Tuesday, September 11, 2012

Dapur Yuyu: Ketam Goreng Berlada


Bismillahirrahmanirrahim

Oh lama betul segmen Dapur Yuyu nih tak berasap kaaann..haha, no actually I do cook but just doing simple meals je. Semalam tiba-tiba pulak mengidam nak makan ketam aishh...

So lepas balik keje semalam terus yuyu ke pasar malam Putrajaya nak ‘menangkap’ ketam. This time mahal ke murah ke I dont care, nak jugak makan ketam. Mengalahkan orang mengidam ye. Takpelah kita pun mengidam jugak..layankan aje selera makan yang membuak-buak lately. I bought 3 ekors of mother crab for RM21, suke-suke je panggil mother crab sebab ketam tu besar-besar dan chubby :P .. Harga sekilo RM25. Dalam perjalanan balik, hati dah terbayangkan kesedapan KETAM GORENG BERLADA. Haha..over.

Actually resepi ni first time yuyu try tau, the other day makan yang makcik buat, sodap sangat! Untuk resepi, basically I google je and combine kan resepi yang I suka mengikut selera sendiri. 

Ok lah jom masuk dapur!

RUJUK BAHAN-BAHAN at the bottom of this post ye...
Step 1 -
- Ketam dibersihkan, buang cengkerang dia dan patahkan dua (sorry for my language). Rebus ketam dan masukkan garam secukup rasa + masukkan juge 2 batang serai dititik/diketuk. Jangan rebus lama sangat tau, cukup sekadar ¾ masak then toskan. Ketepikan mak ketam duk diam-diam. :P

Step 2 –

- Tumbuk (I prefer tumbuk instead of blend hehe) bahan A sampai lumat dan tumiskan sampai naik bau.
- Masukkan 3 atau 4 sudu cili giling dan tumis sampai pecah minyak
- Next bolehlah titik 2 batang serai lagi dan masukkan dalam tumisan tadi (kalau tak suke bau serai no need).
- Masukkan garam (kalau ketam yg direbus tadi dah masin tak perlu garam dah) + gula + perasa + belacan sikit
- Eh jangan lupa untuk bubuh air secukupnye ye!

Step 3--

1. Seterusnya, banjirkan bahan menumis tadi dengan:
- Sos cili 2 sudu
- Sos tomatoman 1 sudu
- Sos tiram 2 sudu
- Kicap manis secukup rasa
- Masukkan cili padi yang dah ditumbuk/ketuk (jangan sampai hancur tau nanti termakan plak)
- Masukkan juga 3 helai daun limau purut (jangan lupa tear kan daun tu untuk naikkan bau dia)

Step 4--

1. Dah gaul sebati semua tu boleh masukkan mak ketam bersama hiasan dunia ni seperti:
- ½ tomato dihiris
- Bawang Besar Holland dimayang besar-besar
- Lada besar dihiris
Sorry for the bad presentation. Tak cantik sebab tak sabor nak makan...; p

Finally dah rata mak ketam dengan semua bahan tadi, boleh angkat dan taburi mak ketam dengan daun sup + daun bawang. Dah siap dah ketam rebus goreng berlada haha. Yuyu prefer rebus dulu sebelum goreng sebab nak bg dia masak rata dulu dan tak perlu goreng lama-lama. Honestly KETAM GORENG BERLADA ni SEDAPPPPP sangat-sangat-sangat. Bukan nak perasan sendiri my housemates pun cakap sedap. Cubalah korang buat ikut selera masing-masing. 

One simple tip I want to share about cooking is always starts cook dengan doa dan puji-pujian kepada Allah. Simple Basmalah pun ok. Masak dgn penuh ikhlas dan kasih sayang, don't rush but enjoy the process of learning. InsyaAllah masakan tu sedap.

Thanks for reading this and till we meet again in Dapur Yuyu.
AssalaaaaaaaamualaikOm!


p/s: I dedicate this post to my man, Iji . I thank Allah for my good health and also, for the increase of my appetite lately. I enjoy food and eating so much now. Hope that this will last until I reached my goal for ideal weight. Eh makan sedap-sedap, ibadah pun kena 'sedapkan' juga! ^^
__________________________________________________________

BAHAN-BAHAN:
Mak Ketam 3 ekor (saiz besar)

BAHAN A

Bawang Merah 6 ulas
Bawang Besar Holand ½ atau sebijik (depends on size)
Bawang putih 3 ulas
½ inci halia
½ inci lengkuas
 _____________
Cili padi
Serai
Gula + Garam + Perasa
Belacan
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Kicap Manis
Daun Limau Purut
Tomato
Lada Besar
Daun Sup + Daun Bawang.


1 comment:

cik mah said...

nyum2 sedapnyer....

Yang Berkongsi

Barakallahu lakuma wabaro ka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fi khair

Daisypath Anniversary tickers

Next HoneyMoon

Daisypath Anniversary tickers