Monday, September 17, 2012

Dapur Yuyu: Ketupat Sotong Resepi Nenda

Bismillahirrahmanirrahim

As usual pantang ada public holiday, yuyu mesti balik kampung. hewhew. So Ahad lepas al kisahnya yuyu dapat sotong segar yang matanya masih berkelip-kelip tanda baru saja ditangkap haha. Hiperbola sangat kan, tp memang sotong kena segar kalau nak buat KETUPAT SOTONG tau, barulah LAZAT! ^^

Jom yuyu nak share resepi nenda yang best!

BAHAN-BAHAN

Sotong 2 kilo - takmau size besar sangat ye nanti keras tak sedap...
Santan 1/2 kilo or lebih sikit
Beras Pulut
Nisan Kelate/ Gula Melaka
Garam
Lidi  atau boleh guna toothpick
Seinci halia
Halba
Air

STEP 1

1. Bersihkan sotong (buang hitam, tulang, mata dan giginya)
* Kepala sotong jangan buang tau
2. Ketepikan

STEP 2

1. Basuh beras pulut
2. Setelah bersih, masukkan sedikit santan dalam berasa pulut (sekadar untuk basahkan pulut, sikit je tak perlu sampai berkuah)
3. Masukkan juga secubit garam

STEP 3.

1. Sumbatkan beras pulut ke dalam sotong yang telah dibersihkan. (masuk 3/4 je jangan sampai penuh sebab nanti beras pulut akan kembang bila masak)
2. Now ambik kepala sotong tadi dan tangkupkan /sambung semula dengan badannya menggunakan toothpick.

STEP 4: Penyediaan Kuah

1. Masukkan 1/2 kilo santan dalam periuk, bubuh sedikit garam dan seinci halia
2. Campurkan sedikit air (jangan banyak sebab air sotong dah banyak..nanti cair)
3. Bila mendidih, masukkan halba
4. Boleh masukkan sotong yang telah disumbat pulut
5. Biarkan masak
6. Dah masak baru boleh masukkan 3 keping/kerek nisan tadi ke dalam periuk.
Cuba rasa, kalau nak manis lagi boleh tambah lagi gula melaka..

Siap dah! Simple je kan?
Nanti korang blehla try tau.
Ni antara food faveret iji, dan me myself :)

Eh eh, dont forget tips yuyu tau,
Masak dengan lafaz Basmalah dan penuh Kasih Sayang barulah menjadi! ^^

Till our next date, tata!

Love,
YUYU

1 comment:

Nn said...

xpernah merasa benda ni wlaupun blk kg di tganu......

Yang Berkongsi

Barakallahu lakuma wabaro ka 'alaikuma wa jama'a baina kuma fi khair

Daisypath Anniversary tickers

Next HoneyMoon

Daisypath Anniversary tickers