Saturday, May 19, 2012

Tempat Shopping Barang Pengantin / Hantaran

Bismillahirrahmanirrahim

Though it is just an E-Day, yuyu dah jejak banyak tempat untuk cari barang-barang gubahan hantaran, manik and diamonds untuk baju, hiasan doorgift and all. Ok so far yuyu dah pergi beli barang kat few tempat seperti;

KEDAI SIN YIN (SEMUA HOUSE)

Location kedai: Tingkat Bawah Semua House.
Kat sini korang boleh beli Bunga artificial untuk gubah hantaran, bakul, tray hantaran dan hiasan lain-lain untuk gubahan. Ada banyak pilihan jugak so boleh duduk lama-lama dan belek satu-satu apa yang kita nak.  Bagi yuyu, selesa nak shopping kat kedai ni sebab salesgirl kat situ takkan pergi tanya / ikut belakang kita pun even berjam kita duk belek barang.  Dari segi harga, rasanya murah / ok2 je depends on barang.

FIRST IMPRESSION (SEMUA HOUSE)

Location kedai: Tingkat Atas Semua House.
Kalau nak beli kain lace / chiffon beaded  untuk nikah, reception or tunang...please please please survey harga kat kedai ni dulu ye ! Kedai ni JAUH LEBIH MURAH daripada harga butik-butik lain macam Jakel, Maya Silk House, Gulatis etc. Kain pun jenis dan kualiti sama je. Cuma dari segi pilihan, for sure kat Jakel lagi banyak so kalau tak berkenan kain kat sini zooooom pegi Jakel ye.

Yuyu beli CHIFFON SILK BEADED couple set dekat First Impression ni below than RM 500 [ Dapat 4m Chiffon Silk Full Beads + 4M Satin Lining + 4.5m Satin Baju Melayu ] Actually masa tu takde niat nak cari kain nikah pun...saje jalan-jalan..tapi sebab jumpe yang berkenan di hati dan murah, yuyu terus beli. The price is crazy for me sebab kain tu betul-betul sama dengan the one yang my brother beli dekat Jakel to his fiance untuk pakai nikah,RM 600+ for 1set (even tu harga untuk kami as Jakel wholesaler).

JAKEL TRADING

Btw, untuk kain-kain untuk pakaian harian biasa, I highly recommeded Jakel sebab kain dia memang berkualiti. We may find the same design pun dekat kedai2 Jalan TAR tu tapi trust me the quality wouldnt be the same. Kain ni bila dah pakai lama baru kita tahu kualiti dia macamana. :) Yuyu beli dua pasang kain i.e Swiss Cotton and Embroided Cotton untuk hantaran kat Jakel ni, memang puas hati. 


SYARIKAT BUNGA REBEN (Jalan TAR)

Location: Kedai ni ada sebanyak 3 buah kat Jalan TAR.
1 - Dekat Lajur Kedai Kasut Princess
2- Sebelah Jakel
3- The biggest one terletak sebaris dan bersebelahan dengan bangunan Semua House. Kalau korang kat depan Semua House, boleh jalan terus je lagi...mesti nampak kedai ni.

Kat sini ada jual banyak barang-barang gubahan yang best contoh macam ribbon, bunga telur, manik and beads. Harga pun murah dan siap boleh bargain lagi. Bagi yuyu, price dia sangat ok lepas compare dengan beberapa kedai lain. Lagi satu, kedai ni ada banyak pilihan (highly recommended korang pergi kedai yang besar tu) BTW, barang yang takde kat sini macam tray, bakul, bekas cincin, artificial flowers etc...untuk barang-barang tu, korang bolehla menapak ke Sin Yin ye.

NILAI 3

First time yuyu pergi Nilai 3 masa Hari Buruh dengan housemate Cik Mai. Angan-angan tinggi nak beli semua barang gubaan hantaran terus kat situ tup tup lepas survey harga, rasa kecewa sobsob. We do survey from one kedai to another (kedai barang hantaran ye) sadly tak banyak pilihan pun ! Kedai sikit punye besar dan banyak tapi barang yang dijual sama je. Bayangkan tray hantaran pun ade dua tiga jenis pilihan je hukhuk, not to mention pilihan yang ada not so up-to-date! Selama ni yuyu dimomokkan / memomokkan diri sendiri dengan understanding yang barang kat Nilai 3 tu murah...rupanya hidokkkk (not apply untuk barang-barang lain ye) ! dengan kecewanya yuyu terus zasss ke Semua House! Sempat beli bunga jugak sebagai kenangan terakhir kat Nilai 3.

FAH LEAN FLORAL (Balakong)

Yang ni yuyu belum jejak lagi, cuma tengok daripada majalah and blog kata kedai ni murah terutamanya kalau nak cari bunga. Since barang semua dah cukup, yuyu belum pergi lagi kedai ni. InsyaAllah kalau sampai, i'll make a review.

TIPS;


1. Sebelum do the shopping, do plan first. Apa temanya, apa warna nak guna...apa konsep hantaran kita dan sebagainya (tradisional, modern, English or hape hape hehe). Yuyu banyak buat rujukan dekat internet/majalah untuk dapatkan idea dan we can add on untuk come out with our own concept.


2. Buat bajet roughly berapa nak spend untuk setiap hantaran.


3. Perancangan sangat penting supaya kita tahu apa kita nak beli so tak buang masa lama nak belek semua barang yang dia display dan most of it, planning boleh elakkan kita beli hiasan yang tak perlu....which is wasteful babe.

Korang pegi beli hantaran kat mana ye?

Gyeongbokgung Palace - Day 5