Bismillahirrahmanirrahim
Maaf kawan-kawan, skip dulu review wedding ye. Kita ke dapur sekejap.
***
Sepanjang seminggu lebih berada di Perlis, sempat saya masakkan beberapa jenis resepi kegemaran suami. Seronok sangat dapat memasak untuk dia, lebih seronok lihat dia kenyang dan berselera. Saya amalkan basmalah sebelum mula memasak dan berselawat ke atas Nabi s.a.w semasa membasuh beras. Doakan yang baik-baik untuk rumahtangga kita.
Alhamdulillah tak susah untuk saya fikirkan menu masakan sebab kami sama-sama orang pantai Timur, menu yang kami suka tak banyak bezanya. Kami tak berapa gemar makanan ala Western, masakan tradisi walaupun ringkas, itulah yang menambah selera saya dan suami.
Alhamdulillah tak susah untuk saya fikirkan menu masakan sebab kami sama-sama orang pantai Timur, menu yang kami suka tak banyak bezanya. Kami tak berapa gemar makanan ala Western, masakan tradisi walaupun ringkas, itulah yang menambah selera saya dan suami.
Sekadar untuk mengabadikan kenangan awal usia perkahwinan, saya kongsikan di sini resepi menu-menu yang saya hidangkan untuk santapan suami...suami minta saya catatkan resepi sebagai rujukan saya, takut suatu hari terlupa terutamanya sebab kami PJJ...nanti nak masak balik dah gagap. ;)
***
1. Puding Gula Hangus
Puding ni memang menjadi kegeraman...ups! kegemaran suami sejak mula-mula saya kenal dia. Saya sendiri pun suka. Kebetulan dapat hadiah kawen electronic steamer dari mertua makcik saya, lagi menyenangkan kerja. Buat puding ni senang je, cepat dan langsung tak leceh. Jom cuba!
BAHAN- BAHAN :
Telur Ayam gred A - 10 biji (4-6 pax serving)
Susu Cair Ideal - 1/2 tin
Susu Pekat F&N - 1/2 tin
Gula Pasir (optional) - 2 sudu besar
Garam - secubit
Esen Vanila - 5 titik
CARA PENYEDIAAN:
1. Pukul bersama telur ayam, susu cair dan susu pekat sehingga kembang. Nak blend pun boleh. Kalau nak tambah manis, tambahkan dua sudu gula pasir. Masukkan garam dan esen vanila. - ADUNAN
2. Ratakan 3 sudu gula pasir di atas loyang (saya guna loyang saiz agak besar).
3. Titiskan 3 sudu air. Air jangan lebih tau, sekadar untuk basahkan gula tersebut sahaja. Masak di atas api sederhana.
4. Bila gula mula perang, tutup api. Jangan biar gula sampai hangus nanti puding jadi pahit.
5. Tuangkan ADUNAN telur tadi di dalam loyang.
6. Kukus adunan tersebut dan tunggu sehingga masak. Bila sejuk boleh masukkan dalam peti ais, lagi yummy!
2. Pulut Manis
Pulut Manis menu paling cepat untuk disediakan sebagai sarapan. Orang Kelantan kan suka sarap dengan foods yang berat-berat. :)
BAHAN-BAHAN:
Beras Pulut - secukup rasa mengikut bilangan ahli keluarga
Gula Melaka/ Nisan - 2 setengah keping.
Kelapa Parut - yang muda ye
Garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak pulut menggunakan api yang perlahan.
2. Bila dah masak, tutup api
3. Patah-patahkan nisan, ,masukkan dan kacau bersama pulut yang masih panas
4. Biarkan cair dan kacau. Siap!
5. Sediakan kelapa parut, gaul bersama sedikit garam.
7. Pulut sedia dicicah bersama kelapa parut. :)
***
3. Sayur Masak Lemak
BAHAN-BAHAN:
Ikan Sardin yang telah direbus/kukus *rebusan biasa*- 1 atau 2 ekor
Bawang Merah - 3 ulas
Bawang Holland - separuh dimayang bulat2
Santan
Sayur-sayur : sawi, ketiak jagung, kubis, lada merah besar, lobak merah.
Garam - secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumbuk lumat ikan sardin yang telah dibuang tulangnya bersama bawang merah.
2. Masukkan ke dalam santan.
3. Masukkan sedikit garam
4. Masak di atas api perlahan
5. Masukkan sayur2 dan bawang
6. Bila mula mendidih, masukkan perasa makanan, kacau dan siap.
***
4. Colek/Pencicah Keropok Ikan
Pencicah ni special, resepi turun temurun keluarga saya dan suami pun tak pernah cuba. Pencicah Ikan/ Colek Ikan ni biasanya sedap dicicah bersama betik muda (Org Kelantan panggil rojak betik), buah stor atau dengan , keropok keping. Colek ni boleh dibuat dalam kuantiti yang sedikit atau banyak, kalau lebih boleh simpan dalam peti ais dan makan berulang-ulang. Dia tak cepat rosak...rasanya masam manis dan memang sangat kaww. Suami saya first time cuba and I'm glad that he also loves it!
4/5 ekor ikan sardin yang telah direbus (rebus biasa je dengan air tak perlu letak garam/asam keping)
Lada Kering - 2 tangkai atau lebih depends nak pedas atau tak (rendam dalam air panas supaya senang lumat)
Cuka Makan
Nisan secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumbuk ikan sardin yang telah dibuang tulangnya bersama lada kering. Tumbuk sampai lumat.
2. Masukkan cuka makan (kami tak campur air.)
3. Masak di atas api yang sederhana, kacau.
4. Bila menggelegak, masukkan nisan 2 atau 3 keping
5. Rasa, kalau terlalu masam, boleh tambah gula. Ok siap!
5. Sayoq Buncis Goreng
BAHAN-BAHAN:
Sayur Buncis
Lobak Merah
Bunga Kubis
Sebiji Telur Ayam
Ikan Bilis
Garam - optional
2 ulas Bawang Putih
Sos Tiram - 2 sudu
Sedikit sos ikan
Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong sayur
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Goreng bersama ikan bilis
4. Masukkan sayur diikuti 2 sudu sos tiram
5. Pecahkan sebiji telur dan kacau bersama sayur
6. Masukkan sedikit sos ikan dan siap!
***
6. Tomyam Merah
Tomyam memang menjadi kegemaran kami berdua sejak dulu lagi. Masa berjalan-jalan ke Padang Besaq, kami singgah beli pes tomyam Thai. Kawan saya cakap pes dia sedap dan memang pure Thai. Apalagi balik rumah terus saya try!
Ayam/Sotong/Udang
Bunga Kobis - potong
Ketiak Jagung - dipotong serong
Lobak Merah - dipotong panjang
Daun Limau Purut - 3 atau 4 helai
Serai - 3 atau 4 batang dititik
Bawang Holland - dimayang besar
Lada Merah Besar - dimayang
Cili Api diketuk - optional kalau nak tambah pedas
Pes Tomyam
Halia seinci
Lengkuas seinci
Daun sup & daun bawang
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan air separuh periuk/ mengikut kuantiti kuah yang disukai
2. Masak di atas api. Masukkan ayam dan pes tomyam 3 sudu besar. Kacau dan biarkan mendidih.
3. Titik serai dan masukkan dalam periuk.
4. Masukkan sayur-sayur, bawang besar, halia, lengkuas, lada besar bersama daun limau purut.
5. Biarkan mendidih. Apabila masak, tutup api dan sedia untuk hidang.
6. Taburkan daun sup & bawang. Siap!
***
Resepi ni kebanyakannya ringkas je sebab kami baru bukak dapur. Barang kami beli pelan-pelan cuma alhamdulillah kebanyakan barang dapur seperti barang-barang elektrik, periuk pinggan mangkuk kami dapat hadiah kawen. Kami cuma beli peti ais dan dapur gas je. Seronok sangat memasak ni...jangan risau kalau tak pandai masak pun, bila dah jadi isteri, insyaAllah kita akan pandai dengan sendirinya. Yang penting mesti rajin mencuba dan bertanya. Sedap ke tak sedap bila kita cuba masak untuk dia suami mesti suka dan sayang. Ikat suami melalui hati dan perutnya, jaga semua keperluannya. :)
Sehingga berjumpa lagi di lain entri.
Insyaallah.