Bismillahirrahmanirrahim
Kita tinggalkan kejap mood jiwang. Izinkanlah saya nak buat #weddingreview yang seterusnya ye walaupun dah basi. hajat dihati cuma nak tolong B2B yang tengah pening lagi duk pikir pasal bajet la, kad tak siap la, macam-macam. Been there. :)
________________________________________________________________________________
Sejak dari dulu lagi, saya sentiasa berpendirian bahawa kad perkahwinan tak perlu mahal dan membazir. Kalau nak cut cost untuk perbelanjaan kawen, silalah potong pada kos kad. Pada saya kad hanyalah satu kertas yang di dalamnya perlu terdapat mesej tentang siapa, bila dan di mana majlis akan diadakan. Cukup. Dalam 100 orang yang kita edar kad, berapa orang je simpan? Biasa orang buang je. Kalau bajet besar, eloklah dilebihkan untuk doorgift. Sebab biasanya, doorgift tetamu akan simpan untuk kenangan. Pasal doorgift, lepas ni kita buat review ye?
Idea untuk DIY kad bukan saja sebab nak save tapi untuk buat kad sendiri yang lain dari yang lain. Tambah lagi, heavy duty printer yang sesuai untuk print pada art paper dah sedia ada di rumah. Dari awal saya telah mencari beberapa contoh kad yang menarik, senang dan menjimatkan untuk DIY. Senang je sekarang, takde idea? Google has the answer!
Dengan bantuan abang saya - pinjam printer dia
Kawan/ X-roomate saya - dia tolong design map to fit the card size
Rozi - dia pun tolong design softcopy kad.
Adik saya - dia tolong ikat, print dsb. saya cuma sediakan alat2 saje.
Maka berjaya jugak saya DIY kad kawen. Thanks to semua kesayangan saya yang terlibat dalam pembikinan kad DIY ni..
Nak DIY kad macam saya? Meh dekat2 saya tunjukkan caranya!
ALAT2 yang diperlukan:
Kertas
Doily Paper
Printer
Papercutter
Ribbon
Ketekunan & Kesabaran :)
1. Mula2 pastikan dah ada design ape yang nak buat. Untuk jimatkan kertas & supaya saiz kad fit dengan doily, kad saya saiznya panjang - untuk sekeping A4 boleh hasilkan 3 keping kad. Memang sangat menjimatkan!
Dengan bantuan abang saya - pinjam printer dia
Kawan/ X-roomate saya - dia tolong design map to fit the card size
Rozi - dia pun tolong design softcopy kad.
Adik saya - dia tolong ikat, print dsb. saya cuma sediakan alat2 saje.
Maka berjaya jugak saya DIY kad kawen. Thanks to semua kesayangan saya yang terlibat dalam pembikinan kad DIY ni..
Nak DIY kad macam saya? Meh dekat2 saya tunjukkan caranya!
ALAT2 yang diperlukan:
Kertas
Doily Paper
Printer
Papercutter
Ribbon
Ketekunan & Kesabaran :)
1. Mula2 pastikan dah ada design ape yang nak buat. Untuk jimatkan kertas & supaya saiz kad fit dengan doily, kad saya saiznya panjang - untuk sekeping A4 boleh hasilkan 3 keping kad. Memang sangat menjimatkan!
2. Beli kertas dan doily paper. Saya beli kertas saiz A4 yang keras about 100gsm supaya tak mudah renyuk and nampak lebih ekslusif. Saya pilih warna cream, takde texture pada kertas cuma ada glittering effects. Dalam gambar tak nampak sangat tapi kat luar, cantik.
TIPS: kalau taknak print colour dan nak jimatkan kos ink, pilih warna pastel atau soft untuk kad. kalau warna gelap, tak nampak..kertas brown yang saya beli untuk testing saje mula2, tak jadi pakai sebab warna dia gelap bila print, nampak kurang jelas.
TIPS 2: pastikan ketebalan kertas tu sesuai dengan printer yang korang nak guna. Some printers tak boleh print kertas tebal, try and error dulu ye sebelum beli kertas in a bulk.
3. Design kad supaya fit dengan saiz kertas. My friend buat map guna adobe photoshop. Untuk bahagian depan kad, design asal saya buat sendiri then mintak tolong kawan saya Rozi adjust the size supaya depan dan belakang sama bila print. Saya cuma tuliskan perkara basic sahaja dalam kad. Nama ibu ayah, tarikh, tempat ,alamat, nama pengantin. DONE. Takde doa, pantun, sajak atau syair. Since space pun tak besar, saya taknak kad nampak crowded.
mula2 cuba print pada kertas putih.
Design bahagian hadapan
4. Ok once dah settle semua boleh guna papercutter untuk potong tiga. Akhir sekali gunakan doily dan ribbon untuk ikat doily tersebut sebagai sampul/aksesori kepada kad. Step ni agak mencabar sikit sebab doily paper sensitif, cepat koyak. Jadi kena ikat dengan tekun dan sabar :)
Sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Simpan satu/dua sebagai kenangan, lekatkan dalam wedding album. :)
The best part of DIY-ing your own wedding card is:
1. Memori persiapan - precious!
2. Lain dari yang lain. Ramai yang suka dan puji kad ni. *blush* Hepinya walaupun buat sendiri hasilnya tak mengecewakan :)
3. Jimat wang - sangat2 jimat. kalau nak tempah kad macamni kat kedai. saya dah survey, harga memang boleh tahan. Tak kurang RM2.
4. Takde masalah tak cukup kad - mula2 kami print dulu setakat mana guest yang kami bajet. Bila tak cukup boleh print lagi, tak perlu risau :)
5. No dateline! - tempah kat kedai kadang2 silap eja nama dsb atau risiko kad siap lambat. semua tu kita tak perlu fikir bila kita DIY.
Till then selamat berDIY B2Bs! All the best!