite fruits! Niat
di hati untuk beli bawa balik dalam perjalanan pulang nanti.
PAK BARA
Perjalanan
ke Pak Bara mengambil masa kurang 45 minit sahaja. Sesampainya di Pak Bara, kami berhenti
seketika di Pak Bara Viewpoint untuk melihat pantainya dan merakam gambar
kenangan walaupun panas terik. Gigih tau playing tourist! Air lautnya seakan berselut dan
tidak jernih dan ombaknya kuat memandangkan musim ini adalah musim hujan di
Thailand. Niat untuk bermain dan mandi pantai dibatalkan. Frust.
|
No matter how hot the weather is, bebudak ni hepi aje memanjang.. |
|
Tiada istilah "bosan" dalam kamus hidup seorang kanak-kanak. Everyday they learn new things. |
|
|
They always know what to do and how to enjoy themselves.
There's a lot to learn and experience before they grow up... |
Selepas itu, kami terus bergerak
ke perkampungan Thung Bu Lang yang terkenal dengan tarikan pelancong ke taman bunga mataharinya. Jaraknya lebih kurang 30 minit dari Pantai Pak Bara. Malang juga nasib
kami apabila sampai di sana, pokok bunga matahari cuma tinggal daun sahaja. Menurut orang tempatan di situ, bunga matahari telah mati kerana ia telah melepasi
musimnya. Tak dapatlah fefeling Dilwale...sobsss!
|
Tasiknya bersih dan cantik |
|
Di hadapan muka pintu gua ini ditempatkan patung-patung buddha |
|
Anak-anak....give them your time, they give will you back their sweetest smile. | | |
|
|
|
Hero hero ibu sayang |
|
Bincang jangan tak bincang... |
Memandangkan
tiada apa-apa aktiviti menarik yang boleh dibuat di Satun, kami berkira-kira samada
untuk terus stay di situ atau menuju
ke tempat lain pula. Setelah berbincang, semua bersetuju untuk ke Hatyai dan
bermalam di situ. Fuh barulah aku rasa semangat sikit. Kalau tak, krik krik je
tau. Sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, kami berhenti makan di sebuah
gerai makan muslim di perkampungan itu. Punyelah mencabar nak order sebab peniaga di situ tak boleh
berbahasa melayu atau Bahasa Inggeris. Nasib baik kawan suami, Su, tahu
berbahasa Thailand. Kalau tak, cirit kami nak pesan makanan.
|
Lunch keteow sup |
|
Nasi lupa nama |
|
Sementara tu anak2 layan naik buai |
KE HATYAI
Perjalanan
ke Hatyai pula mengambil masa lebih kurang 2 jam..since kami convoy 4 kereta so bawak slow and
relax sajo. Sampai di Hatyai jam 3 petang, kami bermalam di Regency Hotel
dengan rate bilik RM110 semalaman.
Hotel kebanyakannya penuh so we just
walked in.
Di
Klonghae Floating Market pula…aktiviti tumpuan
ialah membeli belah & makan-makan. Bagi aku, lebih kepada nak
makan-makanlah sebab takde apa sangat yang menarik kalau nak shopping. Boleh dikatakan 70% pelawat di
market ini ialah orang
Malaysia…tengok cara penampilan dan wajah orang kita dah boleh cam. Di sini kami sempatlah membeli cenderahati
untuk dibawa pulang kepada jiran-jiran…jam 9 malam kami pulang ke hotel dan rehat.
AHAD, 22 JULAI 2018
Keesokan
harinya, kami check out jam 8 pagi
dan terus breakfast di Restoran Hamid
berdekatan hotel. Agak mahal juga sarapan di situ..total damage is RM25 untuk set nasi lemak (nasi, buah tembikai, air
oren, air teh), telur separuh masak dan satu set roti kaya. Kemudian kami
meneruskan perjalanan menuju ke Chang Puak Elephant Complex yang terletak tidak
jauh dari pekan Hatyai. Di sini, tiada fi kemasukan dikenakan. Pelawat-pelawat
boleh melihat gajah, bergambar dengan gajah (100 baht), menaiki gajah dan elephant feeding (sebakul pisang
dikenakan caj 100 baht)
|
Hot and sweaty...can barely open our eyes |
|
You can take photo with them for 100 baht.. | | |
|
My treasures |
|
Elephant feeding.. | |
|
Our little family |
|
Mama's team. Su our Siamese friend cum translator is not in the photo... |
|
|
JOM KE SONGKHLA PULA
Jam lebih kurang 11 pagi kami menuju pula ke Songkhla untuk membawa anak-anak berjalan-jalan di
zoo. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 30 minit juga. Caj masuk
untuk seorang dewasa ialah 150 baht dan caj masuk kereta ialah 50 baht. Total damage untuk kami sefamili ialah
350 baht. Apapun peliklah juga sebab caj disini tidak standardised sebab kami semua dicaj berlainan harga. Antara
aktiviti yang menarik di sini ialah melihat penguin
show (caj berasingan 20 baht seorang), hippo feeding
(20 baht sebakul banana), tiger
feeding dan lain-lain. Masa kami pergi ni dah tengahari jadi kebanyakan
haiwan sudah lemau dan malas. Kenyang agaknye. Haha. Jadi kalau nak pergi zoo
disarankan pergi waktu awal pagi. Apapun melihat keseronokan dan keterujaan
anak-anak itulah yang paling menggembirakan aku. Kalau harapkan aku, aku
bukanlah minat sangat dengan flora dan fauna nih...hehe. Kami pusing-pusing di
zoo ini lebih kurang 1 jam 30 minit sebelum bertolak pulang.
|
My baby daughter |
|
With Qaseh & Zara. Sha is good at making friends, i think she really likes the idea of group travelling.. ;) |
|
Tiger Feeding show at 12.30pm |
SAMILA BEACH
Alang-alang
sudah berada di area Songkhla, kami
terus lajak ke Samila Beach untuk rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
balik. Pantai ini meriah dengan orang tempatan dan pelancong dari Malaysia
datang bersantai dan berkelah. Kami berhenti sekejap saja melepaskan lelah,
mandikan anak-anak dan makan aiskrim kelapa yang sedap! Kalau datang sini mesti
cuba tau (35 baht)! Rasanya lemak berkrim, dan ada roti dan pulut sekali dalam
tu. Orang Thailand ni cukup pandai merekacipta makanan yang sedap-sedap kan?
|
Delicious ice cream for 350 baht - a must try! |
DANOK / SADAO
Setelah
lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan, kami tiba di Danok. Sebelum itu kami
singgah sebentar di Tesco Lotus yang terletak berhampiran pekan Danok untuk
menunaikan solat jama’ takhir. Kami makan tengahari di geran berhadapan Hotel
Vista Danok. Aku dan suami order tomyam
ayam, sup tulang, telur dadar, daging bakar, jus epal, air kepala dan nasi
putih kesemuanya cuma 400 baht. Sup tulangnya amat lazat kena dengan selera
aku.
|
Daging bakar |
|
|
|
Rugi tidak mencuba masakan Thai jika sudah datang di sini... |
Selepas
makan tengahari merangkap makan petang, kami menuju ke Asian Cultural Village sebagai
destinasi terakhir. Kawasan di sini luas rupanya, aku ingatkan cuma ada
Dinasour Park sahaja rupa-rupanya ada banyaaak lagi kawasan tarikan lain. Untuk
masuk sini tak perlu bayar kecuali untuk melawat park yang berbayar di dalamnya
barulah perlu beli tiket.
|
Final place of attraction to visit...let's go! |
Tiket
masuk ke Dinasour Park untuk foreigner ialah 350 baht untuk seorang dewasa dan kanak kanak yang berketinggian 100
meter ke bawah boleh masuk secara percuma (arissa lepas! haha) Pada tiket
tersebut terdapat 6 tiket masuk ke dalam park-park lain yang terdapat di kawasan
tersebut. Aku dah gunakan tiket ke Dinasour Park jadi masih ada lagi 5 tiket ke
park lain yang belum digunakan. Tiket sah untuk digunakan sehingga Disember
2018. Jadi lepas ni kenalah pergi lagi ye? Brilliant move!
|
Dari luar Dinasour Park...I did'nt manage to capture a single photo in the park as my phone storage is already FULL. :( |
Arissa
pada mulanya takut melihat Dinasour yang besar gedabak dengan bunyinya yang
real tu….arissa menangis nak keluar tapi aku pujuk dukung dan explain pada dia bahawa dinasour tu
cumalah patung mainan barulah lepas tu dia boleh enjoy. Fuh lega kalau tak melayang duit mak nak oi. Dah keluar tak
boleh masuk balik tau. I am quite
surprised arissa takut dinasour sebab she
is a fan of dino…tapi bila tengok yang besar camtu dia takut pulak ye.
Hehe. Apapun aku yang dewasa ni pun lari bertempiaran bila ada mascot dino
mengejar kami. Adoi….real bak hang!
Tak banyak gambar dirakam disini sebab memori fon dah penuh…apapun aku buat live kat fb (bajet retis tak?) untuk memori anak-anak
tengok masa depan. Aydan Fateh & abahnya tunggu di luar saja. Nanti Fateh
dah besar ibu bawak Fateh masuk ya?
|
Tak sempat melawat semua tempat sebab dah penat dan lewat...balik dulu nanti datang lagi! :) |
Total damage for the whole
trip: RM600.00
What do we get in return? : new experience, bonding and happiness ;)
APA YANG ANDA PERLU TAHU/ GOOD TO KNOW: