Bismillahirrahmanirrahim.
Warning!
Long Entry.
Warning!
Long Entry.
Untuk hiasan kamar pengantin, saya tak upah vendor, saya dambakan sentuhan sendiri yang sesuai dengan jiwa saya. Pada saya, kamar pengantin adalah singgahsana pertama dan teristimewa untuk saya menyambut kedatangan pemimpin & imam dalam hidup saya. Jadi, bilik mestilah punyai nilai sentimental yang dekat dengan jiwa penghuninya. Mesti sesuai dengan taste orang yang akan bersemayam di dalamnya.
Berikut adalah steps ringkas dari saya tentang bagaimana saya work on DIY-ing bilik pengantin kami:
- Mula-mula buat research i.e Google. Saya simpan gambar-gambar hiasan bilik yang saya suka untuk mencedok idea. Tak perlu tiru bulat-bulat, boleh cuba mix and match-kan idea dekorasi yang kita minat. Jangan lupa untuk pertimbangkan deko tu sesuai atau tak dengan keadaan dan keluasan bilik pengantin kita nanti. Kemudian, bila dah dapat rough idea, boleh mula cari barang untuk hiasan bilik. Jangan lupa survey harga juga ye supaya tak overbudget. Kalau buat persediaan awal lagi senang dan jimat sebab kita ada masa yang panjang untuk survey sebelum beli.
- Barang pertama yang saya beli ialah cadar. Cadar memainkan peranan yang sangat penting sebab ia akan mencorakkan hampir keseluruhan bilik. Saya memang aim untuk guna set cadar putih. Dan wajib ada quilt. Ala-ala hotel. Masa Parkson buat sale, saya beli quilt cover set Jean Perry 8000 threadcounts dengan potongan harga 70%. Not to mention the original price is RM900, I managed to purchase one set for only RM 300 and that is totally worth it! I've been eyeing for Jean Perry's quilt cover set for so long, I think that price is more than affordable for its quality. I choose white colour.
test pasang kat katil housemate ;p
I bought few sets of bedsheets
- Bunga. Wajib ada sebagai penyeri bilik. Masa saya ke Nilai 3 mencari barang, ada satu kedai ala-ala Lovely Lace (sorry lupa nama) tengah buat moving out sale. Kat sini saya beli 4 jambak bunga kesukaan saya, Hydrangeas untuk hiasan tepi katil. Total damage RM 60+. Bunga ni nampak macam real, masa saya letak kat bilik pun ada few makcik saya pegi hidu ingatkan bunga betul hihi. Dekat Lovely Lace Alamanda pun ada tapi mahal, RM29-RM39 untuk sejambak.
- Perabot bilik. Sponsored. Near 4k. Saya beli set putih dengan side table sekali.
almari
sebelum
- Tirai / Langsir bilik. Bilik utama kat rumah cuma ada satu tingkap. Jadi saya plan untuk tutup keseluruhan tingkap tersebut dari atas sampai bawah. Full satu dinding. Saya beli kain jersey warna plum di Jakel KL untuk buat tirai bilik. Semeter baru RM2.90 saya beli 12 meter. Total damage untuk tirai around RM 35 sahaja. Mak saya settle-kan bab jahit. Terima Kasih Mak! Sayang mak dunia dan akhirat!
- Seterusnya, saya ke Ikea untuk cari lampu tidur (ini wajib untuk deko bilik ye!). Yang cantik memang banyak tapi kenalah pilih lampu tidur within budget. Pilih punya pilih saya ambik yang paling murah, masa tu ada promo 50%. Homo Lamp RM 35 sebijik. Ambik dua baru RM70. Beli sekali ngan mentol dia terbang la lebih kurang RM 98.
SSF candles
- Bantal sebagai hiasan katil. Tak rugi pun kalau beli bantal banyak-banyak sebab nanti kita akan guna kan. Jadi untuk bantal hiasan, saya beli 3 saiz berbeza di Jusco, segiempat kecik, segiempat besar dan satu yang panjang, modal dia dalam RM 60 kot...beli yang loose tanpa sampul dan 2 bantal bersama sampul dengan warna yang senada dengan warna tema.
- Sarung bantal. Idea asal saya nak semuanya putih tapi dalam saya membuat research + survey, saya terpikat dengan warna plum digabungkan dengan warna putih. Material untuk buat sarung & bed runner saya beli di KAMDAR KL daripada kain jenis velvet. Masa tu tak pandai nak bajet berapa meter saya beli 2.5meter je, semua dalam RM 40+. Kalau nak cukup untuk 4 biji bantal dan bed runner, beli dalam 5 meter ye. Saya tempah jahit dengan mak kawan saya.
Mirror Bling-Bling!
- Carpet. Satu dah ada kat rumah, lagi dua saya beli kat kampung sebab warna dan corak dia lebih kurang sama, kebetulan. Total damage untuk 2 carpet kecik RM 150. Harga dia agak mahal kalau nak banding dengan harga yang saya boleh dapat kat Nilai 3 tapi dah terdesak, beli je.
- Pasu Kaca untuk bunga saya beli kat MR.DIY, harga dia dalam RM 18 kot. Frame Polka Dot pun beli kat MR.DIY for RM 4.90. Bling-Bling yang gantung pada tirai bilik saya beli kat Nilai 3. Yang ni tak rancang pun cuma jumpa secara tak sengaja. Harga dia RM 60. Selain tu saya ada jugak beli Scented Candle dekat Alamanda, RM 19. Candles yang kecik-kecik saya hias atas almari solek, guna semula yang abang saya buat centerpieces untuk wedding dia dulu, beli kt SSF Home Deco Mart.
dan hasilnya....
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar full belum dapat dari OP.
Exclude furniture, all DIY room deco costs me about RM900 tapi memang tak rugi tau sebab semua benda yang kita beli boleh pakai semula. Barang-barang macam bling-bling, cadar, tirai, bunga dan pasu, lampu...saya bawak ke rumah sewa kami untuk hias rumah. Takde satu pun buang. Worth it.
Harap-harap tips yang saya kongsikan di sini boleh bantu B2B yang teringin nak hias bilik sendiri. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh komen je kat bawah ye :)
So setakat ni je review room deco.
kalau ada apa-apa tambahan i'll update later ye.
Tata.... :)
p/s: Mood rajin berbelog sekarang...