5 MONTHS JOURNEY.
Bila tengok wedding thicker kat atas tu, rasa semacam tak percaya. cepat sangat masa berlalu. Yes, it has been 5 months we have been living together as hubsy n wifey. BAHAGIA, tak terungkap dek kata-kata. Pasangan benar-benar menjadi pelengkap hidup.
Kami sempat merasai cabaran perkahwinan jarak jauh, PJJ sorang di utara, sorang di Selatan. Memang mencabar, baik dari segi kewangan dan tenaga. Selepas about 1 and half month berjauhan, alhamdulillah saya dapat transfer atas alasan mengikut suami. Ramai yang tak percaya cepat sangat saya dapat tukar even before I put up a formal application. Takde kabel, cuma doa yang tak putus kepada Allah. Masa mula-mula nak mintak tukar, ramai yang bagi pandangan. Some said jangan apply dulu sebab baru 2-3 tahun dalam servis its too early to ask for transfer. Some said our new big boss won't approve transfer sebab dia memang tak suka orang mintak transfer and he/she will mark your face should you apply. Ramai yang bagi advice dan pandangan. Saya perlu buat keputusan. Hidup kita, kita tentukan jalannya bagaimana.
Pendirian saya tetap dan teguh. Family come first. Career will always be my second priority. Biar lambat naik pangkat, biar boss nak mark, biar semua risiko saya akan tanggung asalkan saya buat apa yang terbaik untuk saya dan keluarga/suami. Don't misunderstand, it is not that I am not ambitious or passionate about my career development but I always hold that nothing in this life shall beats Family(Love). My role as a wife supersedes my role as who-I-am-at-Work. Isteri dibenarkan bekerja untuk membantu suami, bukan untuk kepuasan diri atau sebab-sebab lain. Saya fikir, jika tidak kerana redha dan izin suami, saya takkan dapat terus bekerja.
Home sweet home - 29 Nov 2013
Alhamdulillah on November 1st, saya mula bertugas di tempat baru. Suami lah insan yang terpaling gembira mendapat berita saya akan ditukarkan. Kurang seminggu kami dapat buat persiapan. Allah beri kesempatan
dan peluang untuk kami tinggal sebumbung. tak pernah terfikir dapat
pergi balik kerja satu kereta. Dapat lunch sama-sama. Allhuakbar rezeki
yang teramat kami syukuri. Do not hesitate to follow what Quran has guided us. Tempat isteri sebaiknya di sisi suami.
Kepada isteri-isteri yang masih diduga berjauhan dengan suami, bertabahlah sahabat. InsyaAllah suatu hari ada rezeki untuk tinggal sebumbung. Saya pun tak tahu sampai bila boleh direzekikan tinggal bersama, sooner or later any of us mungkin kena pindah lagi. What to do, it's life. Walau dekat atau jauh jangan putus berdoa semoga rumahtangga kita sentiasa dirahmati, disirami kasih sayang dan sentiasa disuburkan dengan cinta. Amin.
Hubsy,
5 bulan menjadi isteri. Terima kasih di atas segalanya.
If I can turn back the time, I'd be getting married with you since 5 years back!
16012014.12.55PM