Thursday, July 4, 2019

Percutian Keluarga Ke Seoul Korea (Day 1)

Bismillahirrahmanirrahim

[30 APRIL 2019 - 6 MEI 2019, SEOUL KOREA]


Hampir 30 hari berlalu setelah aku dan famili kecilku berangkat ke Seoul. Syoknya bercuti...dalam kepala asyik fikir nak update blog sebelum terlupa segala memori bercuti di sana tapi asyik tidak berkesempatan. Maklumlah lepas cuti lama, kerja pun menimbun. Sis pulak konon nak tunggu tapis dan edit semua gambar dulu baru nak masuk blog malangnya fuhh taktau bila nak buat tu...maka tepek jela gambar raw. Tambahan pula, balik saja dari Seoul kita terus menyambut 1 Ramadhan 1440H. Senang kata, bersahur di Seoul, posa atas flight, berbuka di Malaysia..


Tq doc belanja Menate ;p

Kakak and her Tokma. Sayang Ma sangat.

Pada 28 April 2019, kami bertolak dari Kangar ke KL (dua hari lebih awal) dan stay di rumah abang kat Klang. Saja pegi awal sebab nak p tukaq duit kt IOI Mall dan bercuti-cuti Malaysia sebelum ke Korea...

Jadi untuk percutian kali ini, aku perkenalkan dulu watak-watak yang terlibat ye. This time, aku empat beranak travel bersama travel buddy sepenuh masa aku iaitu adik bongsu aku (Efa/Mamasu) dan kali ni sebab dia dah kawen...disertai sekali oleh suaminya yang soleh itu haha (Paksu). Beramai-ramai lebih baik! :)

We all beli tiket flight sekitar bulan Oktober 2018 tanpa dirancang sebab aku sebagai tekong yang tak dilantik telah mewar-warkan bahawa harga tiket AA mur mur jom beli! jom beli!. Harga tiket ialah RM788 return ticket untuk adult. RM250 untuk Fateh. Ok la harga tu kan. So tick tock tick tock...tibalah jua hari berlepas yang ditunggu-tunggu. Flight kami dari KLIA ke Seoul ialah pada 30 April 2019 (Selasa) jam 1 pagi. Lebih kurang jam 5 petang kami semua bertolak ke KLIA.


Orang kuat yang menjayakan percutian... mamasu dan paksu hehe



Kakak dah tertanggal selipar gara2 excited tengok Ironman.


BERLEPAS KE SEOUL

Penerbangan dijadualkan pada jam 1.05 pagi...flight berlepas tepat pada waktunya...alhamdulillah sepanjang penerbangan anak-anak tidur...aku tempah hot seat with bassinet untuk letak adik Fateh tidur. Ukuran bassinet tu sedikit pendek berbanding ketinggian Fateh tapi masih boleh dibenarkan guna. Yang renyahnya, tiap kali lampu isyarat pasang tali pinggang keledar dinyalakan, kena angkat anak dari bassinet dan riba. Berapa kali tidurnya terganggu sebab duk angkat letak...tapi terpaksalah jugak. Anak boleh lena tapi maknya letih mak ai....berjaga almost sepanjang malam sebab kena tengok anak. 
 
TIBA DI SEOUL & AIRPORT TRANSFER

Kami solat subuh dari atas kapal saja memandangkan kami sampai di Seoul lebih kurang jam 8.10 pagi. Masa solat tu jam 6 pagi tapi matahari dah terang berderang...confuse kejap subuh gajah ke rimau...Sesampainya di Incheon Airport, kami terus menuju ke pintu keluar untuk mendapatkan Mr Kang, a local who offers private van transfer service dari airport terus ke tempat penginapan menggunakan kenderaan jenis Starex. Harga sehala ialah lebih kurang RM250/ KRW210,000. Untuk korang yang travel with kids, in a big group like us, with few luggages to bring, sis rasa private transfer is the most convenient and affordable way of getting to Seoul...since kami ada 4 dewasa, kalau campur-campur tiket AREX/bus pun dah dekat RM200 jugak. Tapi kalau korang travel berdua, lebih berbaloi untuk menggunakan servis airport bus atau AREX.  

 Yey sampai akhirnya....let' explore Seoul!

Budak berdua ni tau ke tak agaknya depa bukan kat Malaysia dah. ;p


WE'VE PAVILLION APARTMENT, MYEONGDONG 


Kami menempah penginapan melalui laman sesawang airbnb. Setelah mengambilkira banyak kriteria, kami memilih We've Pavillion Apartment yang terletak di 54, Cheonggyecheon-ro Myeongdong, Jung-gu Seoul.  Apartment ini mempunyai 2 bilik dengan katil bersaiz permaisuri dan 2 katil bujang. Tilamnya pulak sangat empuk (paling penting)! Selain daripada katil di dalam bilik, di ruangtamu juga disediakan satu set sofa dan  2 unit katil queen -- sangat convenient sebagai port lepak-lepak reramai selepas penat jalan-jalan.


 Ruangtamu

 Bilik 1

Katil di ruangtamu. Maaf ye gambar ni saja yang ada hukhuk 😀

Dapur dan meja makan. Sorry gambar blurry 😏

Toilet besar, selesa dan bersih 👍👍👍

View di luar apartment

Ciri yang paling penting sis cari ialah rumah yang lengkap dengan peralatan memasak. Sebabnya sis memang suka masak dan tak berapa gemar makan outside foods, so we cook everyday for the whole trip. Lagipun nak cari makanan yang sesuai dengan selera anak-anak bukannya senang jadi kami siap prepare setiap kali sebelum keluar. Tu ha kami siap bawak satu luggage penuh dengan foods je. Bawang yang dah siap kupas pun bawak dari Malaysia tau! Gigih hokkey...

Pemandangan dari luar apartment.

Dari segi lokasi, apartment ini sangat dekat dengan Gyeongbokgung Palace, jalan kaki saja dah sampai. Kos penginapan untuk 7 hari 6 malam ialah sebanyak RM 3038.85. Perjalanan dari Incheon ke apartment ini mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Perjalanan jauh langsung tidak terasa kerana kami asyik menikmati pemandangan luar di tempat orang sambil bersembang dengan Mr Kang yang peramah malah fasih berbahasa Inggeris. Bonusnya, kami dibenarkan untuk check in apartment lebih awal dari masa yang ditetapkan memandangkan ianya tidak disewa pada tarikh tersebut. Terima kasih kepada host, Yong yang sangat membantu dan bermurah hati membenarkan early check in.

JALAN-JALAN HARI PERTAMA

Selepas check in, kami berehat-rehat sat...mandi dan solat...isi perut dulu..kemudian bersiap-siap untuk keluar. Memandangkan hari ni baru sampai...jadi kami keluar jalan-jalan di kawasan apartment sahaja...anak-anak pun dah penat...so hari ni travel light2 je.

Selfie dari luar apartment...nu ha nampak Korea national flag...dah sampai dah kite di Seoul ye. haha

Ni la bangunan berhadapan apartment..kawasan yang kami stay ni rupanya berdekatan dengan bangunan2 pejabat..

Baca map...nak ke mana kita...anak-anak masih jetlag..tidur semedang

Jalan kaki je...jumpa bunga fresh..snap snap..cuaca masa ni sejuk jugak. macam duk dalam bilik aircond.

Kejap, tak ready lagi...

Ok baru ready and steady..;)

Giliran sis pulak...

Sis & bro ke Dongdaemun


Adik2 sis naik Subway untuk ke Dongdaemun...nak pegi ambik simkad free for tourist. Kami tak sewa modem...ambik simkad sajo. Tu pun dapat tahu daripada sales assistant di 7E bawah apartment yang kami sewa. Dia yang bagitau dan beri direction & contact num orang yang kami kena p jumpa...


Tak larat sis nak dukung tau...berat dah anak jantan sis ni...lepas bergambar terus balik rehat hehe

Kesayangan



 That's the end of our first day.
Nothing much...
Jom berehat dulu untuk trip hari kedua.. :)


Gyeongbokgung Palace - Day 5