Monday, February 24, 2014

Random: Poslaju Hantar & Menang


Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ni dapat call daripada pihak Poslaju Malaysia. Aku terpilih untuk peraduan Poslaju Hantar & Menang. Opocottt, kezut kite. Tak pernah dengar pasal peraduan ni, tup tup dapat call. Sungguh tak berinformatif diriku.

Curious, aku pun search la. Rupa-rupanya dah lama poslaju anjurkan peraduan ni. Since 2012 dah ada pemenang, whereas setiap bulan pemenang-pemenang bertuah seluruh Malaysia akan dipilih untuk memenangi wang tunai RM500 daripada poslaju Malaysia. Oh kira duit jatuh dari langit ni!

Sumber: www.poslaju.com.my

Pemenang akan dipilih daripada setiap negeri, jadi chances tu besar la kita nak dapat kan. Kalau semalaysia sorang, aih jenuh tunggu la hang. haha.

Aku tak sure macamana poslaju pilih peserta, rasanya pemilihan tu random kot. Ada tuah, ada. Semua yang menggunakan perkhidmatan poslaju akan peluang untuk dipilih. Makan tahun jugaklah aku setia dengan poslaju ni, tahun ni baru tau pasal ni. Tapi pada hemat aku, poslaju akan nilai berdasarkan kekerapan kita menggunakan khidmat Poslaju dan jumlah pengeposan. Semakin banyak, semakin tinggi peluang! Terima kasih customers VeryLawa. Muaxss. ;p

Untuk ke peringkat seterusnya, pihak poslaju mintak aku hantarkan resit poslaju yang aku poskan pada tarikh sekian sekian dengan nombor tracking yang sekian sekian. Jadi lepas ni kalau korang buat poslaju, simpanlah resit  tu ye. Jangan buang, mana tahu ada tuah kan. Harap-harap aku terpilihlah ke peringkat seterusnya. hehe. First time kot dapat call pasal contest2 camni so agak excited di situ. Tak dapat BR1M dapat yang ni pun ok. :P Pray for my luck sahabat!



Sumber: www.poslaju.com.my


P/S: S, I'm extremely excited to see you! Hoping for all plans work well. Miss u very dearly!

25.2.2014,
Kangar, Perlis.

Gyeongbokgung Palace - Day 5