Sunday, February 17, 2019

Weekend Getaway: Fantasia Aqua Park Darulaman [Entri Bergambar]

Bismillahirrahmanirrahim

Ahad, 17 Feb 2019. 10am
Me: Sayang jom bawak anak-anak pegi mandi hari ni?
Hubsy: Kat mana?
Me: Jitra, sat google. Fantasia Aquapark.
Hubsy: Boleh. Kita pi petang-petang sikit lepas afternoon nap anak-anak.

*Few times rancang nak pegi Aquapark ni tak jadi sebab anak lena petang, dan sebab HFMD tengah menular. So this time kalau anak-anak lena pada waktu yg tepat, boleh on.

So alhamdulillah it happens that anak-anak terlena serentak jam 12 tengahari, dan elok-elok jam 2.30 petang depa bangkit. Cun sangat. Selepas bersiap-siap maka jam 3.15pm kami bertolak. Arissa punyelah seronok terus tukar swimsuit dari rumah lagi kau. So after 30 minutes of driving dari Kangar, sampailah kita ke destinasi yang dituju. 

Nampak je entrance Fantasia Aquapark anak-anak terus excited sangat. Masa kami sampai tu around 3.45pm masih panas lagi. So kita chill-chill dulu tapi anak-anak dah tak sabar so terus masuk kolam. 

Entrance Fees (as at 17 Feb 2019)
Weekdays: Adult RM20, Children RM18
Weekend (Fri, Sat & Sun): Adult RM22, Children RM16
*Children below 2 years old FREE.
Total untuk kami berempat, RM62.00.

 Jom beli tiket dulu...ibu siap-siap letak handset dalam waterproof pouch...kihkih

Lebih kurang jam 4 petang kami masuk pool. Kakak dah pandai main sendiri, apapun masih perlu diawasi setiap masa. Adik pun seronok main cuma tak seaktif kakak sebab adik kesejukan. Impressive jugak sebab adik tak takut langsung. Kakak masa umur adik dulu takut waterpark kena pujuk-pujuk barulah ok. Puas bermandi manda jam 5.30 petang kami naik. Takleh lama-lama takut anak demam.

Saya tak sabar!

Let me enjoy splashing time!

Arissa Sofea 3 years 5 months old.

Penjaga tanpa upahan ;)

Kuak kupu-kupu

Apa aku nak buat ni? 

Seronok memang seronok tapi sejuk ah...

Overall bagi aku waterpark ni sesuai sangat untuk bawa anak-anak kecil mandi. Banyak section yang sesuai untuk kanak-kanak yang berair cetek. Caj nak masuk tu pun berpatutan. Antara tarikan lain ialah replika-replika binatang mcm butterflies, dragonflies, snail yang dibina di kawasan tu menarik perhatian kanak-kanak. Aydan Fateh few times pegi dekat butterfly and kept on saying Hi & Bye Bye :) Suka ye dik. 



The downside ialah daripada segi kebersihan, di kawasan waterpark overall okay cuma di bilik persalinan, kurang bersih dan sedikit berbau. 




;)

Menggigil bak hang...









Aydan Fateh 1 year 6 months old







Dik pandang camera tu dik!



In terms of rules, macam biasa peraturan kat mana-mana waterpark, antaranya:

1. No outside food or drinks. Sila bawa duit siap-siap kalau nak makan kat dalam tu.
Ada cafe, burger stall, nasik lemak, nuggets, roti and sort of. Aiskrim & minuman pun ada. 
2. Boleh bawa float sendiri dengan syarat float tu untuk baby sahaja. Float yang besar dan fancy-fancy for adult use is not allowed. Float adult boleh sewa kt dalam tu.
3. Untuk pakaian tiada syarat. Boleh pakai track suit & tshirt je tapi untuk kanak-kanak better pakaikan swimsuit supaya "tak berat" sebab materialnya tak menyerap air macam cotton material.
4. Sewa locker untuk simpan barang berharga dikenakan caj RM12/locker. Mahal jugak tu. Jadi better korang asingkan siap-siap duit yang nak pakai dan barang berharga lain tinggal aje kat dalam bonet kereta.
5. Pada yang suka ambik gambar, beli siap-siap waterproof handphone pouch. Rugi pulak kalau tak ambik gambar kan. Saya beli masa pegi Bukit Merah, RM10. 

Oh ya, sebelum mandi manda jangan lupa apply Sunblock tau! Sunblock untuk kanak-kanak pun ada,boleh dapatkan di farmasi. :)

Kepada yang plan nak datang sini, buatlah persediaan yang sewajarnya dan selamat bermandi manda!


Gyeongbokgung Palace - Day 5